Wednesday, April 18, 2012

WANTED !!! pencacai UMNO



Nama: Nasir Abdullah a.k.a Nasir Uban
Alamat: 5106, Kampung Sireh, Bawah Lembah, 15050 Kota Bharu, Kelantan.
Umur: 40-50
Pernah memegang jawatan Ketua Pemusa Umno Cawangan Kampung Sireh.
Pekerjaan: Pembantu Dato' Fathmi
Kesalahan: Memukul sukarelawan NGO Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Minyak (GEGAR)
Info: Sebarkan agar tangkapan dapat dilakukan kerana satu laporan polis telah dibuat

Seorang aktivis Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Minyak (Gegar) hari ini dipukul seorang lelaki ketika beliau sedang menggantung kain rentang menuntut royalti minyak negeri itu di Masjid Kampung Sireh di sini tengah hari tadi.Kejadian berlaku kira-kira jam 11 pagi ketika mangsa, Hisyamuddin Ghazali (gambar) yang ditemani isteri dan ibu sedang memasang kain rentang tersebut tiba-tiba diserang lelaki yang tidak dikenali terbabit.

Menurut mangsa yang juga setiausaha Gegar, penyerang tersebut yang ditemani seorang lagi rakannya secara tiba-tiba datang memberhentikan kereta yang dipandunya dibelakang kereta mangsa, dan terus keluar meluru dan memukul beliau tanpa usul periksa.

"Kejadian berlaku dalam masa yang singkat dan luar jangka. Lelaki itu datang dan terus memukul saya. "Tumbukkan ala komando menyebabkan saya pitam berberapa saat dan ibu saya ditolak terlentang diatas jalan raya di hadapan Masjid Kampung Sireh", ceritanya.

Selepas menumbuk mangsa beberapa kali di muka, mereka kemudiannya kembali menuju ke keretanya. Namun selepas menyedari mangsa merakam gambarnya, lelaki tersebut meluru semula mendapatkan mangsa dan memukulnya. Akibat kejadian itu, mangsa cedera di bahagian perut, kepala, mulut dan mata.

"Saya mengalami bengang di telinga, kabur mata kiri dan sakit di perut akibat ditumbuh di kepala dan perut. "Adakah salah saya memperjuangkan Royalti untuk rakyat Kelantan?", soalnya sambil memberitahu beliau pitam beberapa minit sebelum bangkit mengambil gambar penyerang terbabit.

Ekoran itu mangsa kemudiannya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu kira-kira jam 1 tengahari tadi. "Inilah budaya samseng yang Umno cuba bawa di Kelantan.. rakyat kelantan mesti bersatu dalam tuntutan royalti, kita mesti tuntut sampai dapat dari kerajaan zalim", tegasnya.

Bagaimanapun katanya, beliau tidak sesekali takut untuk terus menuntut hak royalti Kelantan itu.



Tindakan bacul

Sementara itu, Ketua Dewan Pemuda PAS negeri, Abdul Latiff Abdul Rahman menyifatkan perbuatan samseng tersebut sebagai bacul dan tidak bertanggungjawab dan yakin ada kaitan dengan pihak yang tidak senang dengan gerakan mendesak royalti Kelantan tersebut."Kita kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab individu yang tidak dikenali memukul seorang aktivis Gegar pada hari ini.

"Perbuatan samseng seperti ini adalah tindakan bacul dan tidak bertanggungjawab pihak-pihak tertentu yang sangat bermusuh dengan gerakan mendesak royalti minyak dikembalikan kepada Kelantan.," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau turut mengingatkan, hasil minyak merupakan hak milik Kelantan dan tindakan memunggah hasil mahsul ini tanpa sebarang bayaran royalti hanyalah merupakan tindakan perompak yang merompak dengan cara yang kononnya sah mengikut undang-undang.

Selain itu beliau turut kesal dengan tindakan kerajaan pusat yang terus membelakangi tuntutan tersebut namun dalam masa yang sama dapat menjelaskan bayaran royalti minyak kepada negeri Terengganu.

Sedangkan katanya perjanjian yang terpakai ialah perjanjian yang sama dan langsung tidak berbeza antara satu sama lain.

"Sewajarnya usaha-usaha NGO seperti Gegar harus disokong oleh semua pihak khususnya di Kelantan dan bukan menanganinya dengan cara samseng yang hanya mengesahkan sifat takut dan pengecut pihak-pihak tertentu.

"Lebih menyedihkan jika tindakan seperti ini dilakukan oleh anak Kelantan yang mengaku berjuang untuk kepentingan bangsa Melayu, nampaknya slogan ini hanyalah retorik semata-mata," katanya.

Untuk rekod, Gegar adalah sebuah badan bertindak yang mengabungkan lebih 57 buah badan-badan bukan kerajaan (NGO).

Ia terdiri dari dua gabungan NGO induk iaitu Gabungan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Kelantan (GABUNGAN) dan Majlis Pemuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT) yang bermatlamat mendapatkan kembali hak royalti berasaskan kepada Akta Kemajuan Petroleum 1974 dan Perjanjian Petroleum menurut Seksyen 4 Akta pada 1975.

Friday, April 13, 2012

Cara Mandi Wajib



Cara Mandi Wajib Yang Betul Dan Sah…

Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut,tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanah air kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.Untuk melakukan mandi wajib yang betul,seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya,ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah,Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),Ustaz Haji Mat Jais Kamos, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah,didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

“Akibatnya,mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.Apabila mandi wajib tidak sah,ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul.” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur.

Mandi wajib yang juga disebut sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam.Setiap orang yang melakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.

Rukun mandi wajib ada 3 perkara:

Pertama : Niat.

Kedua : Menghilangkan najis pada badan.

Ketiga : Meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.

Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala.” Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”

Niat itu didalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.Bagi perempuan yang habis haid,niat mandi wajib ialah: "Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas,niat mandi wajibnya ialah: "Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah.Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya.Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan,niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke 2,iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan,menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan,najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib.Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke 3,iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir,meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan,sama ada bulu2 yang jarang atau lebat.Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul,sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka.Bulu2 dalam lubang hidung pula,tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin.Tetapi sekiranya,bulu2 di dalam hidung itu bernajis,ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula,jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku,kotoran itu wajiblah dibuang.Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai,inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai,mandi wajib seseorang itu tidak sah.Oleh itu,seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai,jika dia hendak mandi wajib,dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu.Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana? Inilah yang rumitnya,sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai.Inai sebenarnya akan meresap ke rambut,tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini,jangan pula ada yang salah faham.Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis,bukanlah bermaksud menjadi tidak sah.Dalam hal ini,sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza.Jadi,mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.Dalam hal ini juga,sukalah saya menyatakan,huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib.Jadi,ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula,Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani,keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja,iaitu keluar darah haid,nifas dan melahirkan anak(wiladah).

Mandi wajib boleh dilakukan dimana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga,air paip,sungai laut dan tasik.Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula,mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh,tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.

Selepas bersetubuh pula,jika ia dilakukan pada waktu malam,jika tidak mahu mandi wajib lagi, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat,manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.


Rasulullah S.A.W Bersabda : " Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat, Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafaat kepada manusia lain." [Hadith Riwayat Muslim].

Tuesday, April 3, 2012

Awas! Taktik menculik budak di pasaraya...

Seorang ibu sedang membongkok untuk ...membelek-belek daging dan apabila berpusing
mendapati anak perempuannya berusia 4 tahun telah hilang. Saya berdiri betul-betul bersebelahan dengan si ibu, sementara si ibu tadi terus memanggil-manggil anak perempuannya tapi hampa.

Saya meminta seorang pekerja lelaki Carrefour untuk umumkan kehilangan tersebut melalui sistem pembesar suara. Beliau terus melakukannya apabila diminta berbuat demikian dan kemudian terus meninggalkan saya untuk membuat panggilan telefon. Panggilan itu untuk memaklumkan supaya semua pintu dan pagar dikunci menggunakan kata kod atau seumpamanya.Jadi mereka telah mengunci semua pintu dengan serta-merta.
Hanya 3 minit diperlukan untuk melakukannya selepas diminta. Mereka menjumpai kanak-kanak perempuan itu 5 minit kemudian di dalam bilik air dalam keadaan masih khayal. Kepala budak perempuan itu sudah separuh dicukur , dan hanya berpakaian dalam. Ada sebuah beg mengandungi baju, pisau cukur dan rambut palsu terletak di lantai bersebelahannya untuk menukar wajahnya.

Siapa pun yang melakukannya – iaitu mengambil lalu membawa budak perempuan ini ke dalam bilik air, cukur rambut dan tukar pakaiannya – melakukannya kurang daripada 10 minit !Ini buatkan saya menggigil tak sudah-sudah. Tolong perhatikan anak-anak anda apabila berada di tempat luas di mana adalah senang untuk kita terpisah dengan me reka seperti di gedung beli-belah. Hanya beberapa minit diperlukan untuk melakukan semuanya. 5 minit lagi maka anak perempuan itu tentu sudah berjaya dibawa keluar.
Saya masih amat terkejut ada manusia yang sanggup melakukannya, apa lagi dalam masa hanya beberapa minit.Masa anak-anak kecil boleh berlari tanpa hirau telah berlalu. Budak perempuan itu kini selamat. Syukur ke hadrat Allah SWT, dan tahniah kepada pekerja Carrefour yang bertindak pantas

SEBARKAN BERITA INI SUPAYA PERINGATAN DAPAT DIBUAT BAHAWA ADA MANUSIA GILA LAGI GANAS DI KALANGAN KITA SEMUA!

Monday, April 2, 2012

Diet Cara Nabi s.a.w Untuk Hindar Penyakit Berbahaya

1. JENIS MAKANAN

Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh sembarangan. Hal inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit. Apabila anda telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg lainnya. Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya karena pandai menjaga makanannya sehari-hari. Insya Allah kalau anda ikut diet Rasullullah ini, anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.

Jangan makan SUSU bersama DAGING

Jangan makan DAGING bersama IKAN

Jangan makan IKAN bersama SUSU

Jangan makan AYAM bersama SUSU

Jangan makan IKAN bersama TELUR

Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD

Jangan makan SUSU bersama CUKA

Jangan makan BUAH bersama SUSU CTH: KOKTEL

2. CARA MAKAN

A. JANGAN MAKAN BUAH SETELAH MAKAN NASI, SEBALIKNYA MAKANLAH BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.

B. TIDUR 1 JAM SETELAH MAKAN TENGAH HARI.

C. JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM. BARANG SIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.

D. Dalam kitab juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nampak memang sulit.. tapi, kalau tak percaya… cobalah… Pengaruhnya tidak dalam jangka pendek….. Akan berpengaruh bila kita sudah tua nanti.

Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu. karena akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahwa dalam daging ayam mengandung ion+ sedangkan dalam ikan mengandung ion-, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merusak usus kita. Al-Quran Juga mengajarkan kita menjaga kesehatan spt membuat amalan antara lain:

1. Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap kedalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air es) setiap pagi. Mujarabnya Insya Allah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).

3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (yaitu sujud sekurang kurangnya semenit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang tersebut.

4. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahwa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, yaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan) Wassalam…

Sama-samalah kita mengamalkannya……. WallahuA’lam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...