Sunday, July 8, 2012

Cara Nak Halau Penyewa Tak Bayar Sewa

Beb, entri ‘Macamana cara nak halau tenant yang tak bayar sewa’ aku hilang la. Sape la agaknya yang telah memadamkannya dan aku sama sekali tak perasan yang entri tu dah takde. Nasib baik la aku masuk blog MatJoe, kalau tak sampai sekarang aku tak tau yang aku kekurangan satu entri yang agak penting especially untuk member aku, Najib yang sekarang ni tengah menghadapi masaalah nak menghalau tenant dia yang dah 4 bulan tak bayar sewa.

Okla, kat sini aku cuba recall balik apa yang aku dah tulis kat dalam entri hari tu. Direct to the point, di antara cara-cara yang aku dan geng aku pernah buat untuk menghalau tenant yang selalu ‘tuang’ nak bayar sewa ialah :

  1. Iklankan ‘RUMAH UNTUK DISEWA’ kat pintu atau pagar rumah korang tu.
  2. Kalau ada yang berminat nak datang tengok rumah, amatlah dialu-alukan tetapi sebaik-baiknya waktu penyewa tegar tu ada kat rumah sebab kalau bakal tenant tu tanya kenapa tenant lama tu tak keluar lagi, korang boleh jawab “adat orang tak bayar sewa, takkan nak duduk free. Nanti pandaila dia angkut kain baju dia” dan korang kena pastikan yang penyewa tegar tu dengar apa yang korang cakapkan tu.
Biasanya akan ada 2 kebarangkalian dari tindakan korang tu iaitu :
  1. Penyewa tegar tu akan update balik sewa tu atau pun
  2. Penyewa tu akan angkat kaki dari rumah tu tapi perlu diingatkan bahawa kebarangkalian penyewa tu akan merosakkan rumah korang tu amatlah tinggi sebagai membalas dendam pada apa yang korang dah buat kat dia.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...