Wednesday, July 11, 2012

Edisi -Kelantan Darul Naim

Maut selepas dua bulan koma


NASRUR meninggal dunia malam kelmarin selepas dua bulan dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian.


KOTA BHARU – Nasrur Alimin Mohamad, 34, yang ditembak dua lelaki berpakaian serba hitam di Taman Sentosa Jaya, Badang dekat sini dua bulan lalu meninggal dunia di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian malam kelmarin.
Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, mangsa meninggal dunia pada pukul 10.45 malam selepas tidak sedarkan diri selama dua bulan.

Menurut beliau, dalam kejadian pada 3 Mei lalu, Nasrur ditemui cedera parah akibat terkena beberapa das tembakan di betis kanan dan ditetak di kepala serta pergelangan tangan kanan selepas keluar dari kedai runcit yang terletak kira-kira 50 meter dari rumahnya.
Mangsa yang bekerja sebagai pembekal peralatan makmal di hospital di sini singgah di kedai runcit tersebut untuk membeli kad tambah nilai prabayar dan gula-gula.
Bagaimanapun, Mazlan memberitahu, belum ada tangkapan dibuat berhubung kejadian tersebut.
“Polis sedang menjejaki suspek yang sudah dikenal pasti terlibat dalam kejadian menembak Nasrur,” kata beliau.





 

Penyamun punya pasai..

Terpaksa tidur di dalam kereta



HASRIN menunjukkan bagaimana dia tidur di dalam kereta ekoran bimbang ancaman perompak yang memecah masuk rumahnya di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Sepasang suami isteri terpaksa tidur di dalam kereta pada waktu malam ekoran trauma selepas rumah mereka di Flat 700, Pandan Perdana, Cheras di sini dipecah masuk sebanyak dua kali dalam tempoh seminggu.
Rumah di tingkat empat itu baru disewa pada awal bulan ini dan kejadian pertama berlaku hanya tiga hari selepas mereka mendiaminya.
Mangsa, Hasrin Abdullah, 37, (gambar kecil) berkata, kejadian pertama berlaku kira-kira pukul 3.50 pagi pada 4 Julai lalu dan menyebabkan anak perempuannya cedera di leher akibat dikelar oleh perompak yang turut melarikan satu set komputer dan beg tangan.
“Kami hanya menyedari kejadian tersebut selepas mendengar jeritan anak saya yang ketika itu berada di dalam bilik tidurnya.
“Saya dan isteri terkejut apabila melihat anak saya yang berumur 17 tahun berlumuran darah kerana dikelar menggunakan pisau yang diambil suspek dari dapur rumah kami,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...