Berkongsi info berkaitan dengan hak-hak apabila anda ditahan 
polis...
Macam mana ek kalau saya ditahan polis? Apa yang saya perlu 
lakukan?Perluker saya melarikan diri....Saya x bersalah.. Kenapa saya 
ditahan...? Saya tidak berbuat apa-apa yang menyalahi undang-undang? En. 
Polis tersalah orang kerrr? Semua ni mesti akan difkirkan jika anda 
ditahan polis bagi membantu polis menjalankan siasatan...
JANGAN BIMBANG !!!Ini hanya lah prosedur 
yang selalu dilakukan oleh pihak polis bagi menyiasat apa yang 
berlaku...Tetapi... 
anda kenalah 
tahu hak-hak anda ketika ditahan...jangan lah biarkan anda ditindas 
yerrr 
--> Apabila anda ditahan poliss...anda ada hak untuk 
menghubungi ahli keluarga, kawan-kawan untuk  memaklumkan meraka anda telah 
ditahan polis,,,,,Itu adalah hak anda!!!
--> Anda ada hak untuk bertanya 
kepada polis atas alasan apa anda ditahan..Pihak polis hendaklah memberitahu 
atas alasan apa anda ditahan...Itu adalah hak anda!!!
-->Ketika di dalam 
tahan Polis, Pihak Polis hanya boleh menahan anda selama 24 jam sahaja, tidak 
kira samada cuti am atupun hujung minggu..Itu adalah hak anda!!!
--> 
selepas ditahan 24 jam..anda akan dibawa ke mahkamah majistret untuk tahanan 
reman atau pun dilepaskan dengan jaminan mulut atau anda akan didakwa...(reman 
bermaksud anda hendaklah tinggal di lokap bagi membantu polis menjalankan 
siasatan lanjut) 
--> anda juga ada hak untuk mendapatkan penjamin jika 
anda didakwa 
TETAPI ianya 
bergantung juga kepada dakwaan kes apa..Sesetengah kes ada yang tidak boleh 
dijamin...
APA HAK ANDA KETIKA ANDA DISOAL SIASAT!!!!
 --> berhatilah 
ketika menjawab segala soalan yang dikemukakan pihak 
polis..Salah menjawab akan padah kepada diri sendiri. Setiap jawapan anda akan 
digunakan di mahkamah kelak..oleh itu, berfikir sebelum menjawab..INGATTT!!! 
kerja polis adalah memastikan mereka cukup bukti untuk mendakwa 
anda...
--> Anda juga ada hak untuk berdiam diri..ini 
adalah  benteng kepada anda.. Contohnyer...
POLIS : Kamu dimana malam semalam??
ANDA : Saya akan menjawab di mahkamah kelak.
POLIS : Adakah anda keluar malam semalam?
ANDA : Saya akan 
menjawab di mahkamah kelak. 
-->Sekiranya Pihak 
polis mengancam anda melalui percakapan mahupun melalui kelakuan, anda haruslah 
berhenti memberi kenyataan anda dan secara bertenang memberitahunya 
bahawa "MAAFKAN SAYA, SAYA TIDAK BOLEH MENERUSKAN KENYATAAN SAYA KERANA 
ANDA MENGANCAM KESELAMATAN SAYA, SAYA MAHU INI DICATATKAN DI DALAM KENYATAAN 
SAYA"
--> Sekiranya, pihak 
polis tidak mencatatkan bantahan tersebut, anda haruslah menninggalkan bilik 
tersebut dan cuba mendapatkan pegawai polis yang lain untuk mendapatkan 
bantuan/perlindungan dari mereka.
--> 
Selepas disoal siasat, Pihak polis akan membaca semula segala kenyataan anda dan 
ini la peluang anda untuk membaiki segala kesilapan anda semasa memberi 
kenyataan tadi..sekiranya tadi anda diugut atau diancam ketika soal siasat , ini 
lah peluang anda membaiki kesalahan tersebut.. Kemudian, anda akan disuruh 
menandatangani kenyataan tersebut..Pastikan kenyataan tersebut sepertimana yang 
anda jawab ketika disoal siasat tadi..
BAGAIMANA SEKIRANYA SAYA DIPUKUL SEMASA SOAL 
SIASAT?
-->Selepas dibebaskan atas jaminan, 
pergilah ke mana-mana klinik kerajaan ataupun hospital bagi mendapatkan laporan 
perubatan/ menjalani pemeriksaan kesihatan. PASTIKAN anda tahu nama doktor yang 
memeriksa anda dan No rujukan laporan kesihatan anda di hospital tersebut.. 
Supaya nanti mudah ketika mahu membawa kes anda ini ke Mahkamah 
kelak.
BAGAIMAN PULA SEKIRANYA SAYA DITUDUH MELAKUKAN JENAYAH 
TETAPI SAYA TIDAK MELAKUKANNYA DAN SAYA BIMBANG JIKA SAYA DIDAKWA MELAKUKKAN 
JENAYAH TERSEBUT>>>>>>>.......
--> Sekiranya anda dituduh melakukan jenayah dan telah 
ditahan polis bagi menjalankan siasatan lanjut.. cubalah  memberi kerjasama 
dengan pihak polis dan bercakap benar... Insya'Allah anda tidak akan 
didakwa...Yang penting beri kerjasama, sekiranya anda tidak melalukannya apa-apa 
perbuatan yang menyalahi undang-undang anda tidak perlu takut...