Monday, September 24, 2012

Apa perasaan korang kalau masa nak pergi keja ternampak pula keadaan macam dalam gambar tu?

Rompakan Van Sykt Keselamatan

Wang rompakan ditemui, 6 ditahan

MOHD. SHUKRI (dua dari kiri) menunjukkan sebahagian wang rompakan yang ditemui semula pada sidang akhbar di Ipoh semalam.



IPOH - Polis menahan enam suspek dan menemui semula sebahagian besar wang berjumlah RM1.23 juta yang dirompak oleh seorang pengawal keselamatan selepas menembak mati rakan setugasnya dalam kejadian di Jalan Tekah-Aulong, Taiping 18 September lalu. Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, wang sebanyak RM571,100 itu ditemui dalam serbuan di beberapa buah rumah di sekitar Kulim, Kedah dan George Town, Pulau Pinang selepas menyoal siasat enam individu yang ditahan beberapa hari selepas kejadian.

Katanya lagi, tiga hari selepas kejadian, polis menahan empat individu termasuk dua wanita di sebuah stesen minyak di Bandar Sunway, Seberang Jaya, Pulau Pinang pada pukul 2.30 petang.
Difahamkan, kesemua suspek dipercayai mempunyai hubungan keluarga dengan suspek utama, Mohamad Hafizuddin Zainal Abidin, (gambar kecil) 25.

"Pada 22 September pula, polis menyerbu beberapa buah rumah di Kulim dan George Town dan menemui semula sebahagian wang rompakan tersebut. Kita juga dapat menahan dua lagi suspek masing-masing seorang lelaki dan wanita berusia 47 serta 28 tahun. "Hasil siasatan polis percaya suspek telah mengagih-agihkan kesemua wang rompakan tersebut kepada kenalan dan saudara-maranya," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Rabu lalu, Kosmo! melaporkan pemandu van syarikat keselamatan, Hasnol Hafiz Saad, 28, mati selepas terkena empat das tembakan di dadanya dari jarak dekat disyaki dilakukan oleh Mohamad Hafizuddin yang kini menyembunyikan diri. Kejadian pada pukul 3 petang itu berlaku ketika mangsa dan suspek dalam perjalanan pulang selepas memungut wang daripada mesin deposit tunai beberapa buah bank di bandar Taiping.

Menurut Mohd. Shukri, selain tangkapan, polis turut merampas dua buah kereta jenis Honda City dan Proton Waja yang digunakan dalam kejadian itu. Tambahnya, polis percaya senjata api yang digunakan dalam kejadian itu masih berada bersama suspek utama kes tersebut. Kesemua suspek kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

Wednesday, September 19, 2012

Minum Air pada waktu yang betul


MINUM 2.5L AIR KOSONG YANG BERSIH SETIAP HARI DAPAT MENGURANGKAN RISIKO KANSER PAYUDARA SEBANYAK 79%. !

Jom kita lihat betapa mudahnya amalan minum air pada waktu2 tertentu ini dapat berikan manfaat jangka panjang :

* 2 gelas air setelah bangun tidur - bantu replenish liquid dalam tubuh/ gantian-air dalam organ2 kerana tubuh tidak mendapat air dalam tempoh 6-8 jam waktu tidur. Ini amat penting u...
ntuk 'activate' internal organ.

* 1 gelas air, 30minit sebelum makan - menyediakan esofagus dan sistem penghadaman (termasuk perut dan laluan nya) menerima makanan dan bantu proses penghadaman yang lebih efektif. Menurut kajian di Eropah, 90% orang yang minum air kosong sebelum makan mempunyai tahap kesihatan penghadaman yang lebih baik, dan kurang berisiko untuk mendapat kanser kolon.
 

 
* 1 gelas air sebelum mandi - membantu menurunkan tekanan darah

* 1 gelas air sebelum tidur - membantu mengelakkan serangan strok/angin ahmar dan bantu tubuh untuk sistem kardiovaskular yang sihat. Amalan ini juga membantu kurangkan rasa lapar di waktu malam seperti disahihkan kajiannya oleh University of Washington.

*** Amalan minum 2.5L air kosong yang bersih setiap hari, 45% membantu mencegah kanser kolon, mengurangkan risiko kanser payudara sebanyak 79%, dan 50% kanser hempedu. (Hasil kajian yang dipersetujui oleh pakar kesihatan seluruh dunia)

Tuesday, September 18, 2012

Jenayah di sekeliling kita..

Bunuh rakan untuk larikan wang..



ANGGOTA polis memeriksa sebuah van keselamatan yang terlibat dalam kejadian samun dan bunuh di Taiping semalam.



TAIPING – Seorang pengawal keselamatan yang memaksa rakan setugasnya menggunakan laluan lain ketika hendak pulang ke pejabat rupa-rupanya berniat jahat apabila dia disyaki menembak mati mangsa sebelum lesap bersama wang lebih RM1.2 juta semalam. Kejadian pukul 3 petang di Jalan Tekah-Aulong berdekatan sebuah pasar raya di sini itu mengakibatkan Hasnol Hafiz Saad, 28, mati akibat terkena empat das tembakan dari jarak dekat di dada. Mangsa ditemui mati di tempat duduk pemandu dengan kecederaan parah di perut, dada, bahu kanan dan betis kiri.

Difahamkan, kejadian berlaku ketika mangsa dan suspek dalam perjalanan pulang selepas memungut wang daripada mesin deposit tunai beberapa buah bank di bandar ini. Suspek yang dikenali sebagai Mohamad Hafizuddin Zainal Abidin (gambar kecil), 25, yang menghilangkan diri bersama wang dan selaras senapang kini menjadi buruan polis. Seorang saksi mendakwa, dia melihat suspek melarikan diri bersama beberapa beg mengandungi wang dengan menaiki sebuah kereta Honda Civic hitam yang berada beberapa meter di belakang van keselamatan tersebut.

Kebiasaannya, mereka akan menggunakan Jalan Taman Long Jaafar di Kampung Boyan di sini iaitu hanya sejauh lima kilometer untuk pulang ke pejabat tetapi semalam Hasnol telah dipaksa menggunakan Jalan Tekah-Aulong selepas mengutip wang. Jarak jalan itu kira-kira 10 kilometer dari pejabat mereka. Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusof Mohd. Diah berkata, pemeriksaan mendapati enam daripada 13 karung berisi wang lesap. “Enam karung itu dipercayai mengandungi wang lebih RM1.2 juta dan siasatan awal mendapati bahagian luar van itu tidak mempunyai kesan dilanggar.

“Tempat kejadian bukan laluan yang biasa digunakan untuk pulang ke pejabat selepas mengutip wang. Van itu didapati terbabas di kiri jalan dipercayai akibat tindakan agresif suspek,” kata Yusof yang masih menyiasat jumlah sebenar wang yang dilarikan serta penglibatan individu lain.
Tambahnya, polis kini giat memburu Mohamad Hafizuddin bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Taiping di sini untuk bedah siasat.

Sunday, September 9, 2012

Bendera Malaysia dikibar di Selatan Thailand

Semasa rakyat Malaysia berhimpun dan bergembira untuk menyambut Hari Ulangtahun kemerdekaan negara Malaysia yang ke 55, masyarakat Melayu di Selatan Thailang sibuk mengibarkan bendera Malaysia. Polis Thailand melaporkan bahawa masyarakat Melayu di selatan Thailand membakar bendera Thailand dan mengibarkan bendera Malaysia.

Peristiwa berlangsung semasa rakyat Malaysia menyambut hari kemerdekaan mereka yang ke 55. Pengibaran bendera Malaysia telah di lakukan di beberapa wilayah di selatan Thailand Ia menjadi tanda tanya kepada pemerintah di selatan Thailand apa motif utama tindakan ini dilakukan. Bendera Malaysia telah di pasang di sepanjang jalan, tiang elektrik, pokok dan laluan pejalan kaki di wilayah Yala, Pattani, Narathiwat dan Songkhla.


























LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...