Sunday, April 3, 2011

Tambang haji kali pertama kekal


Tambang untuk menunaikan fardu haji di Tanah Suci bagi mereka yang pertama kali terpilih untuk mengerjakan ibadat itu pada tahun ini kekal sama seperti tahun lepas iaitu sebanyak RM9,980 seorang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, kerajaan tidak menaikkan tambangnya walaupun kos sebenar meningkat berikutan kenaikan harga minyak dan pengurusan jemaah di Mekah dan Madinah serta syarat baru yang dikenakan oleh kerajaan Arab Saudi.

"Pelbagai perkara dan pertimbangan diambil kira untuk mengekalkan kos ini terutama untuk menjaga kebajikan jemaah yang setia dan lama menunggu giliran yang berumur lebih 75 tahun serta pertimbangan prestasi dan keuntungan TH tahun lepas," katanya di sini semalam.

Jamil Khir berkata, subsidi untuk seorang jemaah tahun ini adalah sebanyak RM4,360 berbanding RM3,060 tahun lepas.

Namun, menurut beliau, bagi jemaah yang menunaikan ibadat haji bagi kali kedua, mereka dikenakan kos sebenar iaitu tanpa subsidi.

Wednesday, March 30, 2011

Solat Sunat DHUHA

1) Bilangan rakaat : 2 hingga 12 rakaat (2 rakaat 1 salam)

2) Waktu : Pagi anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi

Niatnya:








Persoalan Berkaitan Solat Dhuha


Assalamualaikum,

SOALAN 1

Saya telah pun mencuba dan terus menjadi amalan melakukan sembahyang sunat dhuha,tetapi apa yang saya rasa confuse ialah tentang surah yang sepatutnye baca dalam rakaat pertama dan kedua.Adakah 'ada surah yang wajib' dibaca atau tak kisah apa-apa surah pun...Sekarang ni saya hanya baca surah yang saya tahu saje,ikut panduan buku agama tetapi apabila saya membaca buku yang lain pulak ,dia ada nyatakan surah surah Ayatul Kursi tetapi perlu membaca 11 kali....Kenapa?

SOALAN 2

Saya pernah terlewat melakukan sembahyang dhuha , lagi 5 minit pukul 12 thg...,lalu saya teruskan juga.....
Apa yang saya ingin pastikan sampai pukul brapa sembahyang dhuha ini masih lagi boleh dilakukan...?

Terima kasih. Wassalam.

--------------------------------------------------------------------------------
Jawapan.

Solat sunat dhuha ialah solat di waktu pagi. Waktunya sesudah matahari terbit sehingga matahari di tangah-tengah langit (kira jam 12tgh). Dilakukan antara dua rakaat hingga lapan rakaat. Ada sebahagian kitab menyatakan sehingga 12 rakaat. Dari segi pembacaan di dalam solat sunat dhuha tiada wajib membaca surah-surah tertentu di dalam rakaat tersebut. Cuma kebiasaan yang dilakukan oleh para ulama iaitu pada rakaat pertama dibaca surah Fatihah dan surah Wasy-Syamsi atau surah Al-Kafirun. Manakala rakaat kedua dibaca Al-Fatihah dan surah Ad-Dhuha atau surah Al-Ikhlas.

Thursday, March 17, 2011

Victoria gagal jadi peguam Syarie



KUALA LUMPUR - Seorang wanita yang bukan beragama Islam semalam memperoleh kebenaran Mahkamah Tinggi Sivil di sini dalam usaha awalnya menjadi seorang peguam syarie di Wilayah Persekutuan.

Hakim Datuk Mohd. Zawawi Salleh membenarkan Victoria Jayaseele Martin mendapatkan semakan kehakiman untuk satu perintah mandamus (perintah mahkamah tinggi) bagi mendesak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menerimanya sebagai peguam syarie tanpa mengambil kira agamanya.

Hakim Mohd. Zawawi membuat keputusan itu dalam kamar selepas menolak bantahan awal Majlis Agama.

Victoria, 48, telah memfailkan permohonan semakan kehakiman dalam masa dua minggu. Tarikh bagi pendengaran belum ditetapkan.

Reflection : APA tujuan dia yang bkn islam BERMINAT SANGAT nak jadi peguam syarie nih? Sekarang nih dah tak ada keje sangat ke sampai nak join peguam syarie. Itu untuk orang islam jer. sebab nnt nak bicarakan isu2 dan kaitan dgn islam di mahkamah syariah. eh, dia nih mcm mo huru hara mahkamah jer. Dah tak ada orang ISlAM yang layak jadi peguam syarie ker?


Kenapa kita nak biarkan orang bukan islam campur tangan urusan undang2 agama kita. Sepatutnya peguam syarie hendaklah mempunyai pengetahuan syariah yang mendalam daripada aspek Usul Fiqh, Qawaid Fiqhiyyah, memahami Maqasid Syariah dan sebagainya. Kalaulah, orang bkn islam membela orang islam yang sudah menyeleweng nampaknya tiada apalah lagi undang2 syariah negara.


Kesudahanya...



KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) di sini semalam menolak permohonan seorang peguam wanita bukan Islam, Victoria Jayaseele Martin (gambar) untuk menjadi peguam syarie di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.

Hakim Datuk Rohana Yusuf menolak permohonan yang difailkan Victoria pada 19 Mei tahun lalu supaya semakan kehakiman dibuat bagi mencabar keputusan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang menolak permohonannya.

Rohana berkata, MAIWP mempunyai kuasa untuk mengeluarkan syarat mengenai pelantikan peguam syarie dan ia mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

"Parlimen memberi kuasa kepada MAIWP untuk membuat syarat-syarat mengenai kemasukan peguam syarie iaitu prosedur, kelayakan dan pembayaran serta kuasa yang diberikan adalah sangat luas," katanya.

MAIWP mempunyai kuasa untuk berbuat demikian seperti mana dalam Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah Persekutuan) 1993.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...