Polis dituduh pukul pekerja hotel
SEREMBAN - Seorang pegawai polis mengaku tidak bersalah atas tuduhan memukul, mengugut dan memecah cermin kereta di Hotel S2 di sini baru-baru ini selepas dihadapkan ke tiga Mahkamah Majistret semalam. Di hadapan Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh., Inspektor Mohd. Azuan Yasin, 32, dituduh dengan sengaja mendatangkan kecederaan dan menakutkan Mohamed Nadzeem Zainal Larifin, 25, menggunakan objek keras berwarna hitam menyerupai pistol pada pukul 2.50 pagi di ruang tamu Hotel S2 di sini pada 17 Julai lalu.
Dia juga dituduh memecah cermin pintu hadapan kereta bernombor pendaftaran MBB 1531 milik Tan Chee Luan, 25, sehingga menyebabkan pemilik kenderaan itu kerugian sebanyak RM150 pada pukul 5.45 pagi di kedai kopitiam dekat Temiang di sini pada tarikh dan masa sama. Di hadapan Majistret Haslina Basarudin pula Mohd. Azuan dituduh dengan sengaja mendatangkan kecederaan dan menakutkan Koh Wen Gio, 32, menggunakan objek keras berwarna hitam menyerupai pistol pada pukul 2.50 pagi di ruang tamu Hotel S2 di sini pada 17 Julai lepas.
Sementara itu, di hadapan Majistret S.Megaswary pula, tertuduh didakwa memecah pintu belakang sebelah kiri kereta bernombor pendaftaran NBV 8822 milik Tan Chee Hold, 32, yang menyebabkan pemiliknya kerugian sebanyak RM180 dalam kejadian pada pukul 5.45 pagi di kopitiam dekat Temiang di sini pada tarikh sama. Bagi pertuduhan mendatangkan kecederaan, Mohd. Azuan didakwa di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tiga tahun atau sebat