Monday, March 14, 2011
Nyaris maut dihempap pokok
Dua beradik nyaris maut apabila kereta jenis Proton Saga BLM yang dinaiki mereka remuk dihempap pokok yang tumbang ketika angin kencang dan hujan lebat melanda Jalan Persiaran Kewajipan menghala ke arah Summit USJ di sini semalam.
Kejadian pukul 5.35 petang itu berlaku ketika mereka sedang melalui jalan tersebut sebelum sebatang pokok yang berada di kiri jalan tumbang lalu menimpa bahagian tengah kereta mangsa.
Ketika kejadian, kereta itu dipandu seorang wanita berusia 31 tahun yang merupakan kakak kepada lelaki berusia 27 tahun tersebut.
“Dalam kejadian itu, dua beradik berkenaan bernasib baik kerana hanya mengalami kecederaan ringan tetapi kereta mereka pula rosak teruk di bahagian tengah akibat dihempap pokok.
“Sepasukan anggota bomba dari sini mengambil masa selama setengah jam untuk memotong dahan pokok yang tumbang dan menyelamatkan mangsa,” kata Ketua Ketenteraman Awam dan Trafik Subang Jaya, Deputi Supritendan Tengku Anuar Raja Husin.
Tambahnya, kejadian itu menyebabkan kesesakan hampir satu jam ekoran pihaknya terpaksa menutup jalan bagi mengawal lalu lintas.
Lelaki uzur kena saman
ABDUL WAHAB menunjukkan saman yang diterima di samping motosikal jenis Honda 70cc di rumahnya di Kampung Telok Durian, Kupang, Baling semalam
BALING - Seorang guru agama yang uzur terkejut apabila menerima saman atas kesalahan menunggang motosikal secara laju di Kilometer 46, Jalan Alor Setar Butterworth tiga tahun lalu.
Abdul Wahab Tampal, 65, yang hanya mampu menunggang motosikal sejauh tidak sampai lima kilometer itu mendakwa dikenakan saman menggunakan motosikal berkuasa di antara 90 hingga 250 kuasa kuda.
Guru agama ini juga hanya menggunakan motosikal Honda 70cc sahaja dan tidak pernah ke mana-mana dengan motosikal itu kecuali ke masjid atau rumah saudara terdekat.
"Saya hanya menunggang motosikal buruk ini di sekitar kampung ini sahaja," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Telok Durian, Kupang dekat sini semalam.
Abdul Wahab didakwa menunggang motosikal jenis Honda bernombor Plat PCV 9314 melakukan kesalahan itu pada 10 September 2008 kira-kira pukul 7.30 pagi
Subscribe to:
Posts (Atom)