Penjenayah tegar mati ditembak
1 November 2012
MACHANG - Pemburuan polis ke atas seorang penjenayah yang mencederakan seorang anggota polis di Paloh, Gua Musang kelmarin berakhir apabila dia mati dalam kejadian berbalas tembak selepas dihambat sejauh kira-kira 98 kilometer (km) semalam. Penjenayah paling dikehendaki yang juga ketua geng curi kereta, Zawa Abd. Halim, 34, dari Pasir Mas yang mempunyai sembilan rekod jenayah lampau tersungkur pada pukul 7.30 pagi selepas terkena beberapa das tembakan di Kilometer 45 Jalan Kota Bharu-Kuala Krai berhampiran Kampung Kemuning di sini.
Dalam kejadian itu, seorang anggota polis, Koperal Mat Raduan Mat Hassan, 50, turut cedera di tangan dan rusuk kanan selepas terkena tembakan yang dilepaskan Zawa. Kejadian mendebarkan itu berlaku apabila Zawa bertindak merampas sebuah kereta Perodua Myvi milik sepasang suami isteri di sebuah masjid di Paloh pada pukul 6 pagi sebaik keluar dari kawasan persembunyiannya di sebuah ladang kelapa sawit berdekatan. Dia bersembunyi selepas menembak seorang anggota polis, Lans Koperal Muhammad Shamsul Anuar Muhammad Adnan, 27, yang cuba mengejarnya dalam kejadian pukul 1 pagi kelmarin.
__________________________________________________________________________________
‘Aku nak kereta!’
KAWAL...anggota polis mengawal tempat kejadian, semalam.
Biarpun dilarikan 100 kilometer (km) dan berada dalam kereta ketika berlaku kejadian berbalas tembakan, anak Siti Norhafizah, Mohd Haikal Harraz Hasrizal terselamat tanpa kecederaan. Selepas dikejar polis, Zawa yang terbabit samun, curi kereta, pecah rumah dan pengedaran dadah, terbabas apabila Perodua Myvi dicurinya itu terlanggar pembahagi jalan. Bagaimanapun, ketika keluar dari kereta dia melepaskan beberapa das tembakan ke arah sekumpulan anggota polis dan satu daripadanya mengenai tangan dan rusuk kanan Koperal Mat Raduan Mat Hassan, 50, yang kemudian dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).
Penyamun kempunan tercicir gelang emas
KOTA BHARU - Empat penyamun bersenjatakan pistol berputih mata apabila gagal melarikan seutas gelang emas kepunyaan pemilik sebuah kedai runcit dalam kejadian samun di Kampung Pantai Sabak, Pengkalan Chepa di sini kelmarin.
Kejadian pukul 8 malam itu berlaku apabila dua daripada empat suspek yang memakai topi itu masuk ke dalam kedai berkenaan dan berpura-pura membeli minuman.Mereka kemudian tiba-tiba merentap gelang tangan mangsa, Fatimah Hussin, 50, yang ketika itu berada di kaunter kedai tersebut. Cerita Fatimah, dia terkejut dengan tindakan lelaki itu manakala seorang lagi lelaki mengeluarkan sepucuk pistol dan mengarahkannya supaya mendiamkan diri.
"Saya tidak endahkan amaran mereka lalu menjerit dan menyebabkan anak lelaki saya, Che Mohd. Fakaruddin Che Abdul Aziz, 19, yang berada di dalam kedai meluru keluar ke arah kami. "Menyedari keadaan itu, kesemua lelaki tersebut bergegas keluar dan sempat melepaskan tembakan ke udara sebelum melarikan diri dengan kereta Perodua Myvi," katanya di sini semalam.
______________________________________________________
Pemuda Siam cedera ditembak
KOTA BHARU - Seorang pemuda Siam cedera selepas terkena tiga das tembakan ketika mengisi minyak di sebuah stesen minyak di Jalan Kebun Sultan di sini malam kelmarin. Dalam kejadian pada pukul 7.35 malam, mangsa Samnuan Sunnuan, 21, cedera di bahagian kanan kepala dan lengan kanan. Dia kemudian dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII). Mangsa kini berada dalam keadaan stabil.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, sebelum kejadian, Samnuan yang mengisi minyak kereta Perodua Myvi miliknya tiba-tiba dihampiri sebuah kereta Proton Waja yang dinaiki tiga lelaki. "Salah seorang lelaki dari kereta Proton Waja turun dari kenderaannya lalu melepaskan tembakan ke arah mangsa," kata beliau
Lelaki Siam cedera ditembak 3 das
16 Oktober 2012
KOTA BHARU - Seorang lelaki Siam cedera di bahagian kepala dan lengan selepas ditembak dengan tiga das dalam kejadian di stesen minyak Jalan Kebun Sultan, di sini, malam tadi.
Bagaimanapun mangsa dilaporkan stabil dan kini ditempatkan di wad Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II). Kejadian kira-kira jam 7.30 malam itu berlaku ketika mangsa, Samnuan Sunnuan, bersama rakannya menaiki kenderaan jenis Myvi singgah di stesen berkenaan untuk mengisi minyak kenderaan itu.Dipercayai ketika Samnuan berada di luar, seorang lelaki menghampiri kereta berkenaan dan masuk ke dalamnya sehingga menyebabkan rakannya yang berada di dalam kereta melarikan diri.
Seorang saksi, Ong Sok Cha, berkata, kejadian berlaku ketika dia bersama dua rakannya sampai di kawasan itu untuk mengisi minyak di sebelah kenderaan itu. “Saya tidak nampak kelibat lelaki yang melepaskan tembakan itu, cuma saya dengar bunyi tiga das tembakan dan kami bertiga dalam kereta terus lari menyelamatkan diri.
“Akibat kejadian itu, kereta milik suami turut pecah cermin di bahagian sisi pemandu,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, melihatkan tindakan lelaki itu, Samnuan cuba menghalang lelaki terbabit masuk ke dalam kereta dan menyebabkan suspek melepaskan tiga das tembakan dan terus melarikan diri dengan kereta Myvi terbabit. “Dipercayai lelaki berkenaan datang dengan kereta jenis Waja yang dinaiki dua lagi suspek ke kawasan itu.
“Ekoran kejadian itu, Ops tutup dilancarkan serta merta dan kesemua kenderaan MPV polis serta bahagian anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) diarahkan mengesan suspek dan kenderaan jenis Proton Waja berjaya dijumpai di Jalan Yaakobiah pada malam itu juga,” katanya.
Jalaluddin berkata, berlaku adegan kejar mengejar dengan kenderaan Waja berkenaan yang dipercayai menggunakan nombor pendaftaran palsu yang dipercayai hilang di Tanah Merah.
“Akibat takut dikepong polis, suspek yang menaiki kereta itu melanggar lima buah kenderaan dan cuba melanggar seorang anggota polis sehingga menyebabkan polis melepaskan satu das tembakan yang terkena pada bumper kereta. “Dua suspek dalam kereta itu cuba meloloskan diri namun cubaan mereka tidak berjaya dan dapat ditahan,” katanya. Beliau berkata, siasatan awal mendapati tiga suspek terlibat dan lelaki yang melarikan Myvi itu masih bebas dan dipercayai punca kejadian mempunyai kaitan dengan hutang dadah.
“Setakat ini usaha mengesan suspek masih diteruskan dan kes disiasat di bawah seksyen 3 FIPA 1971,” katanya. Dalam pada itu, dua suspek terbabit dalam kes tersebut dikenakan perintah tahanan reman selama tujuh hari oleh Mahkamah Kota Bharu di sini, semalam. Perintah keluarkan Timbalan Pendaftar Mahkamah Sesyen, Rozita Md Saad. Kedua suspek berusia 25 dan 22 tahun itu ditahan reman bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971. Reman kedua-duanya berkuat kuasa hari ini.
*** Kejadian di shell jalan kebun sultan..seorg lelaki berbangsa cino mati..difahamkan mangsa adalah pemilik kenderaan Myvi putih yg cuba dilarikan oleh penjenayah dan terkena tembakan penjenayah. Penjenayah dikejar oleh pihak polis sehingga ke Jalan Sultan Yahya dan berbalas tembakan disitu...setakat tu jah info yg admin dapat..