Tuesday, August 10, 2010

Selamat Berpuasa.... :-))




Hari ni merupakan hari pertama
(11 ogos 2010-rabu)
aku & wife berpuasa bersahur semlm lps solat terawih,mlm td aku buat 8 rakaat jer,
memang surau kat umah aku buat 8 pon. lepas solat witir blah la. mmm..nk tggu dgr ceramah, perut ni rase mcm lapar sgt..
lain kali la jwbnye dgr ceramah.

Kuar2 surau carik punya carik...aik mane lak aku punya seliper??
ayoyo ..ni confirm kne pau punya. ish diorg ni selipar JEPUN
pon nk pau ka? dah la aku tgh smgt berkobar2 ni,
kasi potong betol la diorg ni..! Tp xpe selipar ade lg yg lain..huhu,
tp mlm ni aku kne pakai selipar buruk kasi diorg xde nafsu nk pau
selipar aku..huhu

Sambung balik..pastu solat & spai umh aku tkr baju sbb nk g
restoran siam kat depan umh nak beli sup daging utk sahur pg td.
barang keperluan dapur x sempat nk g beli almaklum la kalut skit
sbb renovate dapur & toilet umh aku..
so sahur la aku & wife ngan sup daging yg sebrp enak..
tp bleh la sbb xde pilihan kan..pas sahur aku call ma ..ayoh jawab
so sembang la jap ngan ayoh bla2 pastu ayoh tanya pasal abesi xde
call ker..g lepak umah dia ke... abesi tu pon satu hal gak nk kawin
baru dia tau..betapa susah nyer nk uruskan semua itu ini...
asyik boros jer .k la setakat ni je la dulu nk g mandi & solat subuh
pastu nk g kje la pulak... :-))

Selamat berpuasa kpd kawan2 sekalian..

Orang Kelantan suka bergaduh?



KOTA BHARU – Penduduk Kelantan mungkin boleh dikatakan suka bergaduh sesama jiran dan ahli keluarga jika diukur pada jumlah laporan pergaduhan yang diterima polis sepanjang tahun ini.

Menurut Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Amir Hamzah Ibrahim, jenayah keganasan melibatkan kes pergaduhan merupakan antara tertinggi dilaporkan di negeri ini.

Beliau berkata, sebanyak 59 kes pergaduhan diterima daripada 535 kes pelbagai jenayah keganasan yang dilaporkan kepada polis sejak Januari lalu hingga semalam.

Katanya, jumlah kes jenayah keganasan itu juga mencatatkan peningkatan berbanding 436 kes bagi tempoh yang sama tahun lalu.

“Kedudukan jenayah keganasan di Kelantan sehingga semalam meningkat yang antara lain disebabkan berlaku pergaduhan gara-gara tidak berpuas hati atas perkara yang kecil dan remeh temeh.

“Antaranya sesama jiran bergaduh cuma disebabkan salah faham membuang sampah atau ranting pokok yang dipotong masuk ke halaman rumah sebelah malah ada juga pertelingkahan antara adik-beradik,” katanya pada majlis persaraannya sebagai Timbalan Ketua Polis negeri di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini semalam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...