Undang-undang TORT-milikan
tanah
Pencerobohan ke atas tanah jatuh dalam kategori
undang-undang tort.. APA ITU UNDANG-UNDANG TORT?
Undang-undang tort bertujuan
melindungi kepentingan seseorang individu dalam keselamatannya, tanah
milikannya, sumber kewangannya, atau reputasinya. Pengangguan dalam salah-satu
kepentingan ini boleh diubati oleh satu tindakan undang-undang menuntut ganti
rugi, biasanya dalam satu bentuk [pampasan]. Undang-undang tort secara langsung
bertujuan meletakkan si mangsa satu gangguan ke dalam keadaan sebelum dia
diperlakukan gangguan itu (berdasarkan prinsip jangkaan atau keadaan
wajar).
Maksudnyer kembali kepada
keadaan asal laa...contohnyer..dulu hartanah tersebut adalah tanah terbiar milik
si ABU..tetibe si AHSAN majukan tanah tue buat tanaman komersil di tanah
terbiar milik si ABU tanpa izin ABU... walupun tanah itu tidak berpenghuni namun
dalam geran tanah ADALAH milik ABU.. AHSAN tidak ada hak dan boleh dikatakan
sebagai penceroboh...ABU boleh pohon pada mahkamah supaya tanah tersebut
dikosongkan dan hasil komersil bagi totally pada die...BIAQ TANAH TUE KOSONG
LAGU TU... faham?
Tort milikan tanah
merangkumi semua pencerobohan terhadap hak pendakwa keatas tanah milikannya.
Yang paling kerap adalah pencerobohan tanah, pencerobohan keats barangan dan
koversi.
ELEMEN-ELEMEN DALAM PENCEROBOHAN
Pihak2 yang berkepentingan
ke atas tanah yang diceroboh (maksubnyer ada title ke atas tanah tersebut..dalam
geran t'tulis nama pihak2 ni.. x pon waris2..). mesti membuktikan 2 elemen ini
dalam permohonanyer di mahkamah untuk mengosongkan tanah tersebut:
1. mental state si
penceroboh
2. adanyer pencerobohan
MENTAL STATE SI PENCEROBOH
Ok.. begini secara amnya,
si tuan tanah kena buktikan keadaan mental si penceroboh berkenaan perkara
ini..adakah si penceroboh tahu die telah menceroboh??? Adakah si penceroboh
menceroboh dengan niat??
walaupun menceroboh tanpa
niat.. tetapi ianya mestilah dilakukan dengan sukarela kan??(maksubnyer memasuki
tanah dengan rela) .. namun
ADALAH tidak menjadi masalah
kepada tuan tanah untuk membuktikan perkara ini kerana mahkamah akan m'reject'
mana-mana hujah dari si penceroboh jika si penceroboh bagitahu mahkamah
bahawasanya DIA TIDAK MENGETAHUI DIRINYA TELAH MENCEROBOH TANAH TERSEBUT..
Ada satu kes kes Hajar
pernah buat.. anak guam kami telah mendapati tanah miliknya telah diceroboh oleh
sesorang dengan mendirikan rumah di tanah tersebut.. Anak guam kami menyedari
perkara ini apabila die ingin mengukur dan menjual bahagianyer kepada orang
lain....
Kami telah pon menghantar notis kepada si penceroboh supaya keluar dari tanah tersebut kerana melihat di dalam geran tanah, anak guam kami adalah pemilik berdaftar. Tetapi tiada respon dari pihak terbabit.. MAKA, prosedur seterusnya adalah mengeluarkan saman laa..
Di dalam pliding, si penceroboh memaklumkan bahawa beliau telah memohon kebenaran ayahnyer untuk membina rumah di atas tersebut.. (padahal ayahnyer menafikan perkara ini di dalam surat akuan ayahnyer kepada kami.)
Pihak terbabit juga mengaitkan pemilik terdahulu iaitu arwah anak guam kami dengan mengatakan arwah mengetahui perkara ini dan tidak bertindak mahupun membantah.. mereka sebenarnyer telah mendirikan rumah tersebut selama 10 tahun yer...
Kami telah pon menghantar notis kepada si penceroboh supaya keluar dari tanah tersebut kerana melihat di dalam geran tanah, anak guam kami adalah pemilik berdaftar. Tetapi tiada respon dari pihak terbabit.. MAKA, prosedur seterusnya adalah mengeluarkan saman laa..
Di dalam pliding, si penceroboh memaklumkan bahawa beliau telah memohon kebenaran ayahnyer untuk membina rumah di atas tersebut.. (padahal ayahnyer menafikan perkara ini di dalam surat akuan ayahnyer kepada kami.)
Pihak terbabit juga mengaitkan pemilik terdahulu iaitu arwah anak guam kami dengan mengatakan arwah mengetahui perkara ini dan tidak bertindak mahupun membantah.. mereka sebenarnyer telah mendirikan rumah tersebut selama 10 tahun yer...
Kami kemudianyer menghujahkan bahawa keizinan pemilik terdahulu tidak memberi kesan. mengikut kes yang pernah diputuskan sebelum ini..
1.
Di
dalam kes TOH KHENG HENG & ANOR V AHMAD FAUZI BIN MOHD TAUFEK, di mana Hakim
Selventhiranathan JC berkata; Even if the defendant was allowed to occupy the land by the plaintiffs' predecessors-in-title and subsequently by the plaintiffs themselves, the defendant was only a gratuitous licensee and the consent of the plaintiffs' predecessors-in-title or that of the plaintiffs to his occupation of the land did not have the effect of conferring upon him any rights in equity.
ada lagi la 2, 3 isu lain yang kami hujahkan...
At last.. keputusan mahkamah berpihak kepada kami..Pihak penceroboh tidak berpuas hati dan merayu di mahkamah rayuan..Kes di mahkamah rayuan masih belum dijalankan lagi..
ADANYA PENCEROBOHAN
Elemen kedua ini pula sangat mudah untuk dibuktikan.. Pencerobohan haruslah direct dan meninggalkan kesan kepada tuan tanah.. ada banyak jenis pencerobohan contohnyer 1...pencerobohan milikan, (tanah tuan tanah dijadikan tempah lalu lalang penceroboh atau tempat penceroboh memburu burung2), 2...pencerobohan degan meninggalkan sesuatu yang kekal (rumah didirikan di tanah tuan tanah), 3..pencerobohan dengan meletakkan sesuatu di tanah, (meletakkan barang2 si penceroboh di tanah tuan tanah), 4..pencerobohan di airspace/ruang udara (wayar telefon n etc laa)