Wednesday, March 21, 2012
Kisah Benar -tabiat DR KERAJAAN
Kisah Benar; Mohon hebah2kan pada kawan2 (diceritakan sendiri oleh ibu pesakit kepada saya sewaktu berada di PUSRAWI KL) Anak beliau baru berumur 2thn 8bln. 2,3 hari mengadu sakit perut sembelit.. disebabkan tak tahan mendengar anaknya menagis, dia terus bawa ke PPUM pada tengahhari Ahad 4/3$. Sampai di PPUM, doktor j...ust ckp, sembelit biasa saja, then doktor just bagi ubat sembelit.. Balik ke rumah, anak still menangis .. selang 10-20minit mangis lagi dan tunjuk kat mana sakit nya...
Disebabkan tak tahan mendengar anaknya yang kerap menagis sehingga selang 5-10 minit menangis, beliau sekali lagi membawa anaknya pada 12tgahmalam sekali lagi ke PPUM.. Jumpa doktor, doktor just ckp jgn risau, anak just sembelit biasa.. "kami tak bagi ubat sbb tadi dah bagi ubat, so just follow mkn ubat tu saja".. Si ibu tak puas hati lalu bertanya lagi, "doktor, tak kan mkn ubat tu saja, tak da ubat lain ker? atau doktor tak nak x-ray anak saya ke? takut2 appendiks ker?" Doktor tersebut dgn bangganya menjawab " tak perlu x-ray.. tak necessary pun.. dia tak ada appendiks, sbb dia tak demam pun..
So puan bawak anak balik, and just bg makan ubat tadi saja. pn bleh bagi ubat demam yg ada kat rumah utk anak puan kalau dia sakit.. ubat demam boleh jadi ubat tahan sakit juga. kat rumah puan ada ubat demam kan.. so just mkn ubat demam tu lah" Si ibu tertanya2.. "doktor, ubat demam bleh jadi ubat tahan sakit ker?" Doktor " boleh.....puan bawa balik saja anak puan.. kami tak bleh buat apa pun.. just sembelit biasa je" Si ibu ... bengang... dan tertanya2, kenapa tak admit saja anaknya masuk wad. sepanjang mlm anaknya asyik menangis... esoknya, tak kurang2 juga walau pun dah makan ubat yg di syorkan
Dia nekad bawa anaknya ke PUSRAWI KL... di Pusrawilah sagala2nya terjawab.... Anak beliau di tahan di wad sama dgn anak saya.. di x-ray, dan didapati usus anaknya bengkak dan tersumbat. dan terpaksa dibedah malam itu juga sbb dah kritikal.. doktor di PUSRAWI ckp, usus kecil anaknya dah termasuk ke dalam usus besar anaknya... menyebabkan najis x bleh keluar, dan tersumbat.. ususnya juga bengkak... esoknya dia just bertanya kepada doktor bedah.. "doktor kalau saya terlambat bawa anak mcm mana? atau saya bawa anak saya ni pada masa yg tepat ke?" Doktor gelak "kalau terlambat, usus bleh pecah dan boleh mati.. sebenarnya puan lambat.. kalau 2@3 hari dtg, mungkin tak perlu bedah... sekarang ni ni saja lah solutionnya"
Lepas bedah, si anak kena puasa sekurang2nya 3 hingga 4 hari. tak boleh makan.. sbb takut bahaya, kerana ia melibatkan usus... kesian saya tgk si kecil tu....merayu2 nak minum susu.. bila penat menangis, dia akan tertidur.. bila bangun menangis lagi.. lapar... sampaikan dah tak da tenaga nak menangis.. doktor hanya bleh masuk drip air and ubat jer... tp mana nak sama yg masuk ikut mulut dgn yg masuk ikut tangan... So... dari crita di atas, apa pandangan kawan2 semua, patut ke doktor di PPUM tu just ambik mudah perkara ni and cara penerangannya just simple... wajar tak si ibu highlight isu ni, sbb ia melibatkan nyawa.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment