Sunday, October 2, 2011

Angkara Pukauan Pak Arab

Seorang usahawan barangan kosmetik dan makanan kesihatan di Pasir Pekan dekat sini, mengalami kerugian RM1,000 selepas seorang pekerjanya mendakwa dipukau oleh seorang lelaki dan seorang wanita dipercayai berbangsa Arab.

Mangsa, Noreliza Ashikin Ishak, 30, berkata, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 4 petang Khamis lalu ketika dia meninggalkan kedainya di Pasir Pekan, Tumpat kepada salah seorang pekerjanya.


Menurutnya, ketika kejadian, pekerjanya yang dikenali sebagai Nasuha telah didatangi kedua-dua orang Arab itu yang menaiki sebuah kereta jenis Proton Gen-2 berwarna perak yang diletakkan di hadapan kedainya.

“Menurut pekerja saya, kedua-duanya telah memasuki kedai dengan memberi salam sebelum bertanya tentang sejenis pencuci muka. Mereka kemudian bersembang dalam bahasa Arab dan Inggeris.

“Pekerja saya memberitahu, sebaik menjawab salam tersebut, fikirannya mula bercelaru tetapi masih sedar sebelum wanita warga Arab tersebut menepuk bahunya ketika bertanya mengenai harga pencuci muka tersebut,” ceritanya ketika dihubungi semalam.

Potong kuku mengikut sunnah Nabi

Kita sebagai seorang muslim disaran untuk mempraktikan amalan harian mengikut sunnah Nabi contohnya seperti Adap memotong kuku yang diamalkan oleh Nabi.

Potong kuku bukan hanya sekadar potong tapi ada cara dan kaedahnya. Walaupun ia hanya kuku tapi ia adalah sebahagian dari badan kita yang perlu kita hormati. Memotong kuku ada adabnya selain mengikut hari kita juga perlu membuang kuku tersebut pada tempat yang tidak kotor, seeloknya kita tanam kuku tersebut ke dalam tanah.

Cara2 memotong kuku adalah seperti dalam gambar dibawah :-



Hikmah memotong kuku pada hari...


Hari Jumaat - Nescaya keluar dosa2 seperti hari ia dilahirkan oleh ibunya & masuk kpdnya rahmat dari Allah.

Hari Sabtu - Nescaya keluar dari dlm tubuhnya ubat & masuk kepadanya penyakit

Hari Ahad - Nescaya keluar daripadanya kekayaan & masuk kemiskinan

Hari Isnin - Nescaya keluar daripadanya gila & masuk sihat

Hari Selasa - Nescaya keluar daripadanya sihat & masuk penyakit

Hari Rabu - Nescaya keluar daripadanya was2 & masuk kepadanya kepapaan

Hari Khamis - Nescaya keluar daripadanya gila & masuk kepadanya sembuh dari penyakit.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...