Sunday, November 14, 2010

Senarai Kota-kota Maksiat Dunia

Pattaya: Ibu Kota pelacuran

Pattaya adalah syurga kepada aktiviti seks di dunia. Sebut apa jenis pelacuran, semua boleh didapati di sana termasuklah pelacuran kanak-kanak!. Thailand membenarkan aktiviti pelacuran dijalankan dengan sebebas-bebasnya bagi menarik minat pelancong-pelancong asing bertandang ke Thailand.

Di Pattaya, pelancong tidak perlu menunggu malam untuk memuaskan nafsu. Siang hari pun boleh jalan!



Amsterdam: Ibu Kota dadah

Amsterdam tidak perlu diperkenalkan lagi. Semua orang tahu bahawa Amsterdam adalah salah sebuah kota di Belanda yang menempatkan sebuah kelab gergasi Eropah iaitu Ajax Amsterdam. Namun, ramai yang tidak tahu bahawa Amsterdam adalah bandar yang membenarkan rakyat mereka menjual beli dan menggunakan dadah secara sah tanpa kekangan undang-undang. Bukan itu sahaja, bagi yang mempunyai naluri seks songsang, di sinilah tempatnya. Anda boleh berkahwin, memadu kasih atau bercekerama tanpa ada mata-mata liar yang memerhatikan anda. Syurga dunia!

Namun, yang peliknya mengenai bandar ini walaupun membenarkan penjualan dadah secara terang-terangan, ia tidak pula dipenuhi dengan para penagih tegar seperti di negara dunia ketiga! Pelik bukan? Amsterdam meghalalkan penjualan dadah dan pelacuran



Manama: Ibukota pesta di padang pasir

Bandar Manama atau al-Manamah adalah ibukota bagi aktiviti malam bagi orang Arab. Terletak di negara Bahrain, bandar ini mampu membuatkan pengunjung menghabiskan malam dengan mabuk dan berjoget. Pengunjung terbesarnya adalah sheikh-sheikh Arab yang kehausan seks dan hiburan. Bandar Manama mula menghala kepada ‘kehancuran’ apabila pemerintah Bahrain mula berpandangan Liberal(bebas) dan mula menolak nilai-nilai moral dan etika Islam.

Bandar Manama merupakan bandar yang paling memalukan dunia Islam ditambah pula ia terletak di tanah para Anbiya dan Auliya. Inilah harga tinggi untuk dibayar apabila Allah swt memberikan kenikmatan duniawi. Nauzubillah.

Las Vegas: Ibukota Perjudian

Terang-terangan kota ini adalah kota maksiat apabila papan tanda untuk memasuki bandarnya tertera ‘Go on and Sin’. Hakikatnya, Las Vegas adalah sebuah kawasan tandus dan kering ketika sebelum diteroka untuk dijadikan kota perjudian. Kota ini dibuka ketika era pembangunan semula Amerika Syarikat selepas krisis ekonomi tahun 30-an dengan perjudian telah dikecualikan undang-undang pada 31 March 1931. Kota ini berkembang secara berperingkat sehinggalah kepada kemuncaknya pada tahun 60-an apabila Howard Hughes(pernah dilakonkan oleh Leonardo DiCaprio dalam filem The Aviation) telah melabur jutaan ringgit untuk membuka pusat perjudian di sana. Pada tahun 80-an, Las Vegas sudah pun terkenal sebagai pusat pejudian terbesar di dunia sehinggakan diibaratkan bahawa seorang pope yang tua pun jikalau singgah bermalam di sana akan terpengaruh dengan kenikmatan duniawi di Las Vegas.

Rio de Janeiro: Ibukota bogel

Ibukota Brazil ini memang tidak pernah lari daripada pesta dan seks. Kota penuh dosa ini sering dihiasi dengan wanita-wanita sawo matang Brazil yang berseparuh telanjang dengan tanpa rasa malu berpelesiran di pantai-pantai dan resort. Pantai paling terkenal di Rio adalah Ipenama Beach yang terletak di selatan bandar Rio de Janeiro.

Saban hari, pantai ini dihiasi dengan pelbagai aktiviti maksiat seperti pesta tarian dan mabuk-mabuk malahan jangan terkejut jika terdapat warga tempatan atau pelancong asing melakukan hubungan terlarang secara terbuka di sini. Apa komen anda?

Moscow: Ibukota Disco

Kerajaan Rusia melarang aktiviti pelacuran dan aktiviti malam yang menjangkaui siang hari. Namun, ia masih boleh didapati di sini tanpa ada pihak berwajib melakukan serbuan. Sepertimana di tempat lain termasuk di Malaysia, dengan suapan wang, segala macam boleh jadi. Dan bergitulah juga di Moscow. Jika di saat pemerintah Soviet, disco dan lagu-lagu barat dilarang dibina dan dimainkan kerana bimbang rakyatnya terpengaruh dengan idealogi Barat. Namun, dengan runtuhnya rejim Komunis pada tahun 1991, budaya disco secara beransur-ansur meracuni rakyat Moscow dan Rusia.

Dan akhirnya Moscow menjadi terkenal sebagai destinasi tarian bogel gadis Rusia yang cantik dan tidak terlepas pandang juga tarian daripada kaum Adam yang menghiburkan hati wanita semasa Lady Night. Terliur? Penulis ingatkan supaya lupakan sahaja. Neraka jawapannya!.


Genting: Ibukota perjudian Asia

Barang siapa beritahu penulis bahawa mereka ke Genting untuk sekadar makan angin, penulis langsung tidak percaya. Genting sudah sinonim dengan aktiviti perjudian dan pelacuran kelas atasan. Miskipun dihiasi dengan permainan-permainan seperti roller coaster dan hanging chair, tetapi itu hanyalah sampingan sahaja. Aktiviti paling utama di sini adalah perjudian dan pelacuran. Genting yang terletak di pergunungan negeri Pahang telah digelar The City of Entertainment kerana merujuk kepada aktiviti yang menghala kepada keseronakan dan hiburan di sana.

Genting adalah menduduki tempat sebaris dengan Las Vegas menurut kajian daripada majalah Forbes yang merujuk kepada keuntungan dan kemewahan infrastruktur di sana.

Bali: Ibukota maksiat

Pantai Bali sudah terkenal di seluruh dunia sebagai pantai yang cantik dan hebat servisnya. Ia sering didatang ribuan pelancong asing saban tahun terutama tahun-tahun sebelum peristiwa pengeboman Bali berlaku. Jika sudah didatangi pelancong asing, ia tidak akan lari daripada dosa yang utama ini, MAKSIAT!. Miskipun masyarakat Islam di sini adalah golongan minoriti kerana masyarakat beragama Hindu adalah paling dominan di sini namun ia tidak semestinya kerajaan Indonesia menganggap itu sebagai satu pengecualian.

Bali hancur di sebalik keindahan pantainya. Saban hari, ia akan dihiasi dengan pelancong-pelancong asing yang tidak memakai seurat benang berjemur di pantai. Ia bukan sahaja merosakkan rakyat tetapi merosakkan nama Indonesia sebagai negara paling ramai rakyat yang beragama Islam.

~Percayalah bahawa bencana yang berlaku kini adalah disebabkan melimpahnya maksiat dan jauhnya manusia daripada pengabadiannya kepada Allah swt.

Thursday, November 11, 2010

Senarai 40 Jutawan di Malaysia.




Kekayaan 40 orang terkaya di Malaysia terus mencatat peningkatan dengan kekayaan mereka yang terkumpul bernilai RM156.7 bilion pada 15 Januari atau 63 peratus lebih daripada RM96.3bilion berikutan pemulihan dalam pasaran saham, demikian didedahkan hasil satu kaji selidik oleh Malaysian Business.

Bagaimanapun, menurut kenyataan hasil kaji selidik majalah itu yang dikeluarkan hari ini, kekayaan terkumpul mereka masih kurang daripada RM171.9 bilion yang direkodkan pada 2008.

Penanda aras FBM KLCI telah meningkat 44.3 peratus sejak kaji selidik terakhir ketika masyarakat dunia berusaha bangkit semula berikutan krisis kewangan global.

Senarai penuh 40 orang terkaya dan maklumat mengenai kekayaan mereka diterbitkan dalam majalah itu dalam keluaran 16 Februari. Seperti tahun lalu, kekayaan 40 teratas itu dinilai berdasarkan kepada nilai saham mereka di dalam syarikat yang tersenarai pada 15 Januari tahun ini.

Kaji selidik itu juga menunjukkan hampir separuh daripada senarai yang tercatat tahun ini melonjak 50 peratus atau lebih.



Ada lebih jutawan tahun ini — 22 orang iaitu lebih lapan orang berbanding tahun lalu.

Tan Sri Robert Kuok dari Kumpulan Kuok yang melepaskan mahkotanya “Raja Gula” tahun lalu, masih mendahului senarai dengan kekayaan RM42.76 bilion, meningkat RM16.1 bilion daripada RM26.6 bilion, setahun lalu.

Hartawan telekomunikasi, Ananda Krishnan berada pada kedudukan kedua dengan kekayaan RM27 bilion.

Tan Sri Lee Shin Chen dari IOI Corporation Bhd menduduki tempat ketiga dengan kekayaan RM11.92 bilion diikuti ahli perbankan terkemuka, Tan Sri Teh Hong Piow dengan kekayaannya berjumlah RM10.86 bilion.

Tan Sri Lim Kok Thay dari Kumpulan Genting dengan kekayaan bernilai RM10.38 bilion, melonjak kepada kedudukan kelima. Ini kerana beliau mewarisi sejumlah besar kekayaan daripada mendiang bapanya, Tan Sri Lim Goh Tong.

Tan Sri Quek Leng Chan dari Kumpulan Hong Leong menduduki tempat keenam dengan RM7.09 bilion, manakala Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary dari Yayasan Albukhary dengan kekayaan bernilai RM6.01 bilion, menduduki tempat ketujuh.

Jutawan lain yang tersenarai dalam 10 teratas adalah balu Lim Goh Tong, Puan Sri Lee Kim Hua, Tan Sri Tiong Hiew King dari Rimbunan Hijau Group dan Tan Sri Vincent Tan dari Berjaya Group.

Lima muka baru dalam senarai itu ialah Lee Swee Eng dari KNM Group, Datuk Shahril Shamsuddin dan Shahriman Shamsuddin dari Sapura, Datuk Seri Nazir Razak dari CIMB Group dan Ong Leong Huat dari OSK Holdings, yang muncul semula dalam senarai itu selepas tiada dalam tempoh setahun. -Bernama



Berikut adalah senarai penuh 40 Jutawan di Malaysia.

1. Robert Kuok $10 billion (Kuok Empire, Shangri La, Wilmer International etc)

2. Ananda Krishnan $7.2 billion (Maxis, Astro)

3. Lee Shin Cheng $5.5 billion (IOI Group)

4. Teh Hong Piow $3.5 billion (Public Bank)

5. Lee Kim Hua & family $3.4 billion (Genting Berhad, widow of late Lim Goh Tong)

6. Quek Leng Chan $2.4 billion (Hong Leong Group, Guoco Group)

7. Yeoh Tiong Lay & family $2.1 billion (YTL Corp)

8. Syed Mokhtar AlBukhary $1.8 billion (MMC, Johor Port, Malakoff)

9. Vincent Tan $1.3 billion (Berjaya Group)

10. Tiong Hiew King $1.1 billion (Rimbunan Hijau)

11. Azman Hashim $700 million (AmCorp Group, formerly Arab-Malaysia)

12. William H. J. Cheng $660 million (Lion Group, Parkson)

13. Lee Swee Eng $495 million (KNM Group)

14. Ong Beng Seng $470 million (Hotel Properties Ltd, Natsteel)

15. Lim Kok Thay $345 million (son of late Lim Goh Tong, Genting Berhad)

16. Vinod Sekhar $320 million (Petra Group, known for its Green Rubber Global)

17. Lee Oi Hian $300 million (Kuala Lumpur Kepong or KLK)

18. Yaw Teck Seng $295 million (Samling Group)

19. Anthony Fernandes $290 million (AirAsia, Tune Hotels)

20. Mokhzani Mahathir $285 million (Kencana, authorized Porsche importer son of former permier Mahathir)

21. Kamarudin Meranun $280 million (AirAsia, Tune Hotels, Tony Fernandess lover *grin*)

22. Jeffrey Cheah $275 million (Sunway Group)

23. Lee Hau Hian $250 million (Batu Kawan, KLK, brother of Lee Oi Hian)

24. Chong Chook Yew $245 million (Selangor Properties, widow son is MD now)

25. Yaw Chee Ming $240 million (Samling Group, son of Yaw Teck Seng)

26. G. Gnanalingam $230 million (Westports Malaysia)

27. Lim Wee Chai $200 million (Top Glove, worlds largest rubber gloves manafacturer)

28. Kua Sian Kooi $195 million (Kurnia Asia, insurance)

29. Lau Cho Kun $185 million (Malaysian Mosaic)

30. Abdul Hamed Sepawi $180 million (Ta Ann, timber conglomerate)

31. David Law Tien Seng $165 million (Australian iron ore MidWest, T.S. Law Holdings)

32. Tiah Thee Kian $163 million (TA Enterprise)

33. Liew Kee Sin $160 million (SP Setia)

34. Ahmayuddin bin Ahmad $155 million (Westports Malaysia)

35. Eleena Azlan Shah $150 million (Gamuda largest individual shareholder)

36. Lin Yun Ling $145 million (Gamuda founder and MD)

37. Ong Leong Huat $130 million (OSk Group)

38. Lim Thian Kiat $115 million (former head of Multi-Purpose)

39. Khoo Kay Peng $110 million (MUI, U.K. retailer Laura Ashley)

40. Nazir Razak $100 million (Bumiputra Commerce Holdings, brother of deputy PM)



Ulasan Jutawan Booster :

Anda semua peranan atau tidak, senarai jutawan di atas datangnya dari pelbagai latar belakang dan bidang perniagaan. Maknanya untuk jadi jutawan bukannya tertumpu kepada sesetengah bidang sahaja. Ianya agak meluas, jika kena pada gayanya, menjadi. “Untung Sabut Timbul, Untung Batu Tenggelam”.

Jadi mulai saat ini, tiada alasan kepada anda bahawa untuk jadi jutawan perlu berada di bidang yang tertentu sahaja dan berlatar belakangkan keluarga yang tertentu sahaja.

Wednesday, November 10, 2010

Mat KOMANDO

Mat Komando diburu 255 hari

Ketua Kumpulan 13 akhirnya tewas selepas mati ditembak dalam operasi subuh hari

KEHENINGAN subuh di Felcra Kampung Hujung Ketun, Pendang, Kedah, pada 12 September 2002, diganggu dengan dentuman berdas-das tembakan senjata api.
Ketika itu jam menunjukkan sekitar 6.30 pagi, kebanyakan penghuni kampung yang terletak kira-kira 35 kilometer dari bandar raya Alor Star itu baru bangun untuk menunaikan solat subuh manakala pelajar bersiap untuk ke sekolah.



Penduduk tidak pun menyangka bahawa bunyi tembakan itu adalah daripada satu operasi besar dan penting polis yang dinamakan kod Ops Api Sawit 2 sekali gus menandakan kejayaan menumpaskan ketua kumpulan penjenayah amat dikehendaki, Kumpulan 13, yang diketuai Mat Komando atau nama sebenarnya Ahmad Mohd Arshad.

Penduduk tidak menyangka Mat Komando, 37, yang ditumpaskan pagi itu kerana tersebar khabar angin kononnya dia dipercayai berjaya menyusup keluar dari negara ini pada waktu berkenaan.

Serbuan sepasukan 10 anggota polis yang turut disertai Unit Tindakan Khas (UTK) pagi itu mengakhiri pemburuan pasukan keselamatan terhadap Mat Komando selama 255 hari.

Operasi tragis itu berlangsung kira-kira sebulan selepas isterinya, Faridah Mat Piah, 34, dan bapa mertuanya, Md Piah Che Nam, (72 tahun ketika itu), membuat rayuan menerusi temu bual dengan akhbar Harian Metro, supaya dia menyerah diri kepada pihak berkuasa.

Beberapa jam selepas operasi itu tamat, Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Norian Mai, mengesahkan bahawa lelaki yang berbalas tembak dengan polis waktu itu adalah Mat Komando.



Pengumuman itu sekali gus mengakhiri pemburuan polis ke atas Mat Komando, yang dilancarkan sejak 1 Januari 2002 selepas tiga rakannya terbunuh ketika lari dari sekatan polis di Kuala Nerang sebelum itu.

Kematian Mat Komando pada pagi itu berjaya menyelesaikan siasatan polis terhadap Kumpulan 13 yang turut dikaitkan dengan 52 kes samun bersenjata membabitkan wang tunai lebih RM2.5 juta, dua kes mencuri motosikal dan satu kes cubaan membunuh.

Kumpulan 13 kerap terbabit dalam beberapa siri rompakan bank terpencil, selain rompakan terhadap pemborong kelapa sawit, pengurup wang, kedai pajak gadai dan individu. Mereka dipercayai terbabit dalam 11 rompakan di Perak, lima di Kedah dan masing-masing dua kes di Perlis, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kelantan dan Johor.

Operasi pada pagi itu juga menyudahkan satu episod jenayah terancang dengan sembilan anggota Kumpulan 13 ditangkap manakala empat termasuk ketuanya, mati ketika berbalas tembak dengan polis.

Polis turut menemui sepucuk pistol jenis Colt .45 dan revolver .22; beberapa butir peluru hidup dan kelongsong serta wang tunai RM70 pada badan Mat Komando, pagi itu.

Ketika diburu selama lebih 200 hari, polis turut mengesan beberapa taktik penyamaran dilakukan oleh Mat Komando ketika dalam persembunyian untuk mengelak dikesan termasuk muncul berjanggut atau jambang ala Taliban serta botak licin (skin head).

Dalam beberapa serbuan polis sebelum itu, Mat Komando yang bertubuh tegap dan sasa berjaya melepaskan diri termasuk dalam Ops Api Sawit sebelum itu yang mengorbankan anggota kumpulannya termasuk abang ipar, Ismail Md Piah, di Bukit Selambau dan Jalan Gubir-Kuala Nerang pada 1 Januari 2002.

Selepas kejadian itu, Mat Komando terus berjaya mengelak daripada dikesan polis.

Kali terakhir dia dikesan di Baling, Kedah, ketika cuba membunuh orang kanannya, Mohd Syukri Husin, 31, yang bersamanya melepaskan diri daripada kepungan polis di Gemas, Negeri Sembilan, pada 5 Ogos 2002.

Tindakan itu membuktikan Mat Komando amat berbahaya kerana selain bersenjata api ketika melakukan samun, dia tidak akan teragak-agak melepaskan tembakan ke arah sasarannya, hatta cuba membunuh orang kanannya itu kerana dipercayai akan memberi banyak maklumat mengenai kegiatannya kepada polis jika dibiarkan hidup.

Dalam tempoh 255 hari itu, pelbagai andaian dan cerita mengenai ‘kehebatan' Mat Komando diperkatakan kerana dia berupaya meloloskan diri daripada kepungan polis termasuk anjing pengesan.

Mat Komando juga mungkin mempunyai kelebihan tertentu yang menyebabkan dia licik meloloskan diri, terutama ketika melarikan diri ke dalam hutan berbekalkan pengalaman dan kemahirannya sebagai anggota komando sebelum terjerumus ke kancah jenayah.

Antaranya termasuk Mat Komando memiliki ilmu kebal dan menguasai ‘ilmu selisih' yang membolehkannya meloloskan diri tanpa disedari polis walaupun dikepung.

Mat Komando turut mencatat sejarah dalam fail jenayah polis apabila dikategorikan sebagai penjenayah ‘berhati kering' apabila berani mendedahkan mukanya dalam kebanyakan kes rompakan tanpa memakai topeng. Taktik itu memang jarang diamalkan penjenayah kerana ia menyebabkan mereka mudah dikenali, sekali gus memudahkan polis menjejakinya.

Modus operandinya ialah sebelum melakukan kegiatan, Kumpulan 13 akan merompak kereta terutama milik wanita dipercayai mudah untuk kenderaan itu dilarikan dan selepas misi mereka selesai ada di antara kenderaan itu dibakar bagi menghilangkan bukti.

Malah, ada yang mendakwa dia hanya boleh dibunuh ketika kedua-dua kakinya tidak berpijak di tanah.

Dalam banyak perjuangan, sama ada suci atau sebaliknya, perkara yang paling sukar bagi pihak bertentangan ialah jika buruannya tidak takut mati.

Teori sama dikatakan menghantui tentera Amerika Syarikat ketika berperang dengan Taliban di Afghanistan kerana pejuang itu tidak takut mati dan rela gugur syahid dalam pertempuran.

Mat Komando juga dilaporkan pernah menzahirkan kepada rakan dan ahli keluarganya bahawa dia lebih rela mati daripada menyerah diri kepada polis walaupun dia tinggal berseorangan. Subuh 12 September 2002 adalah penyudah kepada episod itu apabila dia ditembak mati dalam serbuan itu.

INFO

Mat Komando

NAMA: Ahmad Mohd Arshad @ Mat Arshad
ALAMAT TERAKHIR DIKESAN: LLM 30 Kampung Selengkoh Tengah, Yan, Kedah tetapi dikatakan berasal dari Parit Panjang, Baling, Kedah.
GELARAN: Mat Komando, Mat Spring. Dilabel juga sebagai penjenayah paling ganas, kebal, licik ala Robin Hood.
KOD OPERASI: Ops Api Sawit dan Ops Api Sawit 2
GANAS: Mula sejak akhir 2001 dan mangsa pertama adalah pemborong kelapa sawit.
JENAYAH: Lebih 40 rompakan bersenjata membabitkan bank, pemborong kelapa sawit, pengurup wang, kedai pajak gadai dan individu. Juga dikatakan terbabit dengan cubaan membunuh dan dua kes curi motosikal.
KAWASAN KEGIATAN: Perak, Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kelantan dan Johor
TUMPAS: 12 September 2002 dalam serbuan polis di Felcra Kampung Hujung Keton, Pendang, Kedah.

Thursday, August 12, 2010

Perkembangan Bayi Dalam Kandungan Anda Minggu Per Minggu (0-12 minggu)



Perkembangan bayi dalam kandungan anda minggu perminggu. Bagaimanakah perkembangan bayi anda mulai dari minggu pertama kehidupannya? Pada trimester pertama kehamilan anda ini. Perkembangan apa saja yang akan terjadi pada bayi dalam kandungan anda.

Perkembangan bayi dalam kandungan anda akan menjadi salah satu hal yang sangat menyenangkan dalam proses kehamilan ini karena hampir semua apa yang anda lakukan berefek tehadap bayi dalam kandungan anda ini. Mari kita melihat apa saja perkembangan dan perubahan yang terjadi pada bayi pada periode awal kehidupannya.


Minggu ke 1:
Pada minggu ini, menjadi menstruasi yang terakhir sebelum kehamilan. Perdarahan terjadi dan hormone-hormon ditubuh mempersiapkan sel telur untuk dilepaskan.

Minggu ke 2 :
Uterus (dinding rahim) menebal dan mempersiapkan untuk tahap ovulasi.

Minggu ke 3:
Merupakan masa ovulasi (pelepasan telur). Kehamilan terjadi pada saat ini. Pembuahan terjadi pada saat sperma dari pasangan anda bertemu dengan sel telur anda di tuba falopi. Pembuahan memerlukan waktu 4 hari, setelah telur dibuahi maka dinamakan zygote

Minggu ke 4:
Saat buat si zygote kecil untuk menemukan tempat didalam rahim anda. Dengan berakhirnya minggu ini, anda tidak mendapat menstruasi, dan menjadi tanda pertama kemungkinan kehamilan. Pada beberapa wanita mendapatkan sedikit perdarahan dan disalahartikan sebagai menstruasi, sebenarnya perdarahan yang sedikit itu karena implatasi dari zygote ke dinding rahim anda.

Minggu ke 5:
Ukuran bayi anda sekarang sekitar sebuah biji aple dan pada minggu ini disebut sebagai embrio. Bayi anda sudah mempunyai detak jantung sendiri, plasenta dan tali pusat sudah berkerja sepenuhnya pada minggu ini. Vesikel-vesikel otak primer mulai terbentuk, sistim saraf mulai berkembang.

Minggu ke 6:
Embrio terlihat seperti berudu. Pada minggu ini dapat mengenali kepala, ekor, tangan dan anggota badan masih seperti tunas.Pada minggu ini pembentukan awal dari hati, pancreas, paru-paru,kelenjar tiroid dan jantung.

Minggu ke 7:
Jantung sudah terbentuk lengkap. Saraf dan otot bekerja bersamaan unutk pertama kalinya. Bayi mempunyai reflek dan bergerak spontan(anda belum dapat merasakannya). Akhir minggu ke ini otak akan terbentuk lengkap.

Minggu ke 8:
Embrio sekarang berukuran panjang sekitar 25-30 mm. Lengan dan kaki sudah terbagi menjadi komponen paha, kaki,tangan, lengan, bahu. Organ reproduksinya mulai terbentuk begitu juga dengan kartilago dan tulang. Telinga luar sudah terbentuk sempurna, mata membentuk pigmen. Didalam otak, jaringan saraf berhubungan dengan lobi penciuman di otak.
Jantung sudah memompa dengan kuat dan irama teratur.

Minggu ke 9:
Pergerakan pertama fetus dapat dideteksi dengan USG. Pada minggu ini perut dan rongga dada sudah terpisah dan otot mata dan bibir atas terbentuk.

Minggu ke 10:
Tulang sudang menggantikan kartilago. Diafragma memisahkan jantung dan paru-paru dari perut. Otot leher terbentuk. Otak berkembang cepat dalam bulan terakhir ini sehingga proporsi kepala lebih besar daripada tubuh.

Minggu ke 11:
Organ seks luar sudah terbentuk, juga folikel-folikel rambut dan gigi. Bayi sudah dapat menelan cairan amnion dan mengeluarkan kembali(kencing).

Minggu ke 12:
Ukuran fetus anda sekarang sekitar 8 cm. Semua organ vital bayi sudah terbentuk.
Dengan signal dari otak, otot akan merespon dan bayi sudah dapat menendang.

Akhir trimester pertama,organ-organ tubuh bayi sudah terbentuk. Rasa mual dan lelah pada anda sudah hilang. Perkembangan selanjutnya anda akan melihat pertumbuhan bayi (dan juga anda) bertumbuh lebih besar.

Tuesday, August 10, 2010

Selamat Berpuasa.... :-))




Hari ni merupakan hari pertama
(11 ogos 2010-rabu)
aku & wife berpuasa bersahur semlm lps solat terawih,mlm td aku buat 8 rakaat jer,
memang surau kat umah aku buat 8 pon. lepas solat witir blah la. mmm..nk tggu dgr ceramah, perut ni rase mcm lapar sgt..
lain kali la jwbnye dgr ceramah.

Kuar2 surau carik punya carik...aik mane lak aku punya seliper??
ayoyo ..ni confirm kne pau punya. ish diorg ni selipar JEPUN
pon nk pau ka? dah la aku tgh smgt berkobar2 ni,
kasi potong betol la diorg ni..! Tp xpe selipar ade lg yg lain..huhu,
tp mlm ni aku kne pakai selipar buruk kasi diorg xde nafsu nk pau
selipar aku..huhu

Sambung balik..pastu solat & spai umh aku tkr baju sbb nk g
restoran siam kat depan umh nak beli sup daging utk sahur pg td.
barang keperluan dapur x sempat nk g beli almaklum la kalut skit
sbb renovate dapur & toilet umh aku..
so sahur la aku & wife ngan sup daging yg sebrp enak..
tp bleh la sbb xde pilihan kan..pas sahur aku call ma ..ayoh jawab
so sembang la jap ngan ayoh bla2 pastu ayoh tanya pasal abesi xde
call ker..g lepak umah dia ke... abesi tu pon satu hal gak nk kawin
baru dia tau..betapa susah nyer nk uruskan semua itu ini...
asyik boros jer .k la setakat ni je la dulu nk g mandi & solat subuh
pastu nk g kje la pulak... :-))

Selamat berpuasa kpd kawan2 sekalian..

Orang Kelantan suka bergaduh?



KOTA BHARU – Penduduk Kelantan mungkin boleh dikatakan suka bergaduh sesama jiran dan ahli keluarga jika diukur pada jumlah laporan pergaduhan yang diterima polis sepanjang tahun ini.

Menurut Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Amir Hamzah Ibrahim, jenayah keganasan melibatkan kes pergaduhan merupakan antara tertinggi dilaporkan di negeri ini.

Beliau berkata, sebanyak 59 kes pergaduhan diterima daripada 535 kes pelbagai jenayah keganasan yang dilaporkan kepada polis sejak Januari lalu hingga semalam.

Katanya, jumlah kes jenayah keganasan itu juga mencatatkan peningkatan berbanding 436 kes bagi tempoh yang sama tahun lalu.

“Kedudukan jenayah keganasan di Kelantan sehingga semalam meningkat yang antara lain disebabkan berlaku pergaduhan gara-gara tidak berpuas hati atas perkara yang kecil dan remeh temeh.

“Antaranya sesama jiran bergaduh cuma disebabkan salah faham membuang sampah atau ranting pokok yang dipotong masuk ke halaman rumah sebelah malah ada juga pertelingkahan antara adik-beradik,” katanya pada majlis persaraannya sebagai Timbalan Ketua Polis negeri di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini semalam

Saturday, June 12, 2010

Shopping @ One Utama


Sian kat Iman & His ibu nk jalan2, boring dok umah
nk blk kg lambat lagi..so aku bwk la diorg g One Utama
sebelum tu kitaorang g makan dulu...


Lama dah aku teringin nak makan A&W ..biar la x famous sangat mengidam kan


so aku bawak la Iman & Ibunya ke A&W Kota Damansara

Saturday, June 5, 2010

Boikot ISRAEL product !!!


"Boikot semua produk Israel ! Lihat pada nombor pertama Bar Code produk.Jika bermula dengan 729, ia adalah produk Israel.Sebarkan kepada kawan-kawan sebanyak mungkin.


Thursday, June 3, 2010

Suggestion sweater Iman ThaQif



nampak sangat menarik...cadangan Pn.Maisarah ni
bleh2 nti kita belikan untuk Iman ThaQif teking2 $$$$ rm 98 hinggit jer

Friday, May 21, 2010

g Solat Jumaat

Hari ni seperti biasa, aku follow en.suhardi & geng g solat jumaat kat masjid Wilayah kat jalan Duta.

masa mkn kat food court Jln Duta tu ade la brother tu (blind man) & dio punya adik@ wife xtau la kan ..datang mintak sedekah, tgk geng lain asyik angkat tangan (-) jer. seperti biasa aku pon usha dulu..slps bbrp saat ..confirm buta..aku pon bg la kat diri rm.. hehe, lps tu brother tu ckp "semoga en. dimurahkan rezeki' aku pon amin la
hrp2 masin la mulut brother tu..aminnn



Lepas mkn, gerak g masjid la, nampaknya hari ni jumlah peminta sedekah sudah ada ahli baru..he he ..selidik punya selidik rupenya org Afghan... sian gak tgk dia
tp tgk body sihat jer..hehe xde la kurus kedengkin

lepas solat aku usha lagi, usha punya usha..tgk gambar atas lantai mcm pic budak2 miskin kat negara dia jer... mmg sblm g solat td aku dh bertekad nk bg.. tp bila dh tgk pic budak2 tu ..terus aku bg..hehe

xpe kan yang penting ikhlas

Wednesday, May 19, 2010




width="97" height="27" border="0">

Cara Mengenali Wanita Melalui Cara Berjalan

*Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah
*Golongan wanita yang jalannya berginjat, konon wanita ini adalah wanita yang tidak jujur, kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya itu masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

*Jika berjalan, sering menoleh ke kanan and kiri
*Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri, dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Konon wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

*Jika berjalan suka menunduk
*Cara berjalan melambangkan wanita seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalan menunduk ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

*Jika berjalan menatap lurus ke depan
*Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meski pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas

*Jika berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri
*Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

*Jika berjalan badan tampak tegak
*Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya.

*Jika berjalan seperti zirafah
*Maksudnya, ketika melangkahkan kaki badannya, ia kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.

Skoden CCTV

Sapa penah skodeng CCTV


CCTV Online

Jom kite pakat ramai skodeng cctv orang

1. buka google
2. type kat ruang search macam ni => inurl:/view/index.shtml
3. Pilih mana yg korang suka.

klu korang jumpa yg best2 share2 la dgn aku eh huhuhu

ini aku jumpa yg dlm pub punyaaa http://cam.thesandbar.com/view/index.shtml


Read more: http://erieq.blogspot.com/search/label/IT%20TIPS#ixzz0oMMcHSOL
Under Creative Commons License: Attribution

Create Wallpaper dlm Folder

Macam mana nak buat Wallpaper dalam Folder anda

Jalan Kerjanya ajak panjang sikit., (Untuk Windows XP jer)

1. mulaya kena pastikan anda Boleh melihat semua fail(unhide), caranya begini.
buka mana2 folder - klik Tools - Folder Options - View

klik - O.K -

2. buka mana2 folder yang korang nak buat backround wallpaper.
3. cari file Desktop.ini

kalau tak jumpa atau memang takda buat macam ni

Klik kanan pada area kosong folder> Customize this folder>Change Icon>pilih folder icon yang asal > Apply, OK

nanti secara tak langsung akan wujud satu file system Desktop.ini

4. korang cari gambar yang korang nak jadikan sebagai wallpaper dan letakkan dalam folder tersebut.
5. buka desktop.ini menggunakan notepad.

Copy bendalah ni

[ExtShellFolderViews]
{BE098140-A513-11D0-A3A4-00C04FD706EC} = {BE098140-A513-11D0-A3A4-00C04FD706EC}

[{BE098140-A513-11D0-A3A4-00C04FD706EC}]
Attributes=1
IconArea_Image=NAMA GAMBAR KORANG.jpg
IconArea_Text=0x00000000

Paste kat dalam Notepad.

tukar NAMA GAMBAR KORANG.jpg kepada Picture nama korang contoh mcm ni.

Save dan Close

6. tutup folder dan buka balik secara tak langsung wallpaper korang akan terhasil

Berjaya

sambung sikit lagi

7. klik kanan kat image1.jpg(file name yg korang buat) - Properties - klik hide

klik - O.K -

8. Last sekali buka balik Tools>Folder Options>View - Hide

klik - O.K -

Tuesday, May 18, 2010

Jalan2 di hujung Minggu


Pagi ..ish x jadi nak gerak pagi, sbb best tidur ..ZZZZzzzzz
Lagipon semlm aku blk umah kul 12 mlm, disbbkan bahana setup system utk migration opis The Mall, So terpaksala di tunda ke tengahari..hu2

last2 kul 01:30 pm baru gerak dari rumah menuju ke Kuala Selangor

Bawak kete pelan2 jer Al Maklum la mata ni ngantuk lagi sebenarnya
lagi pon nk suh cik adik cayang bawak mcm x confident jer
ye la bukan ape tp jalan lepas simpang ke Kuang tu jalan lereng bukit
xleh laju beb
Akhirnya kul 02:25 pm sampai la kitaorg kat Bukit Malawati selepas 1 jam perjalanan, malas nak bawak laju xbest..lg pon nk rounder2 menikmati suasana kg better bergerak dlm keadaan slow motion



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...