Wednesday, December 3, 2014

Negro cuba bunuh pegawai polis


KUALA LUMPUR – Dua pelajar kolej swasta warga Nigeria didakwa di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan cuba membunuh seorang pegawai polis berpangkat Inspektor dua minggu lalu.
Calicutus Ezewezie dan Okolo Chukwu Ebuka Andrew yang masing-masing berumur 27 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan setelah pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zainol Rashid Hussain.
Mereka berdua didakwa berniat cuba membunuh Inspektor Ruslan Ab. Rashid dengan melanggar menggunakan kereta Perodua Myvi bernombor pendaftaran WQD 6011 yang boleh menyebabkan kematian di hadapan pasar raya besar Aeon Big, Jalan Metro Perdana, dekat Kepong pada pukul 7.20 malam, 20 November lalu.
Kedua-dua tertuduh itu didakwa di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara 10 tahun dan denda.

Thursday, September 4, 2014

Dapat pampasan $300K akibat ditembak P O L I S

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memerintahkan kerajaan Malaysia dan pegawai polis yang terlibat dalam kes tembakan Norizan Salleh pada 2009 membayar ganti rugi tauladan RM200,000 dan 2 ganti rugi lain berjumlah RM100,000. 

Norizan Salleh hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini untuk mendengar keputusan mahkamah berhubung kes beliau ditembak polis pada 2009

Hakim Datuk Hue Siew Kheng berkata tuntutan ganti rugi yang dikenakan adalah sebagai pengajaran kepada penjawat awam terutamanya anggota polis supaya tidak sewenang-wenangnya dalam menjalankan tugas. Peguam yang mewakili Norizan, N Surendran berkata, ini adalah kes pertama membabitkan pihak yang ditembak polis berjaya mendapat pembelaan di mahkamah. "Mahkamah menganugerahkan RM50,000 untuk kerosakan umum, penderitaan kesakitan dan lain-lain. RM50,000 lagi untuk serangan dan keganasan. "Biaya perubatan RM18,260 dan yang terpenting mahkamah menghantar mesej jelas kepada polis untuk tidak bertindak sewenang-wenangnya terhadap individu," katanya kepada media di luar kamar mahkamah. 

Norizan, 34, memfailkan tuntutan saman pada Oktober 2012 dengan menamakan kerajaan Malaysia, ketua polis daerah Sentul, ketua polis negara dan seorang pegawai polis sebagai defendan selepas mangsa tembakan polis tersebut gagal mendapat pembelaan hampir 3 tahun. Norizan mendakwa dia menerima lima tembakan dan dalam tuntutannya menuduh pihak polis melanggar garis panduan operasi (SOP) apabila menembak dari belakang kereta dalam kejadian pada 30 Oktober 2009. Surendran berkata keputusan mahkamah hari ini perlu dijadikan pengajaran kepada pihak polis kerana kes seperti ini bukan hanya berlaku kepada Norizan di negara ini. Katanya, pegawai polis yang terlibat kejadian tembak menembak dan melakukan keganasan dalam kes itu perlu dibawa ke muka pengadilan selain prosedur penggunaan senjata api polis perlu dikaji semula.

"Apa yang menarik, mahkamah berkata tindakan polis melepaskan tembakan berulang kali tidak munasabah. Kami berharap pihak polis mengamati keputusan kes ini dan perlu satu kajian kepada prosedur dalam penggunaan senjata api. "Penghakiman ini menjadi rujukan kerana tiada keputusan seperti kes ini pernah dibuat dalam negara setakat ini. Ini kali pertama. "Apa yang menjadi persoalan, tiada pegawai polis yang didakwa terhadap apa yang berlaku kepada Norizan. Kami mengulangi gesaan untuk terus diadakan siasatan jenayah terhadap polis terlibat," katanya.
Sementara itu, Norizan yang ditemui media sangat gembira dengan keputusan mahkamah hari ini sekaligus membersihkan namanya di kalangan masyarakat. Katanya, walaupun tidak dapat mengheret anggota polis yang terlibat ke muka pengadilan, namun keputusan hari ini membuktikan anggota berkenaan bersalah. "Saya sangat bersyukur sebab ia membuktikan selama ini yang saya tak bersalah. Selama ini banyak orang bercakap benda negatif yang salah tetapi hari ini saya dapat buktikan saya tak bersalah dalam kes ini. "Ahli keluarga saya selalu mendoakan dan terima kasih kepada peguam saya yang banyak bekerja keras.

"Kalau boleh polis yang sepak dan tendang saya tu, saya nak dia ditangkap dan dibawa ke muka pengadilan tetapi hari ini membuktikan mereka salah walaupun saya tak mampu menghukum perbuatan mereka kepada saya. Di mata orang ramai, saya tak bersalah," katanya. Surendran berkata beliau gembira kerana selepas ditembak berulang kali oleh pihak polis, Norizan masih mampu berjuang menuntut keadilan bagi pihak dirinya. Katanya, kes itu akan menjadi saksi perjuangan rakyat menuntut keadilan dan ia sebagai lambang kejayaan rakyat Malaysia. "Ditembak lima kali, Norizan hampir mati pada hari itu. Saya gembira dia masih di sini dan mendapat kemenangan untuk semua rakyat Malaysia. "Dia juga sudah mempunyai anak. Ini kisah rakyat Malaysia mendapat keadilan," katanya.

Menurut fakta kes, dalam kejadian sekitar jam 3 pagi, Norizan duduk di kerusi belakang kereta Proton Perdana bersama empat orang rakan dalam perjalanan pulang ke rumah di Segambut, Kuala lumpur. Ketika melalui lebuh raya MRR2, sebuah kereta MPV memintas dari sebelah kiri dan melepaskan tembakan dengan pistol ke arah keretanya. Peluru menembusi kereta yang dinaiki dengan lima tembakan mengenai dirinya, salah satunya terkena pada dada sehingga darah mengalir tanpa henti. Norizan cuba meminta tolong tetapi dibalas pula dengan tendangan polis dan kemudian belakangnya dipijak hingga mengakibatkan dua tulung rusuknya retak.

Norizan kemudian dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dirawat dan empat hari kemudian (4 November 2009) dihantar ke Institut Jantung Negara. Selepas dibenar keluar, Norizan dikehendaki membayar RM20,000 kos rawatan dan bukannya pegawai polis yang mencederakannya atas alasan Norizan ditimpa kemalangan jalan raya. Malangnya, Norizan tidak mendapat pengadilan malah Penolong Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Mohd Kamaruddin Md Din pada waktu itu dalam satu kenyataan memutuskan tiada sebarang pertuduhan terhadap pegawai polis yang terbabit dalam kejadian tersebut. – 4 September, 2014.

Wednesday, August 27, 2014

Model hanya kena denda RM400 ... Sahaja !

IPOH – Perlakuan memalukan sepasang model yang beraksi dalam keadaan separuh bogel semasa sesi fotografi di Jalan Sultan Yussuf di sini pada 25 Ogos lalu mengundang padah apabila masing-masing didenda RM400 atau penjara satu bulan oleh Mahkamah Majistret di sini semalam.

Kedua-dua tertuduh, How Jo Yee, 21, dan Low Kah Wai, 27, dijatuhi hukuman itu selepas mengaku bersalah sebaik sahaja pertuduhan terhadap mereka dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Haslinda A. Raof.
Mengikut pertuduhan, tertuduh yang masing-masing beralamat di Marang, Terengganu dan Petaling Jaya, Selangor itu didakwa melakukan kesalahan menyebabkan kegusaran am kepada awam berhampiran lampu isyarat Jalan Sultan Yussuf di hadapan Bank CIMB di sini, kira-kira pukul 9 pagi pada 25 Ogos lalu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...