Tuesday, October 23, 2012

ISTERI CURANG..

Suami tangkap isteri berkhalwat di rumah sendiri





ISTERI Salman (kiri) ditahan bersama kekasihnya dan seorang wanita lain (kanan) di sebuah pangsapuri di Melaka pada Ahad lalu.



MELAKA - Suami keluar mencari rezeki, isteri pula bermain cinta dengan lelaki lain.Itulah nasib seorang kontraktor yang terkedu apabila mendapati isterinya menjalin hubungan sulit ketika dia bekerja. Lebih mengecewakan, suami tersebut berjaya menghidu kecurangan isterinya apabila terdengar wanita itu bergurau senda dengan 'kekasih gelapnya' di pangsapuri mereka di Ayer Keroh di sini Ahad lalu.

Suami malang itu yang hanya mahu dikenali sebagai Salman, 36, berkata, geram dengan kejadian berkenaan, dia bergegas ke ke pejabat Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan meminta penguat kuasa jabatan itu menangkap isterinya dan lelaki terbabit. Cerita Salman, semuanya terbongkar apabila dia yang tertinggal pengecas bateri telefon bimbit, berpatah balik ke rumahnya pada pukul 10 malam untuk mengambil alat tersebut.

Salman yang keluar bekerja pukul 8 pagi hari yang sama sempat memberitahu isterinya yang berusia 24 tahun itu bahawa dia akan pulang lewat kerana bertugas di luar kawasan.
"Apabila tiba di rumah, saya terperanjat apabila terdengar suara isteri saya ketawa bersama seorang lelaki seolah-olah sedang bermesra," katanya di sini semalam.

“Isteri yang bekerja sebagai jurujual di sebuah pusat beli-belah di sekitar negeri ini biasanya bekerja pada hujung minggu, bermula jam 9 pagi hingga 11 malam.

“Tetapi sebaik sahaja tiba di luar rumah, saya dengar suara seorang perempuan dengan seorang lelaki ketawa bersama. Lebih tiga kali saya memastikan suara itu sebelum terpaksa menerima hakikat bahawa ia milik isteri saya,” katanya.

Menurutnya, dia dengan berat hati kemudian membuat laporan kepada Jaim kira-kira jam 3 pagi untuk tindakan lanjut.

"Dia pernah dicekup bersama lelaki lain tetapi saya beri peluang kedua untuk dia dan saya perbaiki kelemahan masing-masing tetapi kali ini saya tidak mampu bersabar lagi," katanya yang tidak mempunyai anak hasil perkahwinan selama empat tahun.

Salman berkata, ia adalah perkahwinan keduanya selepas isteri pertama meninggal dunia akibat barah dan empat anaknya kini tinggal bersama ibunya di Bukit Piatu, di sini.

“Saya tidak menyalahkan sesiapa dan reda dengan apa yang berlaku,” katanya.

Sementara itu, Ketua Penguat kuasa Jaim, Rahimin Bani berkata, serbuan lima anggotanya kira-kira jam 4.15 pagi mendapati terdapat dua wanita dan seorang lelaki di dalam rumah tersebut.

“Selepas anggota kami mengetuk pintu rumah beberapa kali, seorang wanita berusia 31 tahun membuka pintu.
"Dia kemudian mengetuk dan membuka pintu bilik kedua rumah tersebut. Kami dapati ada seorang lelaki dan wanita di dalamnya," katanya.

Monday, October 22, 2012

Doktor MENTAL

Doktor cabul budak diberkas




ANGGOTA polis mengiringi seorang doktor yang diberkas bagi membantu siasatan kes cabul di Nusajaya, Johor semalam.


NUSAJAYA – Perangai keji seorang doktor mencabul dua beradik lelaki selepas mengumpan mangsa dengan telefon bimbit pintar berakhir apabila dia diberkas di kliniknya di sini semalam.
Doktor berusia 40 tahun tersebut diberkas ketika hendak memasuki kliniknya pada pukul 1 petang.
Ketua Polis Daerah Nusajaya, Superintendan Noor Hashim Mohamad berkata, pembongkaran bermula apabila bapa mangsa hairan melihat anak-anaknya yang berusia 12 dan 14 tahun bergaya dengan telefon bimbit pintar yang berharga ribuan ringgit.

Katanya, selepas didesak, kanak-kanak berusia 12 tahun tersebut telah menceritakan yang alat telekomunikasi itu diberikan oleh seorang doktor selepas mencabulnya Sabtu lalu. “Bapa mangsa yang terkejut kemudian telah membawa anaknya itu ke sebuah hospital untuk diperiksa. “Dia bertambah terkejut apabila mendapati anak sulungnya juga menjadi mangsa doktor tersebut kira-kira dua minggu lalu,” katanya kepada Kosmo!.

Thursday, October 18, 2012

Wednesday, October 17, 2012

Tuesday, October 16, 2012

Tembak Menembak di KELANTAN



Penjenayah tegar mati ditembak
1 November 2012



ANGGOTA polis memeriksa tempat Zawa mati ditembak di Machang semalam.



MACHANG - Pemburuan polis ke atas seorang penjenayah yang mencederakan seorang anggota polis di Paloh, Gua Musang kelmarin berakhir apabila dia mati dalam kejadian berbalas tembak selepas dihambat sejauh kira-kira 98 kilometer (km) semalam. Penjenayah paling dikehendaki yang juga ketua geng curi kereta, Zawa Abd. Halim, 34, dari Pasir Mas yang mempunyai sembilan rekod jenayah lampau tersungkur pada pukul 7.30 pagi selepas terkena beberapa das tembakan di Kilometer 45 Jalan Kota Bharu-Kuala Krai berhampiran Kampung Kemuning di sini.

Dalam kejadian itu, seorang anggota polis, Koperal Mat Raduan Mat Hassan, 50, turut cedera di tangan dan rusuk kanan selepas terkena tembakan yang dilepaskan Zawa. Kejadian mendebarkan itu berlaku apabila Zawa bertindak merampas sebuah kereta Perodua Myvi milik sepasang suami isteri di sebuah masjid di Paloh pada pukul 6 pagi sebaik keluar dari kawasan persembunyiannya di sebuah ladang kelapa sawit berdekatan. Dia bersembunyi selepas menembak seorang anggota polis, Lans Koperal Muhammad Shamsul Anuar Muhammad Adnan, 27, yang cuba mengejarnya dalam kejadian pukul 1 pagi kelmarin.


__________________________________________________________________________________

‘Aku nak kereta!’

 
KAWAL...anggota polis mengawal tempat kejadian, semalam.

KAWAL...anggota polis mengawal tempat kejadian, semalam.
 
MACHANG: “Aku nak kereta, kalau tak aku tembak!,” kata seorang penjenayah paling dikehendaki polis sambil mengacukan pistol di leher Siti Norhafizah Omar, 27, sebelum melarikan kereta Perodua Myvi bersama anak lelakinya berusia setahun lima bulan dalam kejadian berhampiran Masjid Kampung Paloh, Gua Musang, awal pagi semalam. Penjenayah itu, Zawa Abdul Halim, 34, dalam buruan polis berkaitan kejadian tembak di Paloh, kelmarin dan beberapa jam kemudian dia ditembak mati selepas berbalas tembakan dengan anggota polis di Kilometer 45, Kampung Kemuning, di sini, jam 7.30 pagi semalam.
Biarpun dilarikan 100 kilometer (km) dan berada dalam kereta ketika berlaku kejadian berbalas tembakan, anak Siti Norhafizah, Mohd Haikal Harraz Hasrizal terselamat tanpa kecederaan. Selepas dikejar polis, Zawa yang terbabit samun, curi kereta, pecah rumah dan pengedaran dadah, terbabas apabila Perodua Myvi dicurinya itu terlanggar pembahagi jalan. Bagaimanapun, ketika keluar dari kereta dia melepaskan beberapa das tembakan ke arah sekumpulan anggota polis dan satu daripadanya mengenai tangan dan rusuk kanan Koperal Mat Raduan Mat Hassan, 50, yang kemudian dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).




Penyamun kempunan tercicir gelang emas

FATIMAH menunjukkan gelang emasnya yang gagal dilarikan oleh penyamundi kedainya di Kota Bharu semalam.

KOTA BHARU - Empat penyamun bersenjatakan pistol berputih mata apabila gagal melarikan seutas gelang emas kepunyaan pemilik sebuah kedai runcit dalam kejadian samun di Kampung Pantai Sabak, Pengkalan Chepa di sini kelmarin.
Kejadian pukul 8 malam itu berlaku apabila dua daripada empat suspek yang memakai topi itu masuk ke dalam kedai berkenaan dan berpura-pura membeli minuman.

Mereka kemudian tiba-tiba merentap gelang tangan mangsa, Fatimah Hussin, 50, yang ketika itu berada di kaunter kedai tersebut. Cerita Fatimah, dia terkejut dengan tindakan lelaki itu manakala seorang lagi lelaki mengeluarkan sepucuk pistol dan mengarahkannya supaya mendiamkan diri.

"Saya tidak endahkan amaran mereka lalu menjerit dan menyebabkan anak lelaki saya, Che Mohd. Fakaruddin Che Abdul Aziz, 19, yang berada di dalam kedai meluru keluar ke arah kami. "Menyedari keadaan itu, kesemua lelaki tersebut bergegas keluar dan sempat melepaskan tembakan ke udara sebelum melarikan diri dengan kereta Perodua Myvi," katanya di sini semalam.
 
 

______________________________________________________

Pemuda Siam cedera ditembak

 





KERETA Proton Waja dinaiki suspek ditahan selepas dikejar di Jalan Yaakobiah, Kota Bharu kelmarin.



KOTA BHARU - Seorang pemuda Siam cedera selepas terkena tiga das tembakan ketika mengisi minyak di sebuah stesen minyak di Jalan Kebun Sultan di sini malam kelmarin. Dalam kejadian pada pukul 7.35 malam, mangsa Samnuan Sunnuan, 21, cedera di bahagian kanan kepala dan lengan kanan. Dia kemudian dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII). Mangsa kini berada dalam keadaan stabil.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, sebelum kejadian, Samnuan yang mengisi minyak kereta Perodua Myvi miliknya tiba-tiba dihampiri sebuah kereta Proton Waja yang dinaiki tiga lelaki. "Salah seorang lelaki dari kereta Proton Waja turun dari kenderaannya lalu melepaskan tembakan ke arah mangsa," kata beliau


Lelaki Siam cedera ditembak 3 das
16 Oktober 2012
Lelaki Siam cedera ditembak 3 das
Kereta jenis Proton Wira dinaiki Ong Sok Cha pecah cermin sisi selepas terkena tempias tembakan dalam kejadian malam tadi.
 
KOTA BHARU - Seorang lelaki Siam cedera di bahagian kepala dan lengan selepas ditembak dengan tiga das dalam kejadian di stesen minyak Jalan Kebun Sultan, di sini, malam tadi.
Bagaimanapun mangsa dilaporkan stabil dan kini ditempatkan di wad Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II). Kejadian kira-kira jam 7.30 malam itu berlaku ketika mangsa, Samnuan Sunnuan, bersama rakannya menaiki kenderaan jenis Myvi singgah di stesen berkenaan untuk mengisi minyak kenderaan itu.

Dipercayai ketika Samnuan berada di luar, seorang lelaki menghampiri kereta berkenaan dan masuk ke dalamnya sehingga menyebabkan rakannya yang berada di dalam kereta melarikan diri.
Seorang saksi, Ong Sok Cha, berkata, kejadian berlaku ketika dia bersama dua rakannya sampai di kawasan itu untuk mengisi minyak di sebelah kenderaan itu. “Saya tidak nampak kelibat lelaki yang melepaskan tembakan itu, cuma saya dengar bunyi tiga das tembakan dan kami bertiga dalam kereta terus lari menyelamatkan diri.

“Akibat kejadian itu, kereta milik suami turut pecah cermin di bahagian sisi pemandu,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, melihatkan tindakan lelaki itu, Samnuan cuba menghalang lelaki terbabit masuk ke dalam kereta dan menyebabkan suspek melepaskan tiga das tembakan dan terus melarikan diri dengan kereta Myvi terbabit. “Dipercayai lelaki berkenaan datang dengan kereta jenis Waja yang dinaiki dua lagi suspek ke kawasan itu.
“Ekoran kejadian itu, Ops tutup dilancarkan serta merta dan kesemua kenderaan MPV polis serta bahagian anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) diarahkan mengesan suspek dan kenderaan jenis Proton Waja berjaya dijumpai di Jalan Yaakobiah pada malam itu juga,” katanya.

Jalaluddin berkata, berlaku adegan kejar mengejar dengan kenderaan Waja berkenaan yang dipercayai menggunakan nombor pendaftaran palsu yang dipercayai hilang di Tanah Merah.
“Akibat takut dikepong polis, suspek yang menaiki kereta itu melanggar lima buah kenderaan dan cuba melanggar seorang anggota polis sehingga menyebabkan polis melepaskan satu das tembakan yang terkena pada bumper kereta. “Dua suspek dalam kereta itu cuba meloloskan diri namun cubaan mereka tidak berjaya dan dapat ditahan,” katanya. Beliau berkata, siasatan awal mendapati tiga suspek terlibat dan lelaki yang melarikan Myvi itu masih bebas dan dipercayai punca kejadian mempunyai kaitan dengan hutang dadah.

“Setakat ini usaha mengesan suspek masih diteruskan dan kes disiasat di bawah seksyen 3 FIPA 1971,” katanya. Dalam pada itu, dua suspek terbabit dalam kes tersebut dikenakan perintah tahanan reman selama tujuh hari oleh Mahkamah Kota Bharu di sini, semalam. Perintah keluarkan Timbalan Pendaftar Mahkamah Sesyen, Rozita Md Saad. Kedua suspek berusia 25 dan 22 tahun itu ditahan reman bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971. Reman kedua-duanya berkuat kuasa hari ini.


*** Kejadian di shell jalan kebun sultan..seorg lelaki berbangsa cino mati..difahamkan mangsa adalah pemilik kenderaan Myvi putih yg cuba dilarikan oleh penjenayah dan terkena tembakan penjenayah. Penjenayah dikejar oleh pihak polis sehingga ke Jalan Sultan Yahya dan berbalas tembakan disitu...setakat tu jah info yg admin dapat..

Monday, October 15, 2012

Bajet 2013 Kelantan

Bajet 2013 Kelantan
15 Oktober 2012
Bajet 2013 BARU
KOTA BHARU - Kelantan hari ini membentangkan Bajet 2013 dengan memasukkan hasil royalti yang kini dituntut sebanyak RM200 juta, sebagai perolehan Kerajaan Negeri.

Pembentangan bajet yang bertemakan “Bajet Negeri Berkebajikan” dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa yang mewakili Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Husam ketika mengumumkan perkara itu berkata, Bajet 2013 merupakan belanjawan lebihan di mana perolehan yang dianggarkan bakal diperolehi berjumlah RM535.95 juta iaitu lebihan sebanyak RM45.83 juta.

“Dalam Belanjawan ini kerajaan memutuskan untuk memasukkan RM200 juta sebagai pendapatan daripada Petroleum. Sebelum ini, ianya diletakkan sebagai ‘token’ sebanyak RM10.

“Ini bertujuan melonjakkan lagi harapan kerajaan dan rakyat Kelantan untuk mendapatkan hak mereka serta meletakkan tiang pacak bahawa Kelantan berhak terhadap pengeluaran gas khususnya di Telaga Kamelia yang memulakan pengeluaran Mac 2013,” katanya.



 Husam berkata, medan ini sepenuhnya berada dalam Block 301 yang paling hampir dengan pantai Kelantan dan pengeluaran tahunannya sebanyak 110,000 kaki padu gas setahun.

Untuk rekod, tuntutan royalti yang berbilion kini sedang dibicarakan di Mahkamah Persekutuan Putrajaya.

Dalam pada itu, Husam berkata, hasil tanah merupakan penyumbang kedua terbesar dengan jumlah RM124.47 juta atau 21.40 peratus daripada keseluruhan jumlah hasil.

“Hasil tanah meliputi pungutan cukai Tanah sebanyak RM37.49 juta, premium Tanah RM45.0 juta, Bayaran Pendaftaran RM6.0 juta serta Bayaran Gadaian sebanyak RM3.84 juta,” katanya.


_____________________________________________________________________________

Untuk rekod Kerajaan Pas Kelantan menganggarkan perolehan hasil berjumlah RM430.27 juta bag tahun 2012.

Sunday, October 14, 2012

Pengulas sukan yg tidak profesional




Aku melihat perlawanan bola sepak semi final Piala Malaysia diantara Kelantan VS Selangor tempoh hari, mendengar kepada suara pengulas perlawanan tersebut amat menyedihkan aku. Macam ni nak jadi seorang pengulas yang professional? Sesama bangsa pon nak di beza-bezakan. Melayu oh melayu, kesian korang ni. Dah bekerja dan mempunyai pengalaman berkurun lama tapi metaliti tetap tidak berubah.

Ini lah dia pengulas sukan pada malam itu..

yang sorang ni namanya Hasbullah Awang



yang sorang lagi ni Zainal..bin ape ntah



Korang patut pegi training kat luar negara, tak boleh training dalam negara sebab nanti korang akan mencampur adukan kerja dan politik. Tiada semangat kesukanan langsung macam mane bangsa melayu nak maju kalau mentaliti korang macam ni. Walaupun kelantan negari yang diperintah oleh PAS (pembangkang) korang tak payah la nak campuradukan sukan dengan politik. Sukan sukan la, politik politik la bro.

Ni tidak walaupun selangor main tak bagus ulasan korang bukan main lagi ye, macam pemainan kelantan ni teruk sangat. Sedih aku tengok pengulas sukan macam korang ni tak  boleh dipanggil pengulas yang professional lagi.


 
 
 


 

Tuesday, October 9, 2012

Monday, October 8, 2012

Solat Dhuha


Ustaz Zamri shared ..

Siaran Ulangan :)

Ramai yang tanya saya, "Apa hukum solat Dhuha di pejabat?"
---------------------------------------------------------------------------------
Pertamanya perlu jelas bahawa melaksanakan tugasan pekerjaan dengan sempurna hukumnya WAJIB sedangkan hukum solat Dhuha adalah SUNAT, jadi jika ingin menunaikan solat Dhuha di pejabat:-

1. Kalau boleh laksanakan waktu rehat
2. Jika ingin dilakukan waktu kerja, pastikan diberi izin oleh Bos & Manager serta tidak mengganggu TUGASAN SEDIA ADA.


Sekian dimaklumkan.

 

Doa untuk ahli KUBUR





Doa Majlis Jamuan


Sunday, October 7, 2012

Ubat HATI...


Jangan anda LUPA !

Harga kereta Di Malaysia tercinta..

Terkejut saya melihat perbezaan harga kereta Malaysia dan US.
 
 
Mainstream car prices

Honda Accord US$21,480 (RM64,440) RM150,000
...
Honda CRV US$22,495 (RM67,485) RM150,000
Honda Civic US$15,955 (RM47,865) RM115,000



 
Toyota Altis US$16,130 (RM48,390) RM112,000
Toyota Camry US$22,055 (RM66,165) RM180,000
Kia Sorento US$23,150 (RM69,450) RM160,000
Hyundai Tucson US$19,245 (RM57,735) RM140,000
Hyundai Sonata US$20,895 (RM62,685) RM150,000
Hyundai Elantra US$16,695 (RM50,085) RM98,000
 
 

 
Luxury car prices

BMW 328i US$36,500 (RM109,500) RM300,000
BMW 528i US$46,900 (RM149,000) RM400,000
BMW 535i US$52,500 (RM157,000) RM600,000
BMW X5 US$47,500 (RM142,500) RM580,000
Mercedes E350 US$51,000 (RM153,000) RM400,000 (In M'sia for only CKD E250)
Jaguar XF US$53,000 (RM159,000) RM500,000
Jaguar XJ US$73,700 (RM221,000) RM1,000,000

Porsche Cayenne US$48,850 (RM146,000) RM570,000


Untuk fakta dan perbahasan lanjut yang menarik, boleh baca di httd://automobiles.honda.com/ & http://themoneyconverter.com/MYR/IDR.aspx

apa pendapat korang tentang harga perbezaan harga yang amat ketara ini, kesian rakyat malaysia kerana terpaksa membelanjakan wang yang banyak untuk merasai kereta yang lebih selesa, dan yang menjadi mangsa akibat daripada cukai yang melampau ini ialah golongan yang berpendapatan rendah. mereka terpaksa membelanjakan wang yang banyak utk memiliki kereta nasional negara PROTON...

kita terpaksa bertungkus lumus mencari wang utk membayar ansuran bulanan yg tinggi, kekadang terpikir betapa malangnya aku menjadi rakyat Malaysia kerana sering kali ditipu oleh kerajaan. Baik jadi rakyat brunei. Orang besar2 dikecualikan cukai manakala orang bawahan & rakyat ditekan habis-habisan...  

Wednesday, October 3, 2012

Teksi Durjana (rompak & rogol)

Kisah Tragis Teksi Jahanam | Seorang wanita berusia 37 tahun menempuh detik hitam dalam hidupnya apabila bukan saja disamun tiga lelaki bersenjatakan pisau tetapi turut dirogol bergilir-gilir oleh kumpulan penjenayah terbabit dalam teksi dinaikinya, kelmarin. Dalam kejadian pada jam 3 petang berhampiran sebuah pasar raya di Kepong, di sini, mangsa mendakwa tiga lelaki merogolnya termasuk pemandu teksi berusia 30-an.
 

Gambar hiasan
 
Lebih kejam, mangsa dicampak keluar daripada teksi selepas tiga lelaki durjana itu selesai melampiaskan nafsu masing-masing. Menurut sumber, kejadian bermula apabila mangsa menahan teksi berkenaan di kawasan rumahnya berhampiran Sunway Piramid, Subang Jaya untuk pergi bertemu rakannya di Kepong.
 
“Ketika dalam perjalanan, pemandu teksi terbabit menghentikan kenderaannya lalu mengambil dua lelaki dipercayai rakan subahatnya sebelum meneruskan perjalanan ke Kepong. “Mangsa kurang senang dengan keadaan itu, namun tidak dapat berbuat apa-apa kerana lelaki yang memandu teksi berkenaan memberitahu dua lagi lelaki terbabit adalah rakannya,” katanya. Bagaimanapun, katanya, sebaik tiba di satu kawasan sunyi berhampiran sebuah pasar raya di Kepong, seorang daripada lelaki terbabit mengacukan pisau ke leher mangsa manakala rakannya memegang tangan mangsa.
 
“Kumpulan terbabit kemudian menanggalkan pakaian mangsa lalu merogolnya bergilir-gilir di tempat duduk belakang kenderaan itu,” katanya. Menurutnya, penderitaan mangsa tidak berakhir di situ apabila kumpulan terbabit kemudian merampas wang tunai, telefon bimbit dan dokumen penting milik mangsa sebelum mencampaknya keluar daripada kenderaan itu berhampiran kawasan berkenaan.
 
“Mangsa yang hanya mengalami kecederaan ringan bernasib baik apabila mendapat bantuan daripada orang awam yang kebetulan berada di kawasan berkenaan. “Wanita terbabit kemudian dibawa ke Balai Polis Kepong untuk membuat laporan mengenai kejadian itu,” katanya. Sumber itu berkata, selepas percakapan mangsa dirakamkan, wanita terbabit dirujuk ke hospital berhampiran untuk pemeriksaan lanjut. Difahamkan, mangsa masih ditahan di wad kerana dilaporkan trauma akibat insiden menimpanya itu. Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian jenayah teksi berkenaan.
 
Katanya, sehingga kini, masih belum ada tangkapan dibuat namun usaha untuk mengesan kumpulan penjenayah terbabit masih dijalankan.
Kisah Pengajaran untuk kita
 


Rasanya semua org di Msia pernah terserempak dgn saudara seperti ini. I watched from inside McD's play place, saudara ni mengetuk BMW, Merc, Camry dan kereta2 mewah sewaktu dengannya yg beratur di Drive thru. SATU JAM berlalu, matahari maki perit, tak sorang pun sudi beli.

Setelah pasang niat moga diberi kesempatan untuk membantu saudara ni sekadar yg mampu, I sear...
ched for him on my way out but couldn't find. Surprisingly he was near my car (on the other side of the drive thru lane) when I wanted to go home.

Kami berbual ringan, sambil diri ini terkial2 meletakkan anaqi di car seat, dan makanan tak habis McD di kaki seat. Dia terkejut sy boleh ckp kelantan, biarpun sy bukan dari kelantan. Keropok RM20/packet, kalau beli dua RM35 katanya. Sementara sy membuka purse nak keluarkan RM35, saudara ni sempat memberi nasihat, yg 'anak itu harto Allah bagi kat kito, keno jago memolek'. Dia mintak maaf bukan niat nak beri ceramah, sy kata tak perlu minta maaf, kita kena saling mengingatkan. Sy tanya abang ada anak? Anaknya 3 org di kampung. Dia merantau mencari rezeki.
Bila sy bgtau sy nk beli 2 paket, dia tunduk mencari2, sy perasan bajunya dah byk bertampal2. Kain jubahnya lusuh sekali. Maaf ckp, kalau dirumah sy dah jadi kain buruk. Hati ni tersentuh sgt2. Tetiba teringat Rasulullah saw, dan para sahabah. Agaknya mcm ni lah pakaian mereka (Sayidina Umar diriwayatkan ada 14 tampalan di bajunya). Sy melihat dlm purse, ada duit RM50 sekeping. Sy beri padanya, dan bila dia nak bagi balance sy kata 'tak po lah abe, sedeqah sayo untuk anok2 abe.'

Dia terduduk. Terus sebak teresak2. Sy tergamam. Passerby started staring. Dalam sedu dia kata 'timo kasihlah dik. susohnyo nok cari rezeki untuk anok2...make minum pun tak tentu'...sebak sendunya makin kuat...Allah sj yg tahu apa yg dia rasa. Berejam di tgh panas, minta belas org2 berada yg duduk dlm kereta aircond, tak sorang pun sudi membantu. Bukan minta sedekah, dia ikhtiar sekadar kemampuan dia.

Sy cuba beri seidikit peringatan buat dia dan diri sy.
'Jange sedih abe. Kito ado Allah, tak po lah kito miskin didunio pong, yg penting akhirat kito kayo. Biarlah kok oghre nok kato lagu mano pong, asalke Allah tok hino kito...sabar deh...Allah ado...cukuplah Allah buat kita abe...HasbiaAllah'
 
Dia masih sebak, sy tak tahan terus masuk kereta dan menangis sepuas2nya dlm kereta.

Anak2ku Amirul Shaqil Azmir & Shireen Ara Alyssa, kalau jumpa saudara kita yg berusaha keras mencari rezeki mcm pakcik ni, bantulah sekadar mampu. Biarpun kita tak makan keropok yg dia jual, boleh je sedekahkan kat jiran ke, saudara mara ke, pak guard ke, hatta tol booth operator pun kita boleh bersedekah (kalau dah tak suka apa yg dijual). Tak makan bukan alasan untuk tidak membantu. Janji kita bantu pulihkan semangat yg menjual, untuk berusaha lagi mencari rezeki dgn cara yg halal. RM10-20 is nothing to us, but it could mean with or without rice for the day for them. Rezeki Allah bg untuk kita agih2kan, bukan untuk disimpan sampai jadi gunung.

Berkongsi cerita bukan nak bermegah dgn RM15 yg sy sedekah, tapi untuk membuka mata hati diri ini 7 yg sudi membaca. Semoga Allah jauhkan diri ini, anak2, suami & semua umat dari sifat ujub & riak. Wallahua'lam.

 
BERHATI HATI DGN KEDAI MOTO INI... !!!
 

 SEBARKAN...Kedai ni dekat shah alam... di seksen 7 @ PUSAT KOMERSIL.. dekat dgn GIANT pasaraya bintang..tepi restoran khulafah... ade kess yang membuatkan aku tak percaya yang mana... dua orang kawan aku pada hari yang sama KENE TIPU ..mangsa pertama moto kriss... nak tuka spoket depan aje... kene barai enjen jadi kene harge rm900... lepas tu kawan seopisku ...
pukul 2 petang motor demak scrambler... minor aje pasal enjen semput dan tak boleh free gear... barai jugak enjen dier kater dgn nak ketuk rm2300... tapi kawan seopis tu dapat diselamatkan... sebab kata piston rosak laaa.rot longar laaa... tapi sempat diselamatkan..denagn enjen barai tu jugak kita orang angkat ke kedai org melayu...yang kater kan kalo tukar semuanya buat enjen baru hanya rm700.... tapi masalahnya... tak ade PUN yang perlu di buat pun...enjen sebenarnya tak ade problem....
Pada mase itu lah jumpa kawAn Manga pertama tadi.... motor kriss... enjen tengah barai...masih belum siap.. pada masa ini pukul 5.00ptg dah.... hati hati laaa kawan kawan...sebarkan lah kalau boleh sebab kesian orang kene tipu mCm tu aje.... harap sebarkan laaaaa......satu lagi... nak keluar motorpun kene pau lagi rm120 nak tak nak bayar jugak laaa...dari kene tipu lagi...

KISAH BENAR DR SHBT GUA
(STUDENT2 UITM SHAH ALAM KONPOM KENAL INI KEDAI)

HARAP PIHAK BERKUASA TOLONG PANTAU INI KEDAI SEGERA OK !!
 
Isnin lepas aku telah berkunjung ke Klinik Kesihatan Ibu & Anak, Selayang Baru kerana ada temujanji untuk checkup bulanan anak aku Ukail. Datang2 parking dah penuh so terpaksalah aku cari parking di luar pagar klinik.

Bila masuk dalam klinik lak penuh ngan ibu2 dan anak2 dan tak lupa jugak bapa2 macam aku ni klinik ni tak de air cond, aku tengok ramai ibu2 yang sedang mengipaskan anak2 kecil mereka, kesian jugak aku tengok diorg ni dah la bawa anak kecil.

 
 
Kesian kanak2 dan bayi2 ni panas sampai berpeluh2, korang rase logik ke pada zaman serba cangih ni ade lagi klinik kesihatan yang tak menyediakan kemudahan penghawa dingin, kerajaan malaysia oh kerajaan malaysia memang terbaik la. kepada menteri kesihatan tu tolong2 la melawat skit klinik kamu ni kesian rakyat malaysia. 
 
 
 
kipas yang ada pon secuit jer, sepatutnya klinik kesihatan yang terletak hampir 15 KM dari pusat bandar kuala lumpur ni takde dah yang menyediakan kemudahan sedaif ni. Kepada rakyat malaysia yang berada di luar sana anda fikir2 la. Sepatutnya anda semua berhak mendapat kemudahan yang lebih baik dari yang ada di klinik ini.
 
 

 
anda semua berhak untuk memilih pemimpin yang boleh menjaga kebajikan rakyat, mereka semua bersenang linang semuanya free, korang ade? aku tak kisah pon diorg nak dapat percuma ke ape, tapi yang penting kebajikan, kepayahan dan keperluan rakyat hendaklah diorng utamakan, jangan hanya pandai mengumpul kekayaan saje. Kekadang mereka ni jadi macam ni sebab ape ...sebab terlalu lama memerintah. So klu korang nak merase kehidupan sebenar yang korang sepatutnya dapat..lu pikir la sendiri.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...