Wednesday, December 3, 2014

Negro cuba bunuh pegawai polis


KUALA LUMPUR – Dua pelajar kolej swasta warga Nigeria didakwa di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan cuba membunuh seorang pegawai polis berpangkat Inspektor dua minggu lalu.
Calicutus Ezewezie dan Okolo Chukwu Ebuka Andrew yang masing-masing berumur 27 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan setelah pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zainol Rashid Hussain.
Mereka berdua didakwa berniat cuba membunuh Inspektor Ruslan Ab. Rashid dengan melanggar menggunakan kereta Perodua Myvi bernombor pendaftaran WQD 6011 yang boleh menyebabkan kematian di hadapan pasar raya besar Aeon Big, Jalan Metro Perdana, dekat Kepong pada pukul 7.20 malam, 20 November lalu.
Kedua-dua tertuduh itu didakwa di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara 10 tahun dan denda.

Thursday, September 4, 2014

Dapat pampasan $300K akibat ditembak P O L I S

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memerintahkan kerajaan Malaysia dan pegawai polis yang terlibat dalam kes tembakan Norizan Salleh pada 2009 membayar ganti rugi tauladan RM200,000 dan 2 ganti rugi lain berjumlah RM100,000. 

Norizan Salleh hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini untuk mendengar keputusan mahkamah berhubung kes beliau ditembak polis pada 2009

Hakim Datuk Hue Siew Kheng berkata tuntutan ganti rugi yang dikenakan adalah sebagai pengajaran kepada penjawat awam terutamanya anggota polis supaya tidak sewenang-wenangnya dalam menjalankan tugas. Peguam yang mewakili Norizan, N Surendran berkata, ini adalah kes pertama membabitkan pihak yang ditembak polis berjaya mendapat pembelaan di mahkamah. "Mahkamah menganugerahkan RM50,000 untuk kerosakan umum, penderitaan kesakitan dan lain-lain. RM50,000 lagi untuk serangan dan keganasan. "Biaya perubatan RM18,260 dan yang terpenting mahkamah menghantar mesej jelas kepada polis untuk tidak bertindak sewenang-wenangnya terhadap individu," katanya kepada media di luar kamar mahkamah. 

Norizan, 34, memfailkan tuntutan saman pada Oktober 2012 dengan menamakan kerajaan Malaysia, ketua polis daerah Sentul, ketua polis negara dan seorang pegawai polis sebagai defendan selepas mangsa tembakan polis tersebut gagal mendapat pembelaan hampir 3 tahun. Norizan mendakwa dia menerima lima tembakan dan dalam tuntutannya menuduh pihak polis melanggar garis panduan operasi (SOP) apabila menembak dari belakang kereta dalam kejadian pada 30 Oktober 2009. Surendran berkata keputusan mahkamah hari ini perlu dijadikan pengajaran kepada pihak polis kerana kes seperti ini bukan hanya berlaku kepada Norizan di negara ini. Katanya, pegawai polis yang terlibat kejadian tembak menembak dan melakukan keganasan dalam kes itu perlu dibawa ke muka pengadilan selain prosedur penggunaan senjata api polis perlu dikaji semula.

"Apa yang menarik, mahkamah berkata tindakan polis melepaskan tembakan berulang kali tidak munasabah. Kami berharap pihak polis mengamati keputusan kes ini dan perlu satu kajian kepada prosedur dalam penggunaan senjata api. "Penghakiman ini menjadi rujukan kerana tiada keputusan seperti kes ini pernah dibuat dalam negara setakat ini. Ini kali pertama. "Apa yang menjadi persoalan, tiada pegawai polis yang didakwa terhadap apa yang berlaku kepada Norizan. Kami mengulangi gesaan untuk terus diadakan siasatan jenayah terhadap polis terlibat," katanya.
Sementara itu, Norizan yang ditemui media sangat gembira dengan keputusan mahkamah hari ini sekaligus membersihkan namanya di kalangan masyarakat. Katanya, walaupun tidak dapat mengheret anggota polis yang terlibat ke muka pengadilan, namun keputusan hari ini membuktikan anggota berkenaan bersalah. "Saya sangat bersyukur sebab ia membuktikan selama ini yang saya tak bersalah. Selama ini banyak orang bercakap benda negatif yang salah tetapi hari ini saya dapat buktikan saya tak bersalah dalam kes ini. "Ahli keluarga saya selalu mendoakan dan terima kasih kepada peguam saya yang banyak bekerja keras.

"Kalau boleh polis yang sepak dan tendang saya tu, saya nak dia ditangkap dan dibawa ke muka pengadilan tetapi hari ini membuktikan mereka salah walaupun saya tak mampu menghukum perbuatan mereka kepada saya. Di mata orang ramai, saya tak bersalah," katanya. Surendran berkata beliau gembira kerana selepas ditembak berulang kali oleh pihak polis, Norizan masih mampu berjuang menuntut keadilan bagi pihak dirinya. Katanya, kes itu akan menjadi saksi perjuangan rakyat menuntut keadilan dan ia sebagai lambang kejayaan rakyat Malaysia. "Ditembak lima kali, Norizan hampir mati pada hari itu. Saya gembira dia masih di sini dan mendapat kemenangan untuk semua rakyat Malaysia. "Dia juga sudah mempunyai anak. Ini kisah rakyat Malaysia mendapat keadilan," katanya.

Menurut fakta kes, dalam kejadian sekitar jam 3 pagi, Norizan duduk di kerusi belakang kereta Proton Perdana bersama empat orang rakan dalam perjalanan pulang ke rumah di Segambut, Kuala lumpur. Ketika melalui lebuh raya MRR2, sebuah kereta MPV memintas dari sebelah kiri dan melepaskan tembakan dengan pistol ke arah keretanya. Peluru menembusi kereta yang dinaiki dengan lima tembakan mengenai dirinya, salah satunya terkena pada dada sehingga darah mengalir tanpa henti. Norizan cuba meminta tolong tetapi dibalas pula dengan tendangan polis dan kemudian belakangnya dipijak hingga mengakibatkan dua tulung rusuknya retak.

Norizan kemudian dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dirawat dan empat hari kemudian (4 November 2009) dihantar ke Institut Jantung Negara. Selepas dibenar keluar, Norizan dikehendaki membayar RM20,000 kos rawatan dan bukannya pegawai polis yang mencederakannya atas alasan Norizan ditimpa kemalangan jalan raya. Malangnya, Norizan tidak mendapat pengadilan malah Penolong Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Mohd Kamaruddin Md Din pada waktu itu dalam satu kenyataan memutuskan tiada sebarang pertuduhan terhadap pegawai polis yang terbabit dalam kejadian tersebut. – 4 September, 2014.

Wednesday, August 27, 2014

Model hanya kena denda RM400 ... Sahaja !

IPOH – Perlakuan memalukan sepasang model yang beraksi dalam keadaan separuh bogel semasa sesi fotografi di Jalan Sultan Yussuf di sini pada 25 Ogos lalu mengundang padah apabila masing-masing didenda RM400 atau penjara satu bulan oleh Mahkamah Majistret di sini semalam.

Kedua-dua tertuduh, How Jo Yee, 21, dan Low Kah Wai, 27, dijatuhi hukuman itu selepas mengaku bersalah sebaik sahaja pertuduhan terhadap mereka dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Haslinda A. Raof.
Mengikut pertuduhan, tertuduh yang masing-masing beralamat di Marang, Terengganu dan Petaling Jaya, Selangor itu didakwa melakukan kesalahan menyebabkan kegusaran am kepada awam berhampiran lampu isyarat Jalan Sultan Yussuf di hadapan Bank CIMB di sini, kira-kira pukul 9 pagi pada 25 Ogos lalu.

Wednesday, August 20, 2014

Thursday, August 14, 2014

Padah aib anggota polis



BALIK PULAU – Gara-gara menulis perkataan lucah pada kertas saman polis, seorang buruh dijatuhi hukuman penjara selama tujuh hari selain didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam.
Majistret Diannee Ningrad Nor Azhar menjatuhkan hukuman berkenaan selepas tertuduh, Lim Pei Jye, 41, mengaku salah ke atas pertuduhan yang disabitkan terhadapnya itu.
Mengikut pertuduhan, Pei Jye didakwa mengeluarkan perkataan atau isyarat lucah pada buku saman yang diberikan kepadanya untuk ditandatangani dengan maksud mengaibkan kehormatan seorang anggota polis, S. Thanesan.
Lelaki tersebut dituduh melakukan perbuatan itu di hadapan sebuah kafe di Jalan Batu Ferringhi dekat sini ketika ditahan dan disaman kerana melanggar lampu isyarat pada pukul 9.50 pagi, 2 Julai lalu.

Monday, July 21, 2014

Padah Seorang Lelaki Akibat Sengaja Siku Dada 2 Gadis Di Bazar Ramadhan

Padah Seorang Lelaki Akibat Sengaja Siku Dada 2 Gadis Di Bazar Ramadhan - Seorang perkerja  buruh dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuantan semalam atas dua tuduhan mencabul gadis ketika berada di tapak Bazar Ramadan Jalan Mahkota di sini, 15 Julai lalu.


Tertuduh, Malik Sarman, 46, mengaku bersalah bagi kedua-dua tuduhan sebelum dijatuhkan hukuman penjara selama dua minggu dan didenda RM1,000 atau penjara tiga minggu bagi setiap pertuduhan.

Bagaimanapun, hukuman penjara yang dihadapi berjalan serentak bermula dari tarikh dia ditangkap.

Berdasarkan pertuduhan dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Farahah Mohd Nazari, tertuduh didakwa melakukan kekerasan jenayah mencabul dua gadis berusia 24 dan 18 tahun dengan menyiku buah dada mangsa tanpa kerelaan.

Perbuatan nakal yang dilakukan terhadap kedua-dua gadis itu berlaku serentak kira-kira jam 7.15 petang.

Tertuduh dihadapkan ke mahkamah semalam bagi menghadapi tuduhan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau dengan sebatan atau dua daripada hukuman tersebut.

Sunday, May 25, 2014

Rogol rakan sekampung




KOTA BHARU - Dua remaja dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan merogol seorang gadis berusia 15 tahun di sebuah rumah di Kampung Huda di sini dua tahun lalu.
Kedua-dua tertuduh, Nik Faiz Faisal Nik Azizi, 19, dan Wan Mohamad Zul Hilmi Wan Rosni, 18, yang dihadapkan secara berasingan di hadapan Hakim Mohd. Yusoff Yunus bagaimanapun tidak mengaku bersalah.
Kedua-duanya didakwa merogol mangsa sama yang pada masa itu berumur 15 tahun 7 bulan tanpa kerelaan mangsa di sebuah rumah di Kampung Huda, di sini antara pukul 9.30 malam hingga 10.30 malam 15 September 2012.


Sunday, February 23, 2014

Bunuh mangsa sebelum rompak




 

SEREMBAN – Seorang warga emas yang bekerja sebagai juruwang di sebuah stesen minyak Petron dekat Taman Bukit Emas di sini maut ditikam perompak yang menyamun wang RM1,500 dari premis itu malam kelmarin.

Dalam kejadian pukul 8.50 malam, Aris Sulaiman, 64, yang telah enam tahun bekerja di stesen minyak itu mati di kaunter wang selepas terkena tiga kali tikaman di dadanya. Sebelum kejadian, Aris yang bekerja syif pukul 3 petang hingga 11 malam berada seorang diri di kaunter tersebut sebelum dia kemudian didatangi seorang pemuda bertopi keledar dan berjaket yang berpura-pura membeli sekotak air minuman.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...