Tuesday, April 12, 2011

Arab Saudi merancang binabangunan tertinggi 1.6 km


JEDDAH, Saudi Arabia - Keluarga diraja Arab Saudi kelmarin mendedahkan pelan membina bangunan paling tinggi di dunia, Kingdom Tower dengan kos AS$19.52 bilion (RM59.11 bilion) di sini, lapor beberapa buah akhbar semalam.

Bangunan itu setinggi 1.6 kilometer yang akan mengandungi hotel, apartmen mewah dan sebuah pusat beli-belah apabila ia siap dibina. Ia dua kali ganda lebih tinggi dari bangunan Burj Khalifa di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) yang kini menjadi bangunan paling tinggi di dunia.

Masa untuk tiba di menara bangunan itu ialah 12 minit dengan menggunakan lif dan mempunyai 275 tingkat. Projek pembinaan itu dibiayai syarikat Kingdom Holdings Company (KHC) milik keluarga diraja Arab Saudi yang dipengerusikan Putera Alwaleed Bin Talal.

Syarikat Emaar yang membina Burj Khalifa difahamkan memenangi kontrak untuk mendirikan bangunan berkenaan.

Monday, April 11, 2011

Martabak raja guna logo halal tak sah


Gara-gara mempamerkan logo halal tanpa kelulusan, sebuah syarikat pembuat makanan dikenakan tindakan oleh Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Kelantan semalam.

Dalam operasi yang bermula kira-kira pukul 1 tengah hari di kawasan perindustrian Pengkalan Chepa, dekat sini, pihak PPDNKK merampas sejumlah 500 biji martabak raja keluaran syarikat terbabit serta 13,000 kotak pembungkus yang tertera logo halal tanpa kebenaran dianggarkan bernilai hampir RM20,000.

Pengarahnya, Fauzi Haron berkata, operasi pihaknya itu dijalankan dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) yang menerima aduan sebelum ini mengenai keraguan terhadap sijil halal beberapa produk keluaran syarikat berkenaan.

Menurutnya, syarikat itu dipercayai telah menjalankan operasi sejak dua tahun lalu dan kini mengeluarkan 12 produk makanan pelbagai jenis dan lima daripada produk berkenaan tidak mendapat kebenaran untuk mempamerkan logo halal.

Kerani lesap RM1.7 juta wang syarikat

Polis sedang mengesan seorang kerani akaun sebuah syarikat pemfailan di Bayan Lepas di sini, Chuah Siew Lay (gambar), 40, bagi membantu siasatan berhubung kehilangan wang berjumlah RM1.7 juta dalam syarikat tersebut sejak empat tahun lalu.

Kehilangan wang itu disedari oleh pengurus syarikat itu pada 8 April lalu sebelum pengurus itu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang pada hari sama.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pulau Pinang, Asisten Komisioner Roslee Chik berkata, wang berjumlah RM1.7 juta itu lesap daripada akaun syarikat itu melalui 41 transaksi yang dibuat ke dalam akaun bank dipercayai milik rakan Siew Lay sejak tahun 2007.

"Wang tersebut kemudian dikeluarkan dari akaun tersebut dan dipercayai diserahkan kepada Siew Lay," kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam.

Menurut beliau, polis yang bertindak atas aduan pengurus syarikat itu berjaya membekukan wang berjumlah RM231,000 yang masih terdapat dalam akuan rakan Siew Lay yang berusia 25 tahun.

Sunday, April 10, 2011

Kelantan kembali tunjuk garang


PEMAIN Felda United, Mohd. Kaironnisam (kiri) menghalang pemain Kelantan, Norshahrul Idlan dalam perlawanan Liga Super di Kota Bharu kelmarin. Kelantan menang 6-0.


SELEPAS tewas mengejut di tangan T-Team Selasa lalu, Kelantan ibarat sang Singa yang terluka apabila menjadikan Felda United sebagai mangsa pertama selepas membaham pasukan tersebut 6-0 dalam aksi di Stadium Sultan Muhammed Ke IV malam kelmarin.

Lebih manis, kemenangan tersebut juga melonjakkan kedudukan Kelantan untuk mengungguli persada liga biarpun terpaksa berkongsi mata dengan Selangor, namun dipisahkan dengan jumlah jaringan gol.

Ketua jurulatih Kelantan, Datuk M. Karathu menyifatkan pasukannya tersedar dari lena dan mimpi buruk ketika mereka terpaksa pulang hampa ke Kota Bharu ketika ditewaskan T-Team di Terengganu tempoh hari.

"Perlawanan malam tadi (kelmarin) sangat penting untuk kita selepas tewas dengan T-Team. Kita pulang ke sini (Kota Bharu) dan membuktikan kita adalah sebuah pasukan yang cukup tersusun. Saya bangga dan kagum dengan semangat itu.

"Kita bermula dengan baik dan menguasai perlawanan. Hantaran cukup sempurna dengan pemain yang tersenarai menunjukkan semangat yang cukup tinggi dan mereka tahu mereka tidak mampu untuk kalah lagi. Di sini kita buktikan kita antara yang terbaik," katanya ketika dihubungi semalam.

Jelasnya, beliau mengharapkan aksi yang sama diteruskan dalam perlawanan akan datang ketika Kelantan dijadualkan bertandang ke Ipoh esok untuk menentang Perak sebelum pulang semula ke Kota Bharu melayan kunjungan Sabah, Sabtu ini.

"Jumlah jaringan malam tadi cukup luar biasa. Felda main cukup baik dan mereka memiliki pemain yang berkualiti tetapi secara taktikalnya kita lebih baik dan jentera tengah dan penggempur kita menjalankan tugas dengan sempurna.

Mengulas mengenai ketiadaan ketua pasukan, Badri Radzi yang hanya memanaskan bangku simpanan, Karathu berkata:

"Jentera tengah cukup penting, saya mahu pemain yang boleh 'menang bola'. Daniel Fadzley dan Shakir (Shaari) bermain baik. Semua pemain kena kerja kuat, apabila kita selalu hilang bola ia menimbulkan masalah untuk pertahanan," ujarnya.

Perlawanan malam kelmarin menyaksikan pesta gol Kelantan dibuka oleh Shakir Shaari pada minit ke 33 menerusi rembatan dari jarak 35 meter yang menewaskan Faizal Rashid.

Selang tujuh minit kemudian giliran Norshahrul Idlan Talaha menyempurnakan sepakan penalti selepas S. Chanturu dijatuhkan dalam kotak penalti yang turut menyaksikan pertahanan Felda, Abdul Ghani Abd. Rahman di buang padang kerana menerima kad kuning kedua.

Babak kedua perlawanan menyaksikan giliran penyerang muda Kelantan, Nizad Ayub menggamatkan stadium dengan dua gol dihasilkan pada minit ke 60 dan 71.

Sepuluh minit sebelum perlawanan tamat, Kelantan berjaya menambah derita Felda menerusi gol hasil sepakan percuma Daniel Fadzley Abdullah pada minit ke 82 dan pemain muda, Mohd. Izuan Solahudin pada minit ke 89.

Tuesday, April 5, 2011

Penyamun dijel kerana imej CCTV


Pembongkaran Akhbar tempatan pada Januari tahun lalu mengenai kegiatan sekumpulan empat lelaki bersenjatakan parang dan kapak yang menyamun sebuah klinik di pinggir ibu negara membuahkan hasil apabila tiga daripada suspek disumbat ke dalam penjara selama enam dan tujuh tahun. Mereka juga dihukum sebat.

Penyamun bergelar Penjahat Empat Jahanam itu amat ganas apabila mereka tanpa belas kasihan mengugut mangsa-mangsa di klinik tersebut sebelum melarikan barang-barang berharga. Mereka merompak pada 7 Disember 2009.

Kosmo! yang membuat pendedahan berterusan bermula pada 2 Januari 2010 dengan menyiarkan imej kejadian rompakan yang diambil daripada kamera litar tertutup (CCTV) di klinik tersebut membantu siasatan polis apabila seorang demi seorang suspek ditahan sebelum mereka dihadapkan ke mahkamah.

Suspek pertama ditahan oleh polis Cawangan Jenayah Berat (D9) Selangor pada 6 Januari 2010 di sebuah restoran di Jalan Klang Lama dekat sini manakala tiga lagi suspek ditahan di sebuah rumah di Pasir Puteh, Kelantan dua hari kemudian.

Keempat-empat suspek itu kemudian diserahkan kepada polis Ampang Jaya.

Selepas disiasat dan diserahkan kepada polis di beberapa daerah lain untuk tujuan membantu siasatan beberapa kes jenayah, tiga lelaki itu buat pertama kali dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ampang pada 17 Mac 2010 namun seorang lagi suspek dibebaskan selepas polis mendapati dia tidak terlibat.

T-Team bangkit menentang Kelantan

REPUTASI Kelantan selaku kuasa bola sepak Malaysia akhirnya tercalar di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu malam tadi.

Pada aksi penuh mendebarkan itu, Kelantan yang turun selaku pendahulu Liga Super tewas 3-4 kepada pasukan berstatus kelab, T-Team.

Kemenangan tuan rumah itu sekali gus turut menebus kekecewaan mereka selepas disingkirkan Kelantan pada aksi Piala FA sebelum ini.

Lebih manis lagi, dua daripada tiga gol yang dijaringkan T-Team semalam disumbangkan bekas pemain Kelantan, Norfar- han Mohammad dan Indra Putra Mahyuddin.

NORFARHAN (tengah) diraikan rakan-rakan sepasukannya selepas menjaringkan gol kedua T-Team ketika menentang Kelantan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu malam tadi. T-Team menang 4-3.


T-Team yang dibimbing Yunus Alif membuka jaringan pertama pada minit ke-21 menerusi Zairo Anuar Zailani hasil sepakan percuma.

Norfarhan terus menambah derita bekas pasukannya itu dengan gol kedua pada minit ke-46.

Jaringan itu hadir hasil gerakan solo pemain pertahanan, Norfarhan yang berjaya menggelecek empat pertahanan lawan sebelum melepaskan rembatan kencang yang menerjah jaring.

Bersambung babak kedua, gawang Kelantan yang dikemudi Khairul Fahmi bolos lagi, kali ini menerusi jaringan cantik Indra pada minit ke-51.

Pasukan pelawat cuba merapatkan jurang gol, namun beberapa percubaan daripada Norshahrul Idlan Talaha gagal membuahkan hasil.

Bagaimanapun pada minit ke-62, Kelantan berjaya merapatkan jurang gol menerusi jaringan pemain gantian, Danial Fadzly Abdullah.

Dua minit kemudian, pasukan pelawat menambah gol kedua hasil percubaan jarak jauh S. Chanthuru yang berjaya menewaskan Syamsuri Mustafa.

Kealpaan Kelantan memburu gol penyamaan bagaimanapun dihukum tuan rumah dengan gol keempat minit ke-79 mene- rusi Haris Safwan Kamal.

Namun, Danial Fadzly terus memberi tekanan apabila menjaringkan gol ketiga Kelantan hasil sepakan penalti pada minit ke-86.

Monday, April 4, 2011

Perjanjian praperkahwinan pengasas majalah Playboy


Pengasas majalah Playboy, Hugh Hefner yang memiliki kekayaan bernilai AS$80 juta (RM242.08 juta) enggan membuat perjanjian praperkahwinan dengan bakal isterinya yang merupakan bekas model majalah bogel tersebut, Crystal Harris, lapor sebuah akhbar semalam.

Hefner yang berusia 84 tahun difahamkan tidak mengambil peduli nasihat orang lain tentang perancangannya untuk mendirikan rumah tangga dengan Harris.Dia tetap berpendirian bahawa wanita berusia 24 tahun itu menyayangi dirinya tanpa memandang soal harta atau kemewahan.Pasangan itu bakal melangsungkan perkahwinan pada 18 Jun depan selepas Hefner melamar Harris pada Krismas lalu.

Hefner menghantar komen di laman Twitter beberapa bulan lalu yang berbunyi: "Selepas saya memberi Harris cincin, dia terus menangis. Ini merupakan hujung minggu paling gembira dalam memori saya." Ketika status perjanjian praperkahwinan mereka tetap diperkatakan, perkahwinan pasangan itu terus menjadi kontroversi.


Bekas teman wanita Hefner, Kendra Wilkinson berkata kepada E!: "Saya belum membuat keputusan untuk datang pada majlis itu atau sebaliknya. Saya tidak bergurau. Saya sebaliknya marah apabila mendengar tentang perkahwinan mereka."

Wilkinson bagaimanapun bertuah selepas Hefner membenarkannya menggunakan rumah agam miliknya untuk majlis perkahwinan bersama bintang bola sepak Amerika, Hank Baskett pada tahun 2009. Seorang lagi bekas kekasih Hefner, Holly Madison pula lebih kecewa dan melepaskan kemarahannya kepada Harris.

"Dia (Harris) memiliki karakter misteri. Saya telah lihat ramai wanita yang cuba mengenali rapat dengan Hefner. Ada setengah daripada mereka yang bermotif jahat.
"Ramai kenalan yang mengucapkan tahniah kepada Hefner menerusi Twitter. Tetapi, saya ingin berada di sana bagi menyaksikan perkahwinan mereka

Sunday, April 3, 2011

Tambang haji kali pertama kekal


Tambang untuk menunaikan fardu haji di Tanah Suci bagi mereka yang pertama kali terpilih untuk mengerjakan ibadat itu pada tahun ini kekal sama seperti tahun lepas iaitu sebanyak RM9,980 seorang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, kerajaan tidak menaikkan tambangnya walaupun kos sebenar meningkat berikutan kenaikan harga minyak dan pengurusan jemaah di Mekah dan Madinah serta syarat baru yang dikenakan oleh kerajaan Arab Saudi.

"Pelbagai perkara dan pertimbangan diambil kira untuk mengekalkan kos ini terutama untuk menjaga kebajikan jemaah yang setia dan lama menunggu giliran yang berumur lebih 75 tahun serta pertimbangan prestasi dan keuntungan TH tahun lepas," katanya di sini semalam.

Jamil Khir berkata, subsidi untuk seorang jemaah tahun ini adalah sebanyak RM4,360 berbanding RM3,060 tahun lepas.

Namun, menurut beliau, bagi jemaah yang menunaikan ibadat haji bagi kali kedua, mereka dikenakan kos sebenar iaitu tanpa subsidi.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...