Kisah Isteri Yang Curang (Part 1)
Saya bekerja sebagai seorang ketua  eksekutif di sebuah syarikat swasta. Isteri saya bekerjagai juru audit  di sebuah syarikat swasta juga. Kami mempunyai seorang anak perempuan  yang kini berumur 13 tahun, wajahnya secantik ibunya dan hidungnya  matanya dan pipinya mirip saya. Dialah buah hati saya dunia dan  akhirat.Semuanya terjadi pada dua tahun lepas selepas hari raya haji.  Saya perhatikan sikap isteri saya tak macam biasa. Dah lebih 10 tahun  kami bersama takkan saya tak dapat kesan perubahan sikapnya. Mana  tidaknya, kadangkala saya sembunyi-sembunyi perhatikan tingkah lakunya.  Saya lihat dia semakin gemar membawa handphonenya kemana-mana walau ke  bilik air. Saya cuba nak mintak dan nak lihat handphonenya tetapi  berjuta alasan yang dia berikan. Dalam fikiransaya dah terfikir  macam-macam. Saya cuba selami apa yang dia alami tetapi gagal. Nampak  seperti dia menyembunyikan sesuatu dan layanannya juga tidak seperti  dulu.
Kalau dulu, bila saya buat lawak, pasti  dia yang akan ketawa dahulu walau pun cerita yang saya nak ceritakan  belum habis lagi, tapi kini,setakat ketawa kecil untuk ambil hati saya.  Itu baru soal sosial, belum lagi soal atas katil. Kalau dalam sebulan  tu, dalam 5 kali yang saya minta cuma sekali yang saya dapat. Itu pun  rasa macam buat dengan patung. Kalau dulu, bila saya mintak 5 kali, 8  kali pun dia sanggup walaupun dia sampai susah nak bangun pagi tapi  sekarang nyataberbeza.Sampailah satu hari, mungkin tuhan kabulkan setiap  doa saya dalamsolat supaya diberi petunjuk dalam menghadapi situasi  macam ini. Isteri saya pergi mandi dan tertinggal handphonenya dalam  laci didalam bilik. Saya yang sedang bersiap nak pergi kerja terdengar  handphonenya berbunyi mesej diterima. Terus saya buka laci dan capai  handphonenya dan buka peti mesejnya. Tiada nama yang terpapar,cuma  nombor sahaja. Saya cepat-cepat catat nombor handphone yangtertera ke  dalam organizer. Kemudian saya baca isi mesejnya.Kesangsian saya mula  memuncak bila terbaca mesejnya. Ianya berbunyi begini. “Lepas kerja  tunggu kat tempat biasa”. Hati saya mulabergelora dan fikiran mula  bercelaru. Tapi saya tahankan dan cepat-cepat padam mesej tu dan  letakkan kembali handphone tu ditempatnya. Perlahan-lahan saya keluar  dari bilik dan bersarapan.
Semasa saya bersarapan isteri saya siap  mandi dan kemudian dia bersarapan bersama-sama saya. Saya cuba tahankan  perasaan saya ketika itu dan buat macam tidak ada apa-apa yang berlaku.  Kemudian kami pergi kerja menaiki kereta masing-masing. Sebelum itu,  saya bawa bersama viewcam untuk digunakan sebagai pengumpul bukti.Anak  saya bertanya kenapa saya membawa view cam ketika saya menghantarnya ke  sekolah. Saya terpaksa berbohong kepadanya dengan mengatakan bahawa saya  perlukannya untuk merakam aktiviti syarikat.Pada waktu petang, waktu  yang dinantikan telah tiba. Saya menantikan kelibat isteri saya selepas  waktu kerja dengan menunggu di sekitar hadapan pejabatnya di dalam  kereta yang saya pinjam dari rakan. Saya tidak boleh gunakan kereta  saya, takut isteri saya perasan.Sebelum itu, saya telefon rumah saya  untuk pastikan anak saya selamat pulang dari sekolah, orang gaji saya  memberitahu anak saya sedang membuat kerja sekolah. Sejuk hati saya  mendengar berita itu. Tetapi hati saya bergelora kembali apabila  terlihat isteri saya keluar dari pejabatnya dan terus menuju ke arah  kereta yang tidak saya kenali. Nampaknya kereta tersebut telahpun  menunggu isteri saya sebelum saya sampai.
Saya perhatikan kereta tersebut  meninggalkan perkarangan pejabat isteri saya. Dengan berhati-hati saya  ekori kereta tersebut dalam jarak yang selamat. Tiba-tiba handphone saya  berdering, rupanya isteri saya telefon saya. Saya pelik, adakah dia  dapat menghidu perbuatan saya. Saya jawab panggilannya dan hati saya  hancur apabila dia memberitahu bahawa pada hari itu dia balik lewat dan  ada meeting katanya. Bila saya tanya dia berada di mana, dia kata sedang  bekerja di pejabat. Sungguh pilu hati saya melihat isteri saya  berbohong di hdapan saya sendiri. Saya kuatkan semangat ingin membongkar  apa sebenarnya yang terjadi dengan isteri saya. Saya ekori hingga ke  sebuah restoran yang terkenal. Saya lihat isteri saya keluar dari kereta  dan menuju ke restoran berkenaan bersama seorang lelaki yang saya rasa  jauh lebih muda dari isteri saya. Mereka kemudiannya masuk dan saya  nampak mereka memilih meja makan yang memudahkan untuk saya memerhatikan  mereka. Hampir 3 jam saya lihat kemesraan mereka berdua. Kadangkala  saya nampak lelaki itu seperti membetulkan tudung isteri saya dan mereka  kadangkala ketawa kecil. Entah apa yang mereka bualkan saya pun tidak  tahu. Berdosa saya pada hari itu kerana telah meninggalkan solat Asar  dan Maghrib semata-mata mencari kebenaran.
Saya menunggu di dalam kereta sampai  lenguh seluruh badan saya.Sekali sekala saya rakam perbuatan mereka di  dalam view cam.Setelah sekian lama menanti, akhirnya mereka keluar dari  restoran dan menuju ke arah kereta tadi. Saya rakam segala perbuatan  mereka. Kemudian mereka bergerak menuju ke arah yang saya tidak pasti.  Saya ekori lagi hinggalah saya tahu kemana tujuan mereka. Mereka kembali  ke pejabat isteri saya tetapi melalui lorong belakang yang gelap dan  sempit itu. Saya tidak dapat ikut kerana takut mereka sedar akibat lampu  yang saya pasang. Saya akhirnya mengambil keputusan untuk berjalan  menyusup dan menyelinap ke tempat-tempat yang tersembunyi untuk saya  merakam perbuatan mereka di dalam kereta di tempat yang gelap itu  setelah saya meletakkan kereta di tempat yang sesuai. Suasana di tempat  itu amat gelap. Yang kedengaran hanya deruman bunyi kereta lelaki tadi  yang tidak dimatikan enjinnya. Saya cari tempat yang sesuai dan  tersembunyi agar tidak disedari mereka. Saya cuba zoom view cam tetapi  tidak nampak apa-apa kerana gelap. Kemudian saya hidupkan fungsi  tangkapan gambar dalam gelap yang mana saya dapat lihat setiap sesuatu  walaupun dalam keadaan yang amat gelap melalui view cam saya. Saya amat  terkejut bila mendapati mereka sedang berasmara.
Saya lihat mulut mereka bercantum dan  setelah agak lama, saya lihat lelaki itu menurunkan tempat duduk yang  diduduki oleh isteri saya. Apa yang saya agak mereka pasti sedang  berbaring bersama. Saya terpaksa berdiri lebih dekat di tempat yang  selamat untuk merakam apa yang mereka lakukan. Hati saya hancur lulur  pada ketika itu. Saya sedar, syaitan mula berbisik menyuruh saya  menamatkan sahaja riwayat kedua-dua makhluk yang sedang berzina itu  disitu juga, tetapi saya tetap bersabar dan terus merakam setiap  perbuatan mereka. Saya sedar, tuhan menyebelahi saya. Kebencian saya  meluap-luap. Terus saya padamkan view cam dan dengan berhati-hati saya  berjalan kembali ke kereta. Saya sampai di rumah selepas memulangkan  kembali kereta rakan saya dan memandu kereta saya pulang. Saya lihat  kereta isteri saya masih lagi tidak ada di garaj. Bermakna dia belum  balik lagi. Saya masuk rumah, mandi dan solat.
Dalam solat saya menangis dan berserah  kepada Allah untuk menegakkan jalan bengkang bengkok yang dicipta oleh  isteri saya itu. Kemudian saya pergi ke bilik anak saya. Saya lihat anak  saya sedang lena tidur. Sekali lagi saya menangis melihat anak saya  yang tidak berdosa itu. Pada ketika itu saya terfikir, apakah dosa saya  sehingga begini hebat dugaan tuhan kepada saya. Kedengaran bunyi kereta  isteri saya tiba di garaj. Saya lantas keluar dari bilik anak saya dan  menuju ke pintu untuk membukakan pintu supaya isteri mudah masuk ke  dalam. Isteri saya terkejut melihat saya masih belum tidur. Dia cuma  tersenyum dan mengatakan banyak perkara-perkara berbangkit ketika  mesyuarat yang membuatkan dia pulang lewat. Dalam hati saya bergetus  sendirian, perempuan laknat. Berani kau menipu hidup aku dan anak aku.  Tetapi saya menyembunyikan perasaan itu dengan tersenyum dan saya lihat  pakaian dan tudungnya tidak ada yang tidak kena. Semuanya rapi  seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Dasar perempuan jalang, tahu  sahaja menyembunyikan tahi yang diberakkan di tengah jalan tadi.
Dan pada malam itu saya biarkan isteri  saya tidur sendirian. Saya tidur menemankan anak saya didalam bilik anak  saya walau pun pada malam itu, selepas isteri saya mandi, dia minta  disetubuhi. Saya beri alasan saya penat, sedangkan saya tahu niatnya,  untuk menyembunyikan angkara perbuatannya tadi. Manalah tahu jika ianya  membuahkan hasil, sekurang-kurangnya dia dapat meyakinkan bahawa hasil  itu adalah dari benih saya. Sudahlah, saya dah menjangkakan semua  kemungkinan dan muslihat itu setelah melihat apa yang dia lakukan  tadi.Pada keesokkannya, hari sabtu. Saya dan isteri tidak bekerja. Saya  ambil kesempatan itu untuk memasukkan apa yang saya rakamkan malam tadi  ke dalam CD menggunakan laptop saya secara sembunyi – sembunyi. Saya  lakukannya di dalam kereta agar tidak diketahui oleh sesiapa. Kemudian,  pada sebelah petangnya saya berbincang bersama isteri saya berdua di  dalam bilik. Saya bertanyakan adakah dia sudi jika saya menceraikannya  jika dia sudah mempunyai lelaki yang lebih baik dari saya.
Dia menyangkal kata-kata saya dengan  mengatakan saya kuat cemburu dan dia meyakinkan saya bahawa tiada insan  lain dalam hidupnya melainkan saya sorang. Kemudian saya katakan  kepadanya, bagaimana jika saya ada bukti yang menunjukkan bahawa dia  berbohong. Pada ketika itu air muka isteri saya mula berubah. Tetapi dia  sengaja mengalihkan cerita. Saya yang sudah tidak dapat bersabar terus  mengarahkannya mengemas pakaian dan memberitahu bahawa kami akan pulang  ke rumah ibu bapanya pada hari itu juga. Isteri saya terkejut dengan  tindakan saya. Kemudian dia mula menanyakan berbagai soalan.Dari nada  suaranya saya tahu, dia sedang dalam keresahan. Dia takut saya dapat  menghidu perbuatannya. Saya terpaksa meninggikan suara akibat terdorong  rasa marah yang teramat sangat. Tak pernah saya bersikap sebegitu  selepas kawin cuma pada hari bersejarah itulah saya bertukar rupa  sebentar. Kemudian saya meminta anak saya mengemas pakaiannya dan  memberitahu bahawa kami akan pulang ke kampung. Bukan main gembira anak  saya, dapat berjumpa atuk dan neneknya yang dirindui. Tetapi hati saya  menjadi sebak melihat telatah anak saya. Seorang anak kecil yang mash  tidak mengerti erti hidup. Anak saya seakan mengetahui hati saya.  Tiba-tiba dia berhenti melompat kegirangan dan dia terus menuju kepada  saya sambil bertanya kenapa dengan saya. Kenapa saya nampak sedih. Saya  berkata saya letih tetapi anak saya kata saya tipu. Dia seboleh-boleh  minta saya beritahunya kenapa perwatakan saya tidak seperti biasa.
Saya menjadi teramat sebak. Seorang anak  kecil menjadi terlalu perihatin dengan papanya. Mengalir air mata saya.  Saya peluk anak saya, saya cium dia. Saya beritahu dia bahawa nanti  bila sampai rumah atuk dia akan tahu. Anak saya hanya mengangguk dan  terus masuk kebiliknya mengemas pakaian selepas diminta oleh saya. Dalam  perjalanan kami tidak banyak berbual. Saya hanya menumpukan perhatian  pada jalan raya dan hilang selera saya untuk berbual bersama isteri.  Isteri saya tidak habis-habis bertanyakan kenapa saya membisu dan tidak  banyak bercakap. Tetapi saya hanya diam. Cuma celoteh anak saya yang  membuatkan saya kadang-kadang tertawa kecil. Sampai di rumah mertua  saya, mereka sungguh gembira melihat anak, menantu dan cucunya pulang.  Terasa seperti tidak sampai hati untuk saya meluahkan apa yang terbuku  di hati saya kepada mereka. Sehinggalah pada keesokkannya, selepas solat  zohor saya meminta kedua-dua mertua saya dan isteri saya duduk di ruang  tamu untuk membincangkan satu perkara. Isteri saya kelihatan tenang dan  saya tahu, itu hanyalah luaran sahaja, sedangkan hatinya lebih  berkecamuk dari apa yang saya alami sekarang. Saya suruh anak saya masuk  ke bilik mak usunya bermain komputer bersama mak usunya. Kemudian bapa  mertua saya bertanya, apakah hajat sebenarnya saya memanggil mereka.  Apakah perkara yang hendak dibincangkan. Saya seperti hendak menangis  ketika saya bertanyakan kepada mereka, apakah pendapat mereka jika saya  pulangkan kembali isteri saya kepada mereka.
Mereka terkejut, begitu juga isteri  saya. Kemudian mereka bertanya, apakah salah anak mereka sehingga saya  ingin mengambil keputusan sebegitu rupa. Begitu berat saya hendak  meluahkan. Saya terdiam tidak terkata. Setelah berkali-kali dihujani  soalan kenapa dan mengapa, akhirnya saya mengatakan bahawa isteri saya  sudah ada yang lain dan telah pun berzina dengan disaksikan oleh mata  saya sendiri.
Mengucap panjang mertua saya. Mereka terus bertanyakan kepada isteri saya. Isteri saya menafikan sesungguh-sungguhnya sambil memeluk ibunya. Tidak cukup dengan itu, isteri saya terus mengatakan bahawa saya kuat cemburu dan mengatakan dia memang selalu pulang lewat malam tetapi atas urusan tugas, bukan bermesra dengan orang lain. Mertua saya bertanyakan soalan bertalu-talu kepada saya dan isteri saya sehinggalah saya sudah tidak dapat bersabar terus saya pergi ke kereta, mengambil CD dan saya pasangkannya di VCD player yang terletak di ruang tamu.
Mertua saya mengucap tidak henti-henti  setelah melihat apa yang ditayangkan dihadapan mata mereka. Rakaman  kecurangan anak mereka bermain di hadapan mata mereka. Isteri saya hanya  menundukkan kepala sambil menangis teresak-esak. Kemudian isteri saya  bangun mendapatkan saya dan dipeluknya kaki saya sambil meraung-raung  meminta ampun dan berjanji untuk tidak mengulangi perbuatannya itu.Pada  ketika itu, saya tidak sedar anak saya dan adik ipar saya keluar  daripada bilik akibat terdengar raungan isteri saya. Mereka terus ke  ruang tamu tanpa kami sedari dan mereka melihat tayangan kecurangan  isteri saya. Kemudian saya terdengar suara anak saya bertanyakan kenapa  mamanya memeluk lelaki lain dan bukan papanya di dalam television itu  dan kenapa mamanya memberi lelaki itu memegang buah dadanya.
Saya yang menyedari anak saya berada di  ruang tamu dengan pantas menutup television. Saya lihat wajah anak saya  yang kehairanan akibat terlihat tayangan tersebut dan juga setelah  melihat mamanya meraung-raung dikaki saya. Wajah adik ipar saya juga  dalam keadaan terkejut. Tangannya menutup mulutnya dengan matanya yang  terbeliak akibat terkejut setelah mengetahui perbuatan kakaknya itu.  Terus sahaja diamenarik tangan anak saya masuk ke bilik. Kedua-dua  mertua saya tidak dapat berkata walau sepatah kata pun.Seminggu selepas  kejadian itu, saya dan isteri saya pergi ke mahkamah syariah dan memohon  perceraian. Selepas perbicaraan dan bukti-bukti yang kukuh, saya  mendapat hak penjagaan anak saya.Kemudian saya meminta bekas isteri saya  supaya menikah dengan lelaki yang saya nampak pada hari itu dengan  disaksikan oleh hakim dan orang-orang pejabat agama.
Selepas kejadian itu, saya tinggal  bersama anak saya dan sebulan sekali bekas isteri saya datang melawat  anaknya. Sehinggalah selepas beberapa bulan, saya tidak nampak lagi  batang hidungnya menjengok anaknya dan dari cerita yang saya dengar dari  orang-orang tempat dia bertugas, selepas bekas isteri saya berkahwin  dengan lelaki tersebut, dia memakan hati kerana lelaki tersebut ada  hubungan sulit dengan perempuan lain. Mungkin itulah balasan Allah  kepadanya. Sehinggalah pada hari raya puasa yang lalu, saya berziarah ke  rumah bekas mertua saya atas desakan anak saya. Di sana saya berpeluang  berjumpa dengan bekas isteri saya. Saya lihat, dirinya tidak lagi  seperti dahulu. Tubuh yang dahulunya montok dan menawan kini semakin  kering. Dari wajahnya saya tahu bahawa dia memang benar-benar makan hati  dengan suami barunya yang dicintai dan diberahikan itu.
Tapi hati saya sudah tertutup rapat  untuk menerimanya lagi. Saya lihat suami barunya agak tampan tetapi  umurnya masih muda jika nak dibandingkan dengan isteri saya. Biarlah,  Allah sudah pun temukan mereka berdua. Bahagia atau tidak itu bukan  kerja saya, itu kerja tuhan. Yang penting, saya kini memulakan hidup  baru dengan anak kesayangan saya. Dialah harta yang tidak ternilai untuk  saya di dunia dan akhirat. Saya akan pastikan anak saya melalui jalan  hidup yang betul agar hidupnya tidak menyimpang daripada ajaran Allah  yang sebenar.
