Sunday, July 28, 2013

Buat dosa dalam kereta peronda

Buat dosa dalam kereta peronda





ISHAK diiring keluar dari Mahkamah Sesyen semalam.



KOTA BHARU – Perbuatan keji seorang pegawai polis berpangkat Cif Inspektor yang mencabul kehormatan seorang gadis berusia 15 tahun dan memaksanya melakukan seks oral di dalam kereta peronda berbalas apabila dia dihukum penjara 14 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam.

Hakim Azman Mustapha menjatuhkan hukuman tersebut selepas mendapati Ishak Mahmud, 49, dari Kampung Kelubi, Pasir Puteh bersalah di atas kedua-dua pertuduhan tersebut yang dilakukannya kira-kira empat tahun lalu.

“Saya mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan, dengan itu tertuduh didapati bersalah untuk kedua-dua pertuduhan,” kata Azman.


 

Monday, July 1, 2013

Panduan memasuki Singapura

Berikut dinyatakan beberapa langkah yang perlu diambil sebelum dan selepas memasuki Singapura

1). Passport
 
- pastikan passport anda masih sah tarikh tamatnya


2).Sila isi Borang Putih


 
 
- ruang Full Name sila isi nama anda sama seperti dalam passport
- jantina
- no.passport
- tempat passport anda dikeluarkan (cth.kuala lumpur, utc sentul, putrajaya)
- tarikh tamat passport anda
- negara kelahiran anda (malaysia)
- no.kad pengenalan (bagi warganegara malaysia shj)
- tanda tick sekiranya and rakyat malaysia
- no. kenderaan yg anda bawa
- alamat tempat tinggal anda (bandar, negeri, negara)
- bandar terakhir sblm ke singapura (cth.kuala lumpur)
- bandar seterusnya slps ke singapura (cth.kuala lumpur)
- alamat anda semasa di singapura
- bilangan hari tinggal di singapura
- tandakan no sekiranya anda tidak mengunjungi afrika/afrika selatan dlm tempoh enam hari
- tandakan no sekiranya anda tidak menggunakan nama lain
- tandakan no sekiranya anda tidak dilarang utk mengunjungi singapura(blacklist)
- tandatangan anda
- sila letakan borang ini didalam passport masing2 dan serahkan kepada imigresen.
 
4). Cukai Jalan (roadtax)
 

 
- pastikan cukai jalan kenderaan anda masih sah
 
3). Autopass
 
 
- anda dikehendaki mengisi borang permohonan autopass (bg yg pertama kali memasuki singapura)
- staff autopass biasanya orang melayu/india (mereka berbahasa melayu)
 
 


- dibeli selepas anda selesai urusan dengan imigresen & kastam singapura
- memandu kenderaan melalui redline yg disediakan
- meletakan kenderaan ditempat yang disediakan
- staff autopass akan merekod no.pendaftaran kenderaan anda
- harga daftar & kad S$10 dikenakan
- bayaran yg dikenakan S$6
- baki dalam kad S$4
- autopass boleh ditambah nilai di seven eleven berhampiran
- sila tambah nilai utk kemudahan parking kenderaan & bayaran imigresen


4). Jalan Raya

- pastikan anda memberikan keutamaan kpd pejalan kaki
- kenderaan boleh memotong disebelah kiri & kanan (di malaysia hanya dari arah kanan shj)
- di simpang 4 kenderaan boleh membelok ke kanan sekirnya tiada kenderaan   

Penyamun Labuhraya

CARI MAMAT INDIA NI DAN REPORT KEPADA POLIS!!!!!!

kenapa?
kronologi cerita begini ( PERISTIWA BERLAKU DI HIGHWAY KESAS ) :

... 1- saya memandu pulang dari KL ke Shah Alam melalui KESAS
2- seorang pamandu motor lalu di sebelah dan tunjuk isyarat tayar saya ada problem ( memandangkan sy teringat sebelum drive, tayar tersebut nmpk kempis, saya pun memberhentikan kereta )
3- india tersebut tunjuk tayar kereta berasap ( memang berasap, berkepul2 . saya pun cemas dibuatnya )
4- dia menyapa dan memperkenalkan dirinya Shamugan dari Honda Centre dan katanya brake tayar sy problem ( tanpa fikir panjang, dia minta sy ikut, dan cari kawasan selamat untuk diperiksa )
5- dia periksa sedikit, dan kata, dia kena panggil member dr honda juga untuk periksa dan lakukan pembaikan di situ juga ( lalu dia call kwnnya )

beberapa minit kemudian..

1- rakannya tiba ( imej dalam gmbr )
2- katanya calliper brake kena tukar
3- dia pergi ambil barang dan call tanya saya total harga RM 1580
4- dlm keadaan cemas, sy konfirmkan saja
5- call bapa saya, dan diminta supaya call produa
6- sy call perodua, perodua kata jangan buat apa2 pembaikan atau tiada guarantee lg nt.
7- sy minta si india td cancel dan pulang balik barang yang diambil
8- india tersbut marah dan minta juga sy bayar harga barang
9- sy minta mereka pasang semula , then baru sy perasan yang brake sy da tiada
10- mereka kata barang ada di kedai ( yang dorg amek spare part td )
11- sy minta mereka pulang balik, then baru sy bayar harga barang yg diambil
12- mereka berlalu dan minta sy tunggu , tetapi hampir sejam tidak muncul
13- tow truck dari perodua sampai membantu
14- setelah diperiksa, katanya tayar sy disimbah asid.

kereta di bawa ke Perodua Balakong , tetapi malang lagi kena tinggal kereta memandangkan stock calliper brake perodua tiada stock di seluruh malaysia kerana barang tersebut mmg susah rosak.

taktik yang digunakan :

- dia panggil kawan satu lg dtg, tp sy perlu menyamar kata sebagai jiran rumah memandangkan waktu bekerja, kononnya honda tak bagi keluar dan juga xbg tlg org tepi jalan

- bila peronda KESAS dtg, sy kena kata sy call pomen dan dia adalah pomen saya

- katanya tukar disitu juga dan kemudian amek resit dan klaim pada perodua tetapi pihak perodua pesan ( APA2 PEMBAIKPULIHAN DILUAR DARI PRODUA CENTER ADALAH DIBAWAH TANGGUNGAN PELANGGAN DAN WARRANTY TIDAK DAPAT DIGUNAKAN )


mereka ada 2 orang,

1- yang tegur tayar sy problem nama yang diberitahu Shamugan
2- kwnnya yg dtg ttbe nama yang diberitahu, Ramesh

laporan polis telah di buat di balai polis balakong, cuma minta bantuan kepada anda semua untuk sebarkan imej ini supaya beliau dapat ditahan oleh pihak berkuasa supaya tidak terjadi kepada orang lain juga..

sebarkan........ * berlaku pada diri saya - ainuddin hata - harap jadi pengajaran pada saya dan tidak terkena pada yang lain....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...