Wednesday, August 20, 2014

Thursday, August 14, 2014

Padah aib anggota polis



BALIK PULAU – Gara-gara menulis perkataan lucah pada kertas saman polis, seorang buruh dijatuhi hukuman penjara selama tujuh hari selain didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam.
Majistret Diannee Ningrad Nor Azhar menjatuhkan hukuman berkenaan selepas tertuduh, Lim Pei Jye, 41, mengaku salah ke atas pertuduhan yang disabitkan terhadapnya itu.
Mengikut pertuduhan, Pei Jye didakwa mengeluarkan perkataan atau isyarat lucah pada buku saman yang diberikan kepadanya untuk ditandatangani dengan maksud mengaibkan kehormatan seorang anggota polis, S. Thanesan.
Lelaki tersebut dituduh melakukan perbuatan itu di hadapan sebuah kafe di Jalan Batu Ferringhi dekat sini ketika ditahan dan disaman kerana melanggar lampu isyarat pada pukul 9.50 pagi, 2 Julai lalu.

Monday, July 21, 2014

Padah Seorang Lelaki Akibat Sengaja Siku Dada 2 Gadis Di Bazar Ramadhan

Padah Seorang Lelaki Akibat Sengaja Siku Dada 2 Gadis Di Bazar Ramadhan - Seorang perkerja  buruh dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuantan semalam atas dua tuduhan mencabul gadis ketika berada di tapak Bazar Ramadan Jalan Mahkota di sini, 15 Julai lalu.


Tertuduh, Malik Sarman, 46, mengaku bersalah bagi kedua-dua tuduhan sebelum dijatuhkan hukuman penjara selama dua minggu dan didenda RM1,000 atau penjara tiga minggu bagi setiap pertuduhan.

Bagaimanapun, hukuman penjara yang dihadapi berjalan serentak bermula dari tarikh dia ditangkap.

Berdasarkan pertuduhan dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Farahah Mohd Nazari, tertuduh didakwa melakukan kekerasan jenayah mencabul dua gadis berusia 24 dan 18 tahun dengan menyiku buah dada mangsa tanpa kerelaan.

Perbuatan nakal yang dilakukan terhadap kedua-dua gadis itu berlaku serentak kira-kira jam 7.15 petang.

Tertuduh dihadapkan ke mahkamah semalam bagi menghadapi tuduhan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau dengan sebatan atau dua daripada hukuman tersebut.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...