Tuesday, October 16, 2012

Tembak Menembak di KELANTAN



Penjenayah tegar mati ditembak
1 November 2012



ANGGOTA polis memeriksa tempat Zawa mati ditembak di Machang semalam.



MACHANG - Pemburuan polis ke atas seorang penjenayah yang mencederakan seorang anggota polis di Paloh, Gua Musang kelmarin berakhir apabila dia mati dalam kejadian berbalas tembak selepas dihambat sejauh kira-kira 98 kilometer (km) semalam. Penjenayah paling dikehendaki yang juga ketua geng curi kereta, Zawa Abd. Halim, 34, dari Pasir Mas yang mempunyai sembilan rekod jenayah lampau tersungkur pada pukul 7.30 pagi selepas terkena beberapa das tembakan di Kilometer 45 Jalan Kota Bharu-Kuala Krai berhampiran Kampung Kemuning di sini.

Dalam kejadian itu, seorang anggota polis, Koperal Mat Raduan Mat Hassan, 50, turut cedera di tangan dan rusuk kanan selepas terkena tembakan yang dilepaskan Zawa. Kejadian mendebarkan itu berlaku apabila Zawa bertindak merampas sebuah kereta Perodua Myvi milik sepasang suami isteri di sebuah masjid di Paloh pada pukul 6 pagi sebaik keluar dari kawasan persembunyiannya di sebuah ladang kelapa sawit berdekatan. Dia bersembunyi selepas menembak seorang anggota polis, Lans Koperal Muhammad Shamsul Anuar Muhammad Adnan, 27, yang cuba mengejarnya dalam kejadian pukul 1 pagi kelmarin.


__________________________________________________________________________________

‘Aku nak kereta!’

 
KAWAL...anggota polis mengawal tempat kejadian, semalam.

KAWAL...anggota polis mengawal tempat kejadian, semalam.
 
MACHANG: “Aku nak kereta, kalau tak aku tembak!,” kata seorang penjenayah paling dikehendaki polis sambil mengacukan pistol di leher Siti Norhafizah Omar, 27, sebelum melarikan kereta Perodua Myvi bersama anak lelakinya berusia setahun lima bulan dalam kejadian berhampiran Masjid Kampung Paloh, Gua Musang, awal pagi semalam. Penjenayah itu, Zawa Abdul Halim, 34, dalam buruan polis berkaitan kejadian tembak di Paloh, kelmarin dan beberapa jam kemudian dia ditembak mati selepas berbalas tembakan dengan anggota polis di Kilometer 45, Kampung Kemuning, di sini, jam 7.30 pagi semalam.
Biarpun dilarikan 100 kilometer (km) dan berada dalam kereta ketika berlaku kejadian berbalas tembakan, anak Siti Norhafizah, Mohd Haikal Harraz Hasrizal terselamat tanpa kecederaan. Selepas dikejar polis, Zawa yang terbabit samun, curi kereta, pecah rumah dan pengedaran dadah, terbabas apabila Perodua Myvi dicurinya itu terlanggar pembahagi jalan. Bagaimanapun, ketika keluar dari kereta dia melepaskan beberapa das tembakan ke arah sekumpulan anggota polis dan satu daripadanya mengenai tangan dan rusuk kanan Koperal Mat Raduan Mat Hassan, 50, yang kemudian dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).




Penyamun kempunan tercicir gelang emas

FATIMAH menunjukkan gelang emasnya yang gagal dilarikan oleh penyamundi kedainya di Kota Bharu semalam.

KOTA BHARU - Empat penyamun bersenjatakan pistol berputih mata apabila gagal melarikan seutas gelang emas kepunyaan pemilik sebuah kedai runcit dalam kejadian samun di Kampung Pantai Sabak, Pengkalan Chepa di sini kelmarin.
Kejadian pukul 8 malam itu berlaku apabila dua daripada empat suspek yang memakai topi itu masuk ke dalam kedai berkenaan dan berpura-pura membeli minuman.

Mereka kemudian tiba-tiba merentap gelang tangan mangsa, Fatimah Hussin, 50, yang ketika itu berada di kaunter kedai tersebut. Cerita Fatimah, dia terkejut dengan tindakan lelaki itu manakala seorang lagi lelaki mengeluarkan sepucuk pistol dan mengarahkannya supaya mendiamkan diri.

"Saya tidak endahkan amaran mereka lalu menjerit dan menyebabkan anak lelaki saya, Che Mohd. Fakaruddin Che Abdul Aziz, 19, yang berada di dalam kedai meluru keluar ke arah kami. "Menyedari keadaan itu, kesemua lelaki tersebut bergegas keluar dan sempat melepaskan tembakan ke udara sebelum melarikan diri dengan kereta Perodua Myvi," katanya di sini semalam.
 
 

______________________________________________________

Pemuda Siam cedera ditembak

 





KERETA Proton Waja dinaiki suspek ditahan selepas dikejar di Jalan Yaakobiah, Kota Bharu kelmarin.



KOTA BHARU - Seorang pemuda Siam cedera selepas terkena tiga das tembakan ketika mengisi minyak di sebuah stesen minyak di Jalan Kebun Sultan di sini malam kelmarin. Dalam kejadian pada pukul 7.35 malam, mangsa Samnuan Sunnuan, 21, cedera di bahagian kanan kepala dan lengan kanan. Dia kemudian dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII). Mangsa kini berada dalam keadaan stabil.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, sebelum kejadian, Samnuan yang mengisi minyak kereta Perodua Myvi miliknya tiba-tiba dihampiri sebuah kereta Proton Waja yang dinaiki tiga lelaki. "Salah seorang lelaki dari kereta Proton Waja turun dari kenderaannya lalu melepaskan tembakan ke arah mangsa," kata beliau


Lelaki Siam cedera ditembak 3 das
16 Oktober 2012
Lelaki Siam cedera ditembak 3 das
Kereta jenis Proton Wira dinaiki Ong Sok Cha pecah cermin sisi selepas terkena tempias tembakan dalam kejadian malam tadi.
 
KOTA BHARU - Seorang lelaki Siam cedera di bahagian kepala dan lengan selepas ditembak dengan tiga das dalam kejadian di stesen minyak Jalan Kebun Sultan, di sini, malam tadi.
Bagaimanapun mangsa dilaporkan stabil dan kini ditempatkan di wad Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II). Kejadian kira-kira jam 7.30 malam itu berlaku ketika mangsa, Samnuan Sunnuan, bersama rakannya menaiki kenderaan jenis Myvi singgah di stesen berkenaan untuk mengisi minyak kenderaan itu.

Dipercayai ketika Samnuan berada di luar, seorang lelaki menghampiri kereta berkenaan dan masuk ke dalamnya sehingga menyebabkan rakannya yang berada di dalam kereta melarikan diri.
Seorang saksi, Ong Sok Cha, berkata, kejadian berlaku ketika dia bersama dua rakannya sampai di kawasan itu untuk mengisi minyak di sebelah kenderaan itu. “Saya tidak nampak kelibat lelaki yang melepaskan tembakan itu, cuma saya dengar bunyi tiga das tembakan dan kami bertiga dalam kereta terus lari menyelamatkan diri.

“Akibat kejadian itu, kereta milik suami turut pecah cermin di bahagian sisi pemandu,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, melihatkan tindakan lelaki itu, Samnuan cuba menghalang lelaki terbabit masuk ke dalam kereta dan menyebabkan suspek melepaskan tiga das tembakan dan terus melarikan diri dengan kereta Myvi terbabit. “Dipercayai lelaki berkenaan datang dengan kereta jenis Waja yang dinaiki dua lagi suspek ke kawasan itu.
“Ekoran kejadian itu, Ops tutup dilancarkan serta merta dan kesemua kenderaan MPV polis serta bahagian anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) diarahkan mengesan suspek dan kenderaan jenis Proton Waja berjaya dijumpai di Jalan Yaakobiah pada malam itu juga,” katanya.

Jalaluddin berkata, berlaku adegan kejar mengejar dengan kenderaan Waja berkenaan yang dipercayai menggunakan nombor pendaftaran palsu yang dipercayai hilang di Tanah Merah.
“Akibat takut dikepong polis, suspek yang menaiki kereta itu melanggar lima buah kenderaan dan cuba melanggar seorang anggota polis sehingga menyebabkan polis melepaskan satu das tembakan yang terkena pada bumper kereta. “Dua suspek dalam kereta itu cuba meloloskan diri namun cubaan mereka tidak berjaya dan dapat ditahan,” katanya. Beliau berkata, siasatan awal mendapati tiga suspek terlibat dan lelaki yang melarikan Myvi itu masih bebas dan dipercayai punca kejadian mempunyai kaitan dengan hutang dadah.

“Setakat ini usaha mengesan suspek masih diteruskan dan kes disiasat di bawah seksyen 3 FIPA 1971,” katanya. Dalam pada itu, dua suspek terbabit dalam kes tersebut dikenakan perintah tahanan reman selama tujuh hari oleh Mahkamah Kota Bharu di sini, semalam. Perintah keluarkan Timbalan Pendaftar Mahkamah Sesyen, Rozita Md Saad. Kedua suspek berusia 25 dan 22 tahun itu ditahan reman bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971. Reman kedua-duanya berkuat kuasa hari ini.


*** Kejadian di shell jalan kebun sultan..seorg lelaki berbangsa cino mati..difahamkan mangsa adalah pemilik kenderaan Myvi putih yg cuba dilarikan oleh penjenayah dan terkena tembakan penjenayah. Penjenayah dikejar oleh pihak polis sehingga ke Jalan Sultan Yahya dan berbalas tembakan disitu...setakat tu jah info yg admin dapat..

Monday, October 15, 2012

Bajet 2013 Kelantan

Bajet 2013 Kelantan
15 Oktober 2012
Bajet 2013 BARU
KOTA BHARU - Kelantan hari ini membentangkan Bajet 2013 dengan memasukkan hasil royalti yang kini dituntut sebanyak RM200 juta, sebagai perolehan Kerajaan Negeri.

Pembentangan bajet yang bertemakan “Bajet Negeri Berkebajikan” dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa yang mewakili Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Husam ketika mengumumkan perkara itu berkata, Bajet 2013 merupakan belanjawan lebihan di mana perolehan yang dianggarkan bakal diperolehi berjumlah RM535.95 juta iaitu lebihan sebanyak RM45.83 juta.

“Dalam Belanjawan ini kerajaan memutuskan untuk memasukkan RM200 juta sebagai pendapatan daripada Petroleum. Sebelum ini, ianya diletakkan sebagai ‘token’ sebanyak RM10.

“Ini bertujuan melonjakkan lagi harapan kerajaan dan rakyat Kelantan untuk mendapatkan hak mereka serta meletakkan tiang pacak bahawa Kelantan berhak terhadap pengeluaran gas khususnya di Telaga Kamelia yang memulakan pengeluaran Mac 2013,” katanya.



 Husam berkata, medan ini sepenuhnya berada dalam Block 301 yang paling hampir dengan pantai Kelantan dan pengeluaran tahunannya sebanyak 110,000 kaki padu gas setahun.

Untuk rekod, tuntutan royalti yang berbilion kini sedang dibicarakan di Mahkamah Persekutuan Putrajaya.

Dalam pada itu, Husam berkata, hasil tanah merupakan penyumbang kedua terbesar dengan jumlah RM124.47 juta atau 21.40 peratus daripada keseluruhan jumlah hasil.

“Hasil tanah meliputi pungutan cukai Tanah sebanyak RM37.49 juta, premium Tanah RM45.0 juta, Bayaran Pendaftaran RM6.0 juta serta Bayaran Gadaian sebanyak RM3.84 juta,” katanya.


_____________________________________________________________________________

Untuk rekod Kerajaan Pas Kelantan menganggarkan perolehan hasil berjumlah RM430.27 juta bag tahun 2012.

Sunday, October 14, 2012

Pengulas sukan yg tidak profesional




Aku melihat perlawanan bola sepak semi final Piala Malaysia diantara Kelantan VS Selangor tempoh hari, mendengar kepada suara pengulas perlawanan tersebut amat menyedihkan aku. Macam ni nak jadi seorang pengulas yang professional? Sesama bangsa pon nak di beza-bezakan. Melayu oh melayu, kesian korang ni. Dah bekerja dan mempunyai pengalaman berkurun lama tapi metaliti tetap tidak berubah.

Ini lah dia pengulas sukan pada malam itu..

yang sorang ni namanya Hasbullah Awang



yang sorang lagi ni Zainal..bin ape ntah



Korang patut pegi training kat luar negara, tak boleh training dalam negara sebab nanti korang akan mencampur adukan kerja dan politik. Tiada semangat kesukanan langsung macam mane bangsa melayu nak maju kalau mentaliti korang macam ni. Walaupun kelantan negari yang diperintah oleh PAS (pembangkang) korang tak payah la nak campuradukan sukan dengan politik. Sukan sukan la, politik politik la bro.

Ni tidak walaupun selangor main tak bagus ulasan korang bukan main lagi ye, macam pemainan kelantan ni teruk sangat. Sedih aku tengok pengulas sukan macam korang ni tak  boleh dipanggil pengulas yang professional lagi.


 
 
 


 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...