Monday, September 24, 2012

Apa perasaan korang kalau masa nak pergi keja ternampak pula keadaan macam dalam gambar tu?

Rompakan Van Sykt Keselamatan

Wang rompakan ditemui, 6 ditahan

MOHD. SHUKRI (dua dari kiri) menunjukkan sebahagian wang rompakan yang ditemui semula pada sidang akhbar di Ipoh semalam.



IPOH - Polis menahan enam suspek dan menemui semula sebahagian besar wang berjumlah RM1.23 juta yang dirompak oleh seorang pengawal keselamatan selepas menembak mati rakan setugasnya dalam kejadian di Jalan Tekah-Aulong, Taiping 18 September lalu. Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, wang sebanyak RM571,100 itu ditemui dalam serbuan di beberapa buah rumah di sekitar Kulim, Kedah dan George Town, Pulau Pinang selepas menyoal siasat enam individu yang ditahan beberapa hari selepas kejadian.

Katanya lagi, tiga hari selepas kejadian, polis menahan empat individu termasuk dua wanita di sebuah stesen minyak di Bandar Sunway, Seberang Jaya, Pulau Pinang pada pukul 2.30 petang.
Difahamkan, kesemua suspek dipercayai mempunyai hubungan keluarga dengan suspek utama, Mohamad Hafizuddin Zainal Abidin, (gambar kecil) 25.

"Pada 22 September pula, polis menyerbu beberapa buah rumah di Kulim dan George Town dan menemui semula sebahagian wang rompakan tersebut. Kita juga dapat menahan dua lagi suspek masing-masing seorang lelaki dan wanita berusia 47 serta 28 tahun. "Hasil siasatan polis percaya suspek telah mengagih-agihkan kesemua wang rompakan tersebut kepada kenalan dan saudara-maranya," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Rabu lalu, Kosmo! melaporkan pemandu van syarikat keselamatan, Hasnol Hafiz Saad, 28, mati selepas terkena empat das tembakan di dadanya dari jarak dekat disyaki dilakukan oleh Mohamad Hafizuddin yang kini menyembunyikan diri. Kejadian pada pukul 3 petang itu berlaku ketika mangsa dan suspek dalam perjalanan pulang selepas memungut wang daripada mesin deposit tunai beberapa buah bank di bandar Taiping.

Menurut Mohd. Shukri, selain tangkapan, polis turut merampas dua buah kereta jenis Honda City dan Proton Waja yang digunakan dalam kejadian itu. Tambahnya, polis percaya senjata api yang digunakan dalam kejadian itu masih berada bersama suspek utama kes tersebut. Kesemua suspek kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...