Sunday, July 8, 2012

Hak anda apabila di tahan Polis


Sunday, August 7, 2011

Apa harus anda lakukan apabila ditahan polis..

Berkongsi info berkaitan dengan hak-hak apabila anda ditahan polis...

Macam mana ek kalau saya ditahan polis? Apa yang saya perlu lakukan?Perluker saya melarikan diri....Saya x bersalah.. Kenapa saya ditahan...? Saya tidak berbuat apa-apa yang menyalahi undang-undang? En. Polis tersalah orang kerrr? Semua ni mesti akan difkirkan jika anda ditahan polis bagi membantu polis menjalankan siasatan...

JANGAN BIMBANG !!!

Ini hanya lah prosedur yang selalu dilakukan oleh pihak polis bagi menyiasat apa yang berlaku...Tetapi... anda kenalah tahu hak-hak anda ketika ditahan...jangan lah biarkan anda ditindas yerrr

--> Apabila anda ditahan poliss...anda ada hak untuk menghubungi ahli keluarga, kawan-kawan untuk memaklumkan meraka anda telah ditahan polis,,,,,Itu adalah hak anda!!!
--> Anda ada hak untuk bertanya kepada polis atas alasan apa anda ditahan..Pihak polis hendaklah memberitahu atas alasan apa anda ditahan...Itu adalah hak anda!!!
-->Ketika di dalam tahan Polis, Pihak Polis hanya boleh menahan anda selama 24 jam sahaja, tidak kira samada cuti am atupun hujung minggu..Itu adalah hak anda!!!
--> selepas ditahan 24 jam..anda akan dibawa ke mahkamah majistret untuk tahanan reman atau pun dilepaskan dengan jaminan mulut atau anda akan didakwa...(reman bermaksud anda hendaklah tinggal di lokap bagi membantu polis menjalankan siasatan lanjut)
--> anda juga ada hak untuk mendapatkan penjamin jika anda didakwa TETAPI ianya bergantung juga kepada dakwaan kes apa..Sesetengah kes ada yang tidak boleh dijamin...

APA HAK ANDA KETIKA ANDA DISOAL SIASAT!!!!

--> berhatilah ketika menjawab segala soalan yang dikemukakan pihak polis..Salah menjawab akan padah kepada diri sendiri. Setiap jawapan anda akan digunakan di mahkamah kelak..oleh itu, berfikir sebelum menjawab..INGATTT!!! kerja polis adalah memastikan mereka cukup bukti untuk mendakwa anda...
--> Anda juga ada hak untuk berdiam diri..ini adalah benteng kepada anda.. Contohnyer...
POLIS : Kamu dimana malam semalam??
ANDA : Saya akan menjawab di mahkamah kelak.
POLIS : Adakah anda keluar malam semalam?
ANDA : Saya akan menjawab di mahkamah kelak.

-->Sekiranya Pihak polis mengancam anda melalui percakapan mahupun melalui kelakuan, anda haruslah berhenti memberi kenyataan anda dan secara bertenang memberitahunya bahawa "MAAFKAN SAYA, SAYA TIDAK BOLEH MENERUSKAN KENYATAAN SAYA KERANA ANDA MENGANCAM KESELAMATAN SAYA, SAYA MAHU INI DICATATKAN DI DALAM KENYATAAN SAYA"
--> Sekiranya, pihak polis tidak mencatatkan bantahan tersebut, anda haruslah menninggalkan bilik tersebut dan cuba mendapatkan pegawai polis yang lain untuk mendapatkan bantuan/perlindungan dari mereka.
--> Selepas disoal siasat, Pihak polis akan membaca semula segala kenyataan anda dan ini la peluang anda untuk membaiki segala kesilapan anda semasa memberi kenyataan tadi..sekiranya tadi anda diugut atau diancam ketika soal siasat , ini lah peluang anda membaiki kesalahan tersebut.. Kemudian, anda akan disuruh menandatangani kenyataan tersebut..Pastikan kenyataan tersebut sepertimana yang anda jawab ketika disoal siasat tadi..

BAGAIMANA SEKIRANYA SAYA DIPUKUL SEMASA SOAL SIASAT?
-->Selepas dibebaskan atas jaminan, pergilah ke mana-mana klinik kerajaan ataupun hospital bagi mendapatkan laporan perubatan/ menjalani pemeriksaan kesihatan. PASTIKAN anda tahu nama doktor yang memeriksa anda dan No rujukan laporan kesihatan anda di hospital tersebut.. Supaya nanti mudah ketika mahu membawa kes anda ini ke Mahkamah kelak.

BAGAIMAN PULA SEKIRANYA SAYA DITUDUH MELAKUKAN JENAYAH TETAPI SAYA TIDAK MELAKUKANNYA DAN SAYA BIMBANG JIKA SAYA DIDAKWA MELAKUKKAN JENAYAH TERSEBUT>>>>>>>.......
--> Sekiranya anda dituduh melakukan jenayah dan telah ditahan polis bagi menjalankan siasatan lanjut.. cubalah memberi kerjasama dengan pihak polis dan bercakap benar... Insya'Allah anda tidak akan didakwa...Yang penting beri kerjasama, sekiranya anda tidak melalukannya apa-apa perbuatan yang menyalahi undang-undang anda tidak perlu takut...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...