PERISTIWA HARTAL (makna Hartal anda boleh cari 
dari wikipedia), ia berlaku sebanyak dua kali iaitu pada 1948 dan 
1967.
28 NOVEMBER 1967 (ARTIKEL DI BAWAH 
INI SAYA AMBIL DARI SATU LAMAN WEB LAIN TAPI TIDAK INGAT DARI MANA)
Rusuhan kaum di Pulau Pinang 
dikenali sebagai Hartal.
Sebab utama terjadinya Hartal adalah 
kerana susutnya nilai matawang Paun Sterling seperti yang di istiharkan oleh 
Harold Wilson pada 20 November 1967. Akibat dari kejatuhan nilai mata wang itu, 
ianya turut menjejaskan matawang Malaysia. Matawang yg dikeluarkan oleh Bank 
Negara mengalami kesusutan (12 Jun 1967)Contoh nilai yg susut:1 sen - sama5 sen – 4 sen1.00 ringgit – 85 senSatu ribu – 857.10
Penurunan mendadak tanpa kawalan ini 
menyebabkan negara kita mengalami kerugian sebanyak 150 juta bagi setiap 1000 
juta yg berada di luar Negara tetapi setelah 5 hari, kerajaan telah berjaya 
mengapungkan kembali nilainya kepada nilai yang asal.
Malangnya, rakyat di Pulau Pinang 
terutama kaum Cina (tidak semua) yang memegang ekonomi tidak percaya akan berita 
yang di isytiharkan oleh Menteri Kewangan Malaysia pada ketika itu, Tan Siew 
Sin.
Maka berlaku lah Hartal.
Semua kedai-kedai ditutup, puluhan 
bas dan teksi di bakar malahan kemuncak rusuhan ini, pembunuhan telah berlaku 
dan rusuhan ekonomi ini bertukar menjadi rusuhan kaum.
Sebuah sekolah asrama anak-anak 
Melayu (mungkin Madrasah al-Mashor) telah diserang oleh perusuh Cina. Orang 
orang Melayu yang tidak menutup kedai pada hari tersebut juga telah dibunuh 
dengan kejam. Huru hara ini telah berkembang dengan cepat sehingga ke Perak dan 
kedah.
Tun Abd Razak bin Husin, Menteri 
keselamatan Dalam Negeri mengisytiharkan perintah berkurung di seluruh Penang, 
Kubang Kerian, Bukit Mertajam, Utara Perak dan Bandar Baru, Kedah. Undang undang 
Keselamatan Awam telah dilaksanakan di tempat tempat tersebut.
Dilaporkan, setelah berlakunya 
pembunuhan Melayu di Pulau Penang oleh orang-orang Cina, maka ramai 
saudara-saudara Melayu dari luar Pulau Pinang telah datang untuki membantu 
tetapi berjaya dihalang oleh askar Melayu dan polis dengan ketat 
sekali.
Mereka berura-ura memohon untuk 
memerdekakan Pulau Pinang dari Malaysia seperti yang berlaku ke atas Singapura 
tetapi berjaya disekat lebih awal.
credit to Military of 
Malaysia