Sunday, November 14, 2010

Senarai Kota-kota Maksiat Dunia

Pattaya: Ibu Kota pelacuran

Pattaya adalah syurga kepada aktiviti seks di dunia. Sebut apa jenis pelacuran, semua boleh didapati di sana termasuklah pelacuran kanak-kanak!. Thailand membenarkan aktiviti pelacuran dijalankan dengan sebebas-bebasnya bagi menarik minat pelancong-pelancong asing bertandang ke Thailand.

Di Pattaya, pelancong tidak perlu menunggu malam untuk memuaskan nafsu. Siang hari pun boleh jalan!



Amsterdam: Ibu Kota dadah

Amsterdam tidak perlu diperkenalkan lagi. Semua orang tahu bahawa Amsterdam adalah salah sebuah kota di Belanda yang menempatkan sebuah kelab gergasi Eropah iaitu Ajax Amsterdam. Namun, ramai yang tidak tahu bahawa Amsterdam adalah bandar yang membenarkan rakyat mereka menjual beli dan menggunakan dadah secara sah tanpa kekangan undang-undang. Bukan itu sahaja, bagi yang mempunyai naluri seks songsang, di sinilah tempatnya. Anda boleh berkahwin, memadu kasih atau bercekerama tanpa ada mata-mata liar yang memerhatikan anda. Syurga dunia!

Namun, yang peliknya mengenai bandar ini walaupun membenarkan penjualan dadah secara terang-terangan, ia tidak pula dipenuhi dengan para penagih tegar seperti di negara dunia ketiga! Pelik bukan? Amsterdam meghalalkan penjualan dadah dan pelacuran



Manama: Ibukota pesta di padang pasir

Bandar Manama atau al-Manamah adalah ibukota bagi aktiviti malam bagi orang Arab. Terletak di negara Bahrain, bandar ini mampu membuatkan pengunjung menghabiskan malam dengan mabuk dan berjoget. Pengunjung terbesarnya adalah sheikh-sheikh Arab yang kehausan seks dan hiburan. Bandar Manama mula menghala kepada ‘kehancuran’ apabila pemerintah Bahrain mula berpandangan Liberal(bebas) dan mula menolak nilai-nilai moral dan etika Islam.

Bandar Manama merupakan bandar yang paling memalukan dunia Islam ditambah pula ia terletak di tanah para Anbiya dan Auliya. Inilah harga tinggi untuk dibayar apabila Allah swt memberikan kenikmatan duniawi. Nauzubillah.

Las Vegas: Ibukota Perjudian

Terang-terangan kota ini adalah kota maksiat apabila papan tanda untuk memasuki bandarnya tertera ‘Go on and Sin’. Hakikatnya, Las Vegas adalah sebuah kawasan tandus dan kering ketika sebelum diteroka untuk dijadikan kota perjudian. Kota ini dibuka ketika era pembangunan semula Amerika Syarikat selepas krisis ekonomi tahun 30-an dengan perjudian telah dikecualikan undang-undang pada 31 March 1931. Kota ini berkembang secara berperingkat sehinggalah kepada kemuncaknya pada tahun 60-an apabila Howard Hughes(pernah dilakonkan oleh Leonardo DiCaprio dalam filem The Aviation) telah melabur jutaan ringgit untuk membuka pusat perjudian di sana. Pada tahun 80-an, Las Vegas sudah pun terkenal sebagai pusat pejudian terbesar di dunia sehinggakan diibaratkan bahawa seorang pope yang tua pun jikalau singgah bermalam di sana akan terpengaruh dengan kenikmatan duniawi di Las Vegas.

Rio de Janeiro: Ibukota bogel

Ibukota Brazil ini memang tidak pernah lari daripada pesta dan seks. Kota penuh dosa ini sering dihiasi dengan wanita-wanita sawo matang Brazil yang berseparuh telanjang dengan tanpa rasa malu berpelesiran di pantai-pantai dan resort. Pantai paling terkenal di Rio adalah Ipenama Beach yang terletak di selatan bandar Rio de Janeiro.

Saban hari, pantai ini dihiasi dengan pelbagai aktiviti maksiat seperti pesta tarian dan mabuk-mabuk malahan jangan terkejut jika terdapat warga tempatan atau pelancong asing melakukan hubungan terlarang secara terbuka di sini. Apa komen anda?

Moscow: Ibukota Disco

Kerajaan Rusia melarang aktiviti pelacuran dan aktiviti malam yang menjangkaui siang hari. Namun, ia masih boleh didapati di sini tanpa ada pihak berwajib melakukan serbuan. Sepertimana di tempat lain termasuk di Malaysia, dengan suapan wang, segala macam boleh jadi. Dan bergitulah juga di Moscow. Jika di saat pemerintah Soviet, disco dan lagu-lagu barat dilarang dibina dan dimainkan kerana bimbang rakyatnya terpengaruh dengan idealogi Barat. Namun, dengan runtuhnya rejim Komunis pada tahun 1991, budaya disco secara beransur-ansur meracuni rakyat Moscow dan Rusia.

Dan akhirnya Moscow menjadi terkenal sebagai destinasi tarian bogel gadis Rusia yang cantik dan tidak terlepas pandang juga tarian daripada kaum Adam yang menghiburkan hati wanita semasa Lady Night. Terliur? Penulis ingatkan supaya lupakan sahaja. Neraka jawapannya!.


Genting: Ibukota perjudian Asia

Barang siapa beritahu penulis bahawa mereka ke Genting untuk sekadar makan angin, penulis langsung tidak percaya. Genting sudah sinonim dengan aktiviti perjudian dan pelacuran kelas atasan. Miskipun dihiasi dengan permainan-permainan seperti roller coaster dan hanging chair, tetapi itu hanyalah sampingan sahaja. Aktiviti paling utama di sini adalah perjudian dan pelacuran. Genting yang terletak di pergunungan negeri Pahang telah digelar The City of Entertainment kerana merujuk kepada aktiviti yang menghala kepada keseronakan dan hiburan di sana.

Genting adalah menduduki tempat sebaris dengan Las Vegas menurut kajian daripada majalah Forbes yang merujuk kepada keuntungan dan kemewahan infrastruktur di sana.

Bali: Ibukota maksiat

Pantai Bali sudah terkenal di seluruh dunia sebagai pantai yang cantik dan hebat servisnya. Ia sering didatang ribuan pelancong asing saban tahun terutama tahun-tahun sebelum peristiwa pengeboman Bali berlaku. Jika sudah didatangi pelancong asing, ia tidak akan lari daripada dosa yang utama ini, MAKSIAT!. Miskipun masyarakat Islam di sini adalah golongan minoriti kerana masyarakat beragama Hindu adalah paling dominan di sini namun ia tidak semestinya kerajaan Indonesia menganggap itu sebagai satu pengecualian.

Bali hancur di sebalik keindahan pantainya. Saban hari, ia akan dihiasi dengan pelancong-pelancong asing yang tidak memakai seurat benang berjemur di pantai. Ia bukan sahaja merosakkan rakyat tetapi merosakkan nama Indonesia sebagai negara paling ramai rakyat yang beragama Islam.

~Percayalah bahawa bencana yang berlaku kini adalah disebabkan melimpahnya maksiat dan jauhnya manusia daripada pengabadiannya kepada Allah swt.

Thursday, November 11, 2010

Senarai 40 Jutawan di Malaysia.




Kekayaan 40 orang terkaya di Malaysia terus mencatat peningkatan dengan kekayaan mereka yang terkumpul bernilai RM156.7 bilion pada 15 Januari atau 63 peratus lebih daripada RM96.3bilion berikutan pemulihan dalam pasaran saham, demikian didedahkan hasil satu kaji selidik oleh Malaysian Business.

Bagaimanapun, menurut kenyataan hasil kaji selidik majalah itu yang dikeluarkan hari ini, kekayaan terkumpul mereka masih kurang daripada RM171.9 bilion yang direkodkan pada 2008.

Penanda aras FBM KLCI telah meningkat 44.3 peratus sejak kaji selidik terakhir ketika masyarakat dunia berusaha bangkit semula berikutan krisis kewangan global.

Senarai penuh 40 orang terkaya dan maklumat mengenai kekayaan mereka diterbitkan dalam majalah itu dalam keluaran 16 Februari. Seperti tahun lalu, kekayaan 40 teratas itu dinilai berdasarkan kepada nilai saham mereka di dalam syarikat yang tersenarai pada 15 Januari tahun ini.

Kaji selidik itu juga menunjukkan hampir separuh daripada senarai yang tercatat tahun ini melonjak 50 peratus atau lebih.



Ada lebih jutawan tahun ini — 22 orang iaitu lebih lapan orang berbanding tahun lalu.

Tan Sri Robert Kuok dari Kumpulan Kuok yang melepaskan mahkotanya “Raja Gula” tahun lalu, masih mendahului senarai dengan kekayaan RM42.76 bilion, meningkat RM16.1 bilion daripada RM26.6 bilion, setahun lalu.

Hartawan telekomunikasi, Ananda Krishnan berada pada kedudukan kedua dengan kekayaan RM27 bilion.

Tan Sri Lee Shin Chen dari IOI Corporation Bhd menduduki tempat ketiga dengan kekayaan RM11.92 bilion diikuti ahli perbankan terkemuka, Tan Sri Teh Hong Piow dengan kekayaannya berjumlah RM10.86 bilion.

Tan Sri Lim Kok Thay dari Kumpulan Genting dengan kekayaan bernilai RM10.38 bilion, melonjak kepada kedudukan kelima. Ini kerana beliau mewarisi sejumlah besar kekayaan daripada mendiang bapanya, Tan Sri Lim Goh Tong.

Tan Sri Quek Leng Chan dari Kumpulan Hong Leong menduduki tempat keenam dengan RM7.09 bilion, manakala Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary dari Yayasan Albukhary dengan kekayaan bernilai RM6.01 bilion, menduduki tempat ketujuh.

Jutawan lain yang tersenarai dalam 10 teratas adalah balu Lim Goh Tong, Puan Sri Lee Kim Hua, Tan Sri Tiong Hiew King dari Rimbunan Hijau Group dan Tan Sri Vincent Tan dari Berjaya Group.

Lima muka baru dalam senarai itu ialah Lee Swee Eng dari KNM Group, Datuk Shahril Shamsuddin dan Shahriman Shamsuddin dari Sapura, Datuk Seri Nazir Razak dari CIMB Group dan Ong Leong Huat dari OSK Holdings, yang muncul semula dalam senarai itu selepas tiada dalam tempoh setahun. -Bernama



Berikut adalah senarai penuh 40 Jutawan di Malaysia.

1. Robert Kuok $10 billion (Kuok Empire, Shangri La, Wilmer International etc)

2. Ananda Krishnan $7.2 billion (Maxis, Astro)

3. Lee Shin Cheng $5.5 billion (IOI Group)

4. Teh Hong Piow $3.5 billion (Public Bank)

5. Lee Kim Hua & family $3.4 billion (Genting Berhad, widow of late Lim Goh Tong)

6. Quek Leng Chan $2.4 billion (Hong Leong Group, Guoco Group)

7. Yeoh Tiong Lay & family $2.1 billion (YTL Corp)

8. Syed Mokhtar AlBukhary $1.8 billion (MMC, Johor Port, Malakoff)

9. Vincent Tan $1.3 billion (Berjaya Group)

10. Tiong Hiew King $1.1 billion (Rimbunan Hijau)

11. Azman Hashim $700 million (AmCorp Group, formerly Arab-Malaysia)

12. William H. J. Cheng $660 million (Lion Group, Parkson)

13. Lee Swee Eng $495 million (KNM Group)

14. Ong Beng Seng $470 million (Hotel Properties Ltd, Natsteel)

15. Lim Kok Thay $345 million (son of late Lim Goh Tong, Genting Berhad)

16. Vinod Sekhar $320 million (Petra Group, known for its Green Rubber Global)

17. Lee Oi Hian $300 million (Kuala Lumpur Kepong or KLK)

18. Yaw Teck Seng $295 million (Samling Group)

19. Anthony Fernandes $290 million (AirAsia, Tune Hotels)

20. Mokhzani Mahathir $285 million (Kencana, authorized Porsche importer son of former permier Mahathir)

21. Kamarudin Meranun $280 million (AirAsia, Tune Hotels, Tony Fernandess lover *grin*)

22. Jeffrey Cheah $275 million (Sunway Group)

23. Lee Hau Hian $250 million (Batu Kawan, KLK, brother of Lee Oi Hian)

24. Chong Chook Yew $245 million (Selangor Properties, widow son is MD now)

25. Yaw Chee Ming $240 million (Samling Group, son of Yaw Teck Seng)

26. G. Gnanalingam $230 million (Westports Malaysia)

27. Lim Wee Chai $200 million (Top Glove, worlds largest rubber gloves manafacturer)

28. Kua Sian Kooi $195 million (Kurnia Asia, insurance)

29. Lau Cho Kun $185 million (Malaysian Mosaic)

30. Abdul Hamed Sepawi $180 million (Ta Ann, timber conglomerate)

31. David Law Tien Seng $165 million (Australian iron ore MidWest, T.S. Law Holdings)

32. Tiah Thee Kian $163 million (TA Enterprise)

33. Liew Kee Sin $160 million (SP Setia)

34. Ahmayuddin bin Ahmad $155 million (Westports Malaysia)

35. Eleena Azlan Shah $150 million (Gamuda largest individual shareholder)

36. Lin Yun Ling $145 million (Gamuda founder and MD)

37. Ong Leong Huat $130 million (OSk Group)

38. Lim Thian Kiat $115 million (former head of Multi-Purpose)

39. Khoo Kay Peng $110 million (MUI, U.K. retailer Laura Ashley)

40. Nazir Razak $100 million (Bumiputra Commerce Holdings, brother of deputy PM)



Ulasan Jutawan Booster :

Anda semua peranan atau tidak, senarai jutawan di atas datangnya dari pelbagai latar belakang dan bidang perniagaan. Maknanya untuk jadi jutawan bukannya tertumpu kepada sesetengah bidang sahaja. Ianya agak meluas, jika kena pada gayanya, menjadi. “Untung Sabut Timbul, Untung Batu Tenggelam”.

Jadi mulai saat ini, tiada alasan kepada anda bahawa untuk jadi jutawan perlu berada di bidang yang tertentu sahaja dan berlatar belakangkan keluarga yang tertentu sahaja.

Wednesday, November 10, 2010

Mat KOMANDO

Mat Komando diburu 255 hari

Ketua Kumpulan 13 akhirnya tewas selepas mati ditembak dalam operasi subuh hari

KEHENINGAN subuh di Felcra Kampung Hujung Ketun, Pendang, Kedah, pada 12 September 2002, diganggu dengan dentuman berdas-das tembakan senjata api.
Ketika itu jam menunjukkan sekitar 6.30 pagi, kebanyakan penghuni kampung yang terletak kira-kira 35 kilometer dari bandar raya Alor Star itu baru bangun untuk menunaikan solat subuh manakala pelajar bersiap untuk ke sekolah.



Penduduk tidak pun menyangka bahawa bunyi tembakan itu adalah daripada satu operasi besar dan penting polis yang dinamakan kod Ops Api Sawit 2 sekali gus menandakan kejayaan menumpaskan ketua kumpulan penjenayah amat dikehendaki, Kumpulan 13, yang diketuai Mat Komando atau nama sebenarnya Ahmad Mohd Arshad.

Penduduk tidak menyangka Mat Komando, 37, yang ditumpaskan pagi itu kerana tersebar khabar angin kononnya dia dipercayai berjaya menyusup keluar dari negara ini pada waktu berkenaan.

Serbuan sepasukan 10 anggota polis yang turut disertai Unit Tindakan Khas (UTK) pagi itu mengakhiri pemburuan pasukan keselamatan terhadap Mat Komando selama 255 hari.

Operasi tragis itu berlangsung kira-kira sebulan selepas isterinya, Faridah Mat Piah, 34, dan bapa mertuanya, Md Piah Che Nam, (72 tahun ketika itu), membuat rayuan menerusi temu bual dengan akhbar Harian Metro, supaya dia menyerah diri kepada pihak berkuasa.

Beberapa jam selepas operasi itu tamat, Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Norian Mai, mengesahkan bahawa lelaki yang berbalas tembak dengan polis waktu itu adalah Mat Komando.



Pengumuman itu sekali gus mengakhiri pemburuan polis ke atas Mat Komando, yang dilancarkan sejak 1 Januari 2002 selepas tiga rakannya terbunuh ketika lari dari sekatan polis di Kuala Nerang sebelum itu.

Kematian Mat Komando pada pagi itu berjaya menyelesaikan siasatan polis terhadap Kumpulan 13 yang turut dikaitkan dengan 52 kes samun bersenjata membabitkan wang tunai lebih RM2.5 juta, dua kes mencuri motosikal dan satu kes cubaan membunuh.

Kumpulan 13 kerap terbabit dalam beberapa siri rompakan bank terpencil, selain rompakan terhadap pemborong kelapa sawit, pengurup wang, kedai pajak gadai dan individu. Mereka dipercayai terbabit dalam 11 rompakan di Perak, lima di Kedah dan masing-masing dua kes di Perlis, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kelantan dan Johor.

Operasi pada pagi itu juga menyudahkan satu episod jenayah terancang dengan sembilan anggota Kumpulan 13 ditangkap manakala empat termasuk ketuanya, mati ketika berbalas tembak dengan polis.

Polis turut menemui sepucuk pistol jenis Colt .45 dan revolver .22; beberapa butir peluru hidup dan kelongsong serta wang tunai RM70 pada badan Mat Komando, pagi itu.

Ketika diburu selama lebih 200 hari, polis turut mengesan beberapa taktik penyamaran dilakukan oleh Mat Komando ketika dalam persembunyian untuk mengelak dikesan termasuk muncul berjanggut atau jambang ala Taliban serta botak licin (skin head).

Dalam beberapa serbuan polis sebelum itu, Mat Komando yang bertubuh tegap dan sasa berjaya melepaskan diri termasuk dalam Ops Api Sawit sebelum itu yang mengorbankan anggota kumpulannya termasuk abang ipar, Ismail Md Piah, di Bukit Selambau dan Jalan Gubir-Kuala Nerang pada 1 Januari 2002.

Selepas kejadian itu, Mat Komando terus berjaya mengelak daripada dikesan polis.

Kali terakhir dia dikesan di Baling, Kedah, ketika cuba membunuh orang kanannya, Mohd Syukri Husin, 31, yang bersamanya melepaskan diri daripada kepungan polis di Gemas, Negeri Sembilan, pada 5 Ogos 2002.

Tindakan itu membuktikan Mat Komando amat berbahaya kerana selain bersenjata api ketika melakukan samun, dia tidak akan teragak-agak melepaskan tembakan ke arah sasarannya, hatta cuba membunuh orang kanannya itu kerana dipercayai akan memberi banyak maklumat mengenai kegiatannya kepada polis jika dibiarkan hidup.

Dalam tempoh 255 hari itu, pelbagai andaian dan cerita mengenai ‘kehebatan' Mat Komando diperkatakan kerana dia berupaya meloloskan diri daripada kepungan polis termasuk anjing pengesan.

Mat Komando juga mungkin mempunyai kelebihan tertentu yang menyebabkan dia licik meloloskan diri, terutama ketika melarikan diri ke dalam hutan berbekalkan pengalaman dan kemahirannya sebagai anggota komando sebelum terjerumus ke kancah jenayah.

Antaranya termasuk Mat Komando memiliki ilmu kebal dan menguasai ‘ilmu selisih' yang membolehkannya meloloskan diri tanpa disedari polis walaupun dikepung.

Mat Komando turut mencatat sejarah dalam fail jenayah polis apabila dikategorikan sebagai penjenayah ‘berhati kering' apabila berani mendedahkan mukanya dalam kebanyakan kes rompakan tanpa memakai topeng. Taktik itu memang jarang diamalkan penjenayah kerana ia menyebabkan mereka mudah dikenali, sekali gus memudahkan polis menjejakinya.

Modus operandinya ialah sebelum melakukan kegiatan, Kumpulan 13 akan merompak kereta terutama milik wanita dipercayai mudah untuk kenderaan itu dilarikan dan selepas misi mereka selesai ada di antara kenderaan itu dibakar bagi menghilangkan bukti.

Malah, ada yang mendakwa dia hanya boleh dibunuh ketika kedua-dua kakinya tidak berpijak di tanah.

Dalam banyak perjuangan, sama ada suci atau sebaliknya, perkara yang paling sukar bagi pihak bertentangan ialah jika buruannya tidak takut mati.

Teori sama dikatakan menghantui tentera Amerika Syarikat ketika berperang dengan Taliban di Afghanistan kerana pejuang itu tidak takut mati dan rela gugur syahid dalam pertempuran.

Mat Komando juga dilaporkan pernah menzahirkan kepada rakan dan ahli keluarganya bahawa dia lebih rela mati daripada menyerah diri kepada polis walaupun dia tinggal berseorangan. Subuh 12 September 2002 adalah penyudah kepada episod itu apabila dia ditembak mati dalam serbuan itu.

INFO

Mat Komando

NAMA: Ahmad Mohd Arshad @ Mat Arshad
ALAMAT TERAKHIR DIKESAN: LLM 30 Kampung Selengkoh Tengah, Yan, Kedah tetapi dikatakan berasal dari Parit Panjang, Baling, Kedah.
GELARAN: Mat Komando, Mat Spring. Dilabel juga sebagai penjenayah paling ganas, kebal, licik ala Robin Hood.
KOD OPERASI: Ops Api Sawit dan Ops Api Sawit 2
GANAS: Mula sejak akhir 2001 dan mangsa pertama adalah pemborong kelapa sawit.
JENAYAH: Lebih 40 rompakan bersenjata membabitkan bank, pemborong kelapa sawit, pengurup wang, kedai pajak gadai dan individu. Juga dikatakan terbabit dengan cubaan membunuh dan dua kes curi motosikal.
KAWASAN KEGIATAN: Perak, Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kelantan dan Johor
TUMPAS: 12 September 2002 dalam serbuan polis di Felcra Kampung Hujung Keton, Pendang, Kedah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...