1) Bilangan rakaat : 2 hingga 12 rakaat (2 rakaat 1 salam)
2) Waktu : Pagi anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi
Niatnya:
Persoalan Berkaitan Solat Dhuha
Assalamualaikum,
SOALAN 1
Saya telah pun mencuba dan terus menjadi amalan melakukan sembahyang sunat dhuha,tetapi apa yang saya rasa confuse ialah tentang surah yang sepatutnye baca dalam rakaat pertama dan kedua.Adakah 'ada surah yang wajib' dibaca atau tak kisah apa-apa surah pun...Sekarang ni saya hanya baca surah yang saya tahu saje,ikut panduan buku agama tetapi apabila saya membaca buku yang lain pulak ,dia ada nyatakan surah surah Ayatul Kursi tetapi perlu membaca 11 kali....Kenapa?
SOALAN 2
Saya pernah terlewat melakukan sembahyang dhuha , lagi 5 minit pukul 12 thg...,lalu saya teruskan juga.....
Apa yang saya ingin pastikan sampai pukul brapa sembahyang dhuha ini masih lagi boleh dilakukan...?
Terima kasih. Wassalam.
--------------------------------------------------------------------------------
Jawapan.
Solat sunat dhuha ialah solat di waktu pagi. Waktunya sesudah matahari terbit sehingga matahari di tangah-tengah langit (kira jam 12tgh). Dilakukan antara dua rakaat hingga lapan rakaat. Ada sebahagian kitab menyatakan sehingga 12 rakaat. Dari segi pembacaan di dalam solat sunat dhuha tiada wajib membaca surah-surah tertentu di dalam rakaat tersebut. Cuma kebiasaan yang dilakukan oleh para ulama iaitu pada rakaat pertama dibaca surah Fatihah dan surah Wasy-Syamsi atau surah Al-Kafirun. Manakala rakaat kedua dibaca Al-Fatihah dan surah Ad-Dhuha atau surah Al-Ikhlas.
Wednesday, March 30, 2011
Thursday, March 17, 2011
Victoria gagal jadi peguam Syarie
KUALA LUMPUR - Seorang wanita yang bukan beragama Islam semalam memperoleh kebenaran Mahkamah Tinggi Sivil di sini dalam usaha awalnya menjadi seorang peguam syarie di Wilayah Persekutuan.
Hakim Datuk Mohd. Zawawi Salleh membenarkan Victoria Jayaseele Martin mendapatkan semakan kehakiman untuk satu perintah mandamus (perintah mahkamah tinggi) bagi mendesak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menerimanya sebagai peguam syarie tanpa mengambil kira agamanya.
Hakim Mohd. Zawawi membuat keputusan itu dalam kamar selepas menolak bantahan awal Majlis Agama.
Victoria, 48, telah memfailkan permohonan semakan kehakiman dalam masa dua minggu. Tarikh bagi pendengaran belum ditetapkan.
Reflection : APA tujuan dia yang bkn islam BERMINAT SANGAT nak jadi peguam syarie nih? Sekarang nih dah tak ada keje sangat ke sampai nak join peguam syarie. Itu untuk orang islam jer. sebab nnt nak bicarakan isu2 dan kaitan dgn islam di mahkamah syariah. eh, dia nih mcm mo huru hara mahkamah jer. Dah tak ada orang ISlAM yang layak jadi peguam syarie ker?
Kenapa kita nak biarkan orang bukan islam campur tangan urusan undang2 agama kita. Sepatutnya peguam syarie hendaklah mempunyai pengetahuan syariah yang mendalam daripada aspek Usul Fiqh, Qawaid Fiqhiyyah, memahami Maqasid Syariah dan sebagainya. Kalaulah, orang bkn islam membela orang islam yang sudah menyeleweng nampaknya tiada apalah lagi undang2 syariah negara.
Kesudahanya...
KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) di sini semalam menolak permohonan seorang peguam wanita bukan Islam, Victoria Jayaseele Martin (gambar) untuk menjadi peguam syarie di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.
Hakim Datuk Rohana Yusuf menolak permohonan yang difailkan Victoria pada 19 Mei tahun lalu supaya semakan kehakiman dibuat bagi mencabar keputusan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang menolak permohonannya.
Rohana berkata, MAIWP mempunyai kuasa untuk mengeluarkan syarat mengenai pelantikan peguam syarie dan ia mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.
"Parlimen memberi kuasa kepada MAIWP untuk membuat syarat-syarat mengenai kemasukan peguam syarie iaitu prosedur, kelayakan dan pembayaran serta kuasa yang diberikan adalah sangat luas," katanya.
MAIWP mempunyai kuasa untuk berbuat demikian seperti mana dalam Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah Persekutuan) 1993.
Wednesday, March 16, 2011
Tukang urut dibunuh
JOHOR BAHRU - Seorang penjenayah sempat meminta izin untuk menggunakan air seorang penduduk bagi membersihkan darah yang memenuhi muka dan bajunya selepas menyamun dan membunuh seorang tukang urut wanita semalam.
Kejadian pukul 3 petang di sebuah rumah di Jalan Seniman, Kampung Sri Serdang di sini itu menyebabkan Demah Cinak, 43, mati di tempat kejadian. Anak angkatnya, Mahmudah, 35, yang turut berada di rumah ketika kejadian pula parah ditikam.
Demah yang ditikam di perut mempunyai status penduduk tetap manakala Mahmudah warga Indonesia yang bekerja sebagai tukang cuci.
Seorang jiran, Norfarhana Zamir, 16, memberitahu, ketika kejadian dia sedang membasuh pakaian sebelum terdengar bunyi bising seperti orang bergaduh.
Katanya, sebaik keluar dia ternampak seorang lelaki bermandikan darah di muka dan bajunya sebelum penjenayah itu meminta izin seorang jiran lain menggunakan air untuk membasuhnya.
Pegawai bomba kene pukul
GEORGE TOWN - Seorang pegawai bomba tidak menduga, penat lelahnya bersama-sama 28 anggotanya memadamkan kebakaran sebuah kilang papan di Jalan Bukit Dumbar di sini semalam bertukar kecoh apabila dia pula dipukul seorang penduduk.
Kejadian memalukan itu berlaku pukul 7.45 pagi apabila seorang lelaki berusia dalam lingkungan 50-an berkenaan dikatakan gagal mengawal emosi selepas permintaannya supaya anggota bomba menyiram air di kawasan yang tidak disambar api tidak dipenuhi oleh pegawai berusia 50 tahun terbabit.
Ekoran itu, dia terus memaki hamun mangsa sebelum bertindak bergelut dengan ketua operasi berkenaan sebelum dileraikan oleh anggota lain. Mereka kemudian menghubungi polis.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Azmi Tamat berkata, pihaknya dukacita dan kesal dengan kejadian tersebut dan menyerahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Tuesday, March 15, 2011
Dikisahkan semula oleh pelajar UiTM
9 tahun lepas aku dapat smbung bljar kat uitm shah alam. So,perkara pertama yg kna fikir ialah aku nk duk mane sbb aku xdpt hostel. Oleh sbb kerajinan & keperihatinan yg ada kat aku n kawan2,maka dpt le aku ngan kwn2 aku umah sewa.....dekat2 area seksyen 2. Berhampiran ngan wet world [kalo korang tau la].
Umah tu bunglow 2 tingkat ngan 4 bilik. 3 bilik kat atas n 1 bilik kat bawah. Kitorg semua berlapan,kiranya 2 org utk 1 blk la. Aku ringkaskan je la,kitorg masuk umah tu ngan perasaan berbelah bahagi. best, suke, pelik, rimas, takut semua ada.
Pertama,tuan umah hanya amik rm50 je sbg deposit n sewa pertama hanya bayar bile masuk bulan kedua kami duduk umah tu. Kiranya bln pertama ni free la....[?]
Kedua,tuan umah x bagi kitorg bawak barang bnyk2 sbb nanti penat nak angkat blk katanya...
Ketiga,pokok ara tepi umah tu bsr sgt sampai dahan dia bleh masuk kt tingkap blk atas. Mlm pertama duk uma tu kitorg xtido sbb sibuk punggah n kemas brg+lyan dvd korea. Citer seramnya start masa hari kedua. xpayah nak tunggu malam,siang2 pon kitorg dah kena kacau. Azmi "dagu" org first kena.
Masa tu br kol 10.30pg [anggaran aku la], si Azmi ni bangun nak memerut. So dia g la toilet bawah tu tp dalam toilet ada org [sbb pintu tutup]. Toilet atas plak rosak, tuan umah kata nanti dia betulkan. Tunggu punye tunggu, xkuar-kuar org dlm tandas ni. Jd Azmi ni memekik la soh cpt sket kuar sbb dia xtahan. Akibat jeritan c azmi ni, abis satu umah bangun gi tengok peehal. Yg peliknya, kitorg berlapan smua ada, abih tu sape yg kt dlm tandas ni? Pintu toilet lak berkunci siap ada bunyi orang flush jamban lg.... Dalam reramai ni,Lan sorg je yg berani sket [mgkin psl dia ni keturunan bugis kot], dia g rentap pintu toilet tu smpai terbukak. Xde org tp dr kesan yg ad,pintu tu mmg dikunci dr dlm. Last2 si azmi xjdk berak...mngkin psl takut kot.
Mlm tu kitorg kna lg teruk. Masa aku nyenyak tido mlm tu tetiba jek ada org tarik dua2 belah kaki aku sampai jatuh dari katil. Kepala aku terhentak dulu kt lantai!! Ape lagi,hangin la aku sbb ingat bdk2 nak wat pedajal kat aku tp bila aku bangun xde org plak. Yg ada cume si Lan yg ngah membuta kt katil atas. Ak x rasa Lan yg buat sbb confirm dia tido mati. Bila aku kuar bilik, aku dgr bdk2 ngah ketawe. Rupenya diorg ngah layan dvd kat hall bwh. Aku pon masuk blk balik sbb still bingung lg tp baru aku terperasan masa aku ngah jengah kebawah tadi aku perasan Lan ada!! Bukan ke tadi aku nmpk dia ngah membute dlm bilik? Ahh sudahh... Dgn perasaan berani2 takut aku tgok atas katil Lan ada bonjol bwh selimut,kiranya mcm ada org la. Aku tarik kain selimut tu n guess what? ada batu nisan yg da retak2 dan otomatiknya blk aku diselubungi bau hapak+hanyir yg sgt2 kuat.
Masa ni korg jgn tanya aku la ape aku buat sbb kalo menda ni jdk kat korg pon xkan korg nak stay lg dlm blk tu btol x? Aku rasa kaki aku dah x jejak tanah dan sbb lari laju sgt. Aku lari kuar dr bilik tu & g ke hall sbb nk gtau member2 aku la kononnya tp yg mcm haram jadahnya member aku sorg pon da xde kt hall. Nk tau diorg kt ner? semua dah duduk kt luar umah!! Rupanya diorg awal2 lg da kna kacau. Yg lakhanat nye, xde sorg pon kejutkan aku....taik betol diorg ni.
Lepas diorg tenangkan aku, kitorg decide nk buat ape skang sbb skang ni dah pkul 3 pg. Nak mtk tlg tok imam,umah tok imam pon kitorg xtau. Nak mtk tlg jiran, kiri kanan umah kitorg cina. Last2 salleh ajak lepak restoran hakim jek smpai pg. Bunyinya mcm senang tp memasing semua xpakai baju pastu pakai boxer ngan kain pelikat jek. Mau x mau trpaksalah jgk kitorg msuk umah tu balik sbb nak amik suar, wallet n kunci motor.Oleh sbb bilik si Bob ngan Naim je yg kat bwh, maka kitorg decide le nk pinjam baju n suar dia. Masing2 takut nak naik tingkat atas. Wallet pn aku tinggal. Masing2 pakat guna duit naim lu. Nasib baik kunci motor kitorg sangkut kat dinding [tmp penyangkut]. Masa nak kuar dr rumah tu, Wak plak perasan ada bdk pompuan kat pintu dapur ngah senyum sambil babai tgn kat dia. Yg aku plak bole trperasan bdk tu jgk sbb aku tgk muka wak dah kejung+pucat lesi. Sekali bdk tu senyum rasa mcm nak trkincit dlm suar la... Kepala lutut aku menggigil sampai kt restoran hakim!!!!
Lepas smpi kt restoran hakim tu,memasing sibuk buka cerita trmasuk ngan aku skali la. Memula Wak cerita la,mlm tu lebih kurang kol 12 lebih,dia sibuk download lagu tetiba ada bunyi mcm org baling batu kt tingkap bilik dia. Bila dia jengah,dia nmpk ada sorang pompuan duk kat atas pokok kayu ara sblh umah tu,pakai bju putih + kekuningan+ koyak2+ rambut panjang. Yg sadisnya,pompuan huduh tu boleh senyum kt dia plak. Wak ni ape lg tutup tingkap bilik dia n terus nak kuar g bilik aku la kononnya. Malangnye, lg sekor plak hantu duk kat dpn pintu bilik dia tp kali ni antu budak. So dia amik keputusan terjun dari tingkap bilik dia ke bawah. Akibatnya, kaki dia terkehel. Nasib baik jek xpatah.
Azmi "dagu" plak cter la yg dia nmpk ada bdk pompuan babai tgn kat dia[yg ni, aku pon kna gak ok]. Aku confirm yg bdk ni bkn manusia sbb aku tgk kaki dia xde!! Sam plak citer dia nmpk hantu tu kat siling umah! Bile buka mate jek, antu tu bebetol "eye to eye" ngan dia. Kiranya memasing semua kena kacau la ni. Dan aku org yg last cerita.
Aku ckp la yg aku kna tarik dua2 kaki masa tido smp kepala aku terhentak kat lantai. Pastu aku ckp le yg aku nmpk diorg ngah layan dvd kat hall tp si Azmi tetiba nyampuk "bile ms plak kitorg tgk dvd ni?". Rerupanya xde sorg pon yg tgk dvd pg tu!! Dah tu, sape yg aku nmpk? haru betol.....kaki aku yg dr td menggigil makin brtambah kuat menggigil.
Ngah sibuk2 berborak,aku terbau sesuatu yg kurang enak. member2 aku yg lain pon bau gak. Rupanya si Azmi ni td da terkencing dlm suar sbb takut sgt. Nasib baik mlm tu xramai sgt org kt Restoran Hakim tu. Malu betol. Aku plak bleh ternampak si Sam pakai selipar sebelah lain. Dr sibuk2 citer seram terus jdk citer klakar plak.
Tengah sibuk2 ketawe, br kitorg perasan yg si Salleh ngan Naim xde ngan kitorg. Yg ada cume kami berenam. Aku, Azmi dagu, Sam banjar,Wak, Bob ngan Lan. Dlm ramai2 tu cuma Bob sorg jek yg bwk hp, so kitorg try call Naim tp xde org angkat. try call Salleh plak, sama gak xde org angkat. Pastu Lan amik hp Bob tu, dia baca apa ntah agaknye pastu dia soh Bob call naim lg skali. Bob call n bukak loud speaker. Korang tau ape jd? ada suare pompuan ngilai. Gila2 punye ngilai la sampai meremang bulu roma aku. Kami berenam terus terdiam. Last2 kitorg sepakat akan tunggu smpai pg esok br blk umah tu semula n cari Naim ngan Salleh. Lepas dgr suare pompuan ngilai kt hp tu, xde sorang pon antara kitorg brckp....smp subuh!!
Pukul 7.30pg br kitorg blah dr Hakim. Hati aku masih lg kuat berdebar-debar.Yg lelain aku xtau la. Smpi kat dpn umah, aku tgk pintu umah ngan gate dah terbukak seluas-luas nye. Ni kalo pencurik masuk ni, memang dia kaye sbb laptop,wallet ngan hp kitorg semua tinggal camtu aje. Bulu tengkuk aku masih lg meremang.Xde sape berani msk umah tu dulu...Aku ingat, ada la 20-30 minit kitorg duk tercanggak kat dpn umah sbb xde sape berani masuk. Ntah camne agaknye hp Bob berbunyi. Hati aku da x sedap. Jgn la kate antu tu call kitorg soh msuk umah. Lan yg angkat. Sebenarnya dlm reramai geng aku ni, Lan la yg paling berani tp kekadang dia jd penakut jgk la. Pihak hospital call, katanya Naim ada kat wad emergency hospital klang. Eksiden katanya. Pihak hospital kata, ada miss call dr no.hp Bob ni, tu yg dia call no.hp Bob ni...ooo00 br aku paham. Yg peliknya Naim eksiden?
Memasing dah serba salah jadinya. Bingung pon iye jgk. Xtau samada nk melawat Naim kat hospital klang or cari Salleh yg hilang. Akhirnya kitorg call tuan rmh utk tgk ape yg patut. Aku ngan Sam plak g hospital klang tgk keadaan naim cmne. Kalo mmg tenat sgt, aku inform yg lelain soh dtg la. Yg lain aku soh cari salleh kat keliling umah, takut2 dia kna sorok. Kami masing2 tawakal aje. Masa otw g hspital klang ni, aku xtau la si sam pecut smpai berape tp hati aku masih lg kuat ckp yg hal ni x abis lg.
Smpi hospital,aku terus cari Naim. Sebak betol hati aku tgk Naim serius parah. Kaki dia teruk. Doktor kata kena lenyek ngn keta or something else la. Kes dia ni langgar lari. Naluri aku kuat ckp yg umor Naim ni x panjang sbb darah bnyk gile kuar. Sam plak xsanggup tengok, air mata dia da berjurai-jurai cam air terjun. Doktor pon ckp yg dia ni dah nyawa2 ikan,xdpt nak tlg banyak. Aku duduk kat tepi Naim, dia bole brckp lg tp sangkut2. Dia mntk maap sbb buatkan kitorg jdk susah. Berulang-ulang kali dia mntk maap tp aku msh lg xdpt tangkap ape yg dia ckp ni. Akhirnya dia meninggal gak...Aku gagahkan hati aku tepon kengkawan lain gtau psl Naim dah meninggal. Aku tgk Sam dah trduduk kat tepi balkoni ngan mata merah sbb nangis bnyk sgt. X lama pastu parrents Naim dtg. Aku x sanggup nak tunggu lg n ajak sam balik shah alam.
Smpai kt umah, aku tgk ramai gler org ngah cari salleh tp xjumpe. Abis satu umah dia geledah. Lastly,ad org tua kt situ mntk tlg ngan sorang ustaz. Aku tak ingat pe name ustaz tu tp lepas asar br kitorg jumpe salleh duduk kt atas busut blkg umah. Yg herannya, dan 5,6 kali org cari tp xde plak jumpe dia kt situ. x kisah la janji jumpe balik salleh ni. Kitorg pnye la suke jumpe si salleh ni blk. Memasing amik keputusan pindah dr umah tu haritu jgk. Kebetulan plak kt sek7 [pintu blkang uitm] ada satu umah utk disewa, kitorg pindah situ la. Brg2 naim kitorg angkut skali. Terus terang aku ckp, mmg aku hangin gile tgk muke tuan umah sbb xgtau yg umah ni "keras".patut la dia soh byr rm50 jek dulu pastu xbg bwk brg bnyk2. Chisss......
Aku demam 3 hari.
Jenazah naim selamat dikebumikan kat Raub,Pahang.
Seminggu lepas tu,keadaan dah ok sket cume salleh jek yg sakit2 badan. Akhirnya mulut aku trgerak nak tanya salleh pe yg brlaku sbnrnye sbb sblm naim meninggal tu dia ada ckp kat aku soh tanya salleh satu rahsia. Rupenya masa hari 1st day kitorg masuk umah tu, Naim ngan salleh daa wat hal. Dia g cangkulnya busut kt blkg umah tu. si naim plak boleh kuis2 ngan kaki dia. Mgkin psl tu la kaki dia eksiden kot [dlm hati aku la]. Pastu salleh citer la,kan ada mlm yg kitorg satu umah kna kacau tu dia ngan naim pon kna gak. Tp hantu tu siap kejar diorg lg sampi kat jln. Diorg punya la cuak smp lari ke tengah jln. Ntah mana dtgnya keta tetiba da hentam diorg. naim trcmpak kt tgh jln, yg dia plak kt tepi. Dtg keta lain terus lenyek kaki naim. Pastu,salleh kata dia terus xsedar pape smpailah kitorg jmpe dia atas busut tu. Yg peliknya,cmne dia boleh duk kt atas busut sedangkan dia kata dia da lari kat tgh jln basar? Nape naim sorg yg kna teruk sgt tp salleh x?
Akhirnya aku dpt jawapan sbnr. X lama lepas salleh citer ngn aku, dia jatuh sakit. Xtau la sakit pe tp 3 bln pastu dia meninggal. Famili dia sndiri bingung sbb doktor pon xtau sakit si salleh. Tp aku yakin, kes ni ada kaitan ngan busut yg diorg gi gali tu. Aku ngan geng2 aku yg lain smpat ziarah arwah salleh. Paling xbole tahan Bob sbb dia roomate ngan Naim. Mmg aku tau dia sedih sgt......Yg xbole aku lupe, kitorg semua nangis masa angkat jenazah salleh. Rasa sedih sangat masa tu..
Aku, Azmi dagu, Sam banjar,Wak, Bob ngan Lan, semua skali slmt abiskan pgajian kt uitm ni. Buat naim ngn salleh, kitorg tetap akan ingat ko smpi bebila...al-fatihah
Ops..Umah bunglow kat seksyen 2 tu sampi skang ada lg [agaknye]. Tiap kali aku lalu kat area situ mesti aku rasa sedih sgt. Lg satu,masa hari last kitorg kt umah tu, si Wak dah trtinggal hp dia kt bilik atas. So pada sesape yg berani, boleh la amik hp tu tp itupun kalo korang berani la...nokia 3310
Tuanku Mizan menguji Scorpene
Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj telah berangkat mencemar duli untuk menyelam bersama kapal selam pertama negara, Kapal Diraja (KD) TUNKU ABDUL RAHMAN di perairan Laut China Selatan hari ini. Baginda turut diiringi Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz bin Hj Jaafar bersama krew KD TUNKU ABDUL RAHMAN belayar dari Jeti Operasi Markas Angkatan Kapal Selam (MAKS) di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu (PTKK).
Baginda sebelum ini telah tiba di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada 9 Mac 2011 dan disambut mesra oleh Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sabah Datuk Seri Panglima Hj Juhar bin Hj Mahiruddin. Turut hadir menyambut keberangkatan baginda juga adalah Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Abdul Aziz bin Hj Jaafar serta para kenamaan dan pegawai-pegawai kanan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Keberangkatan Baginda merupakan julung kali ke Markas Angkatan Kapal Selam (MAKS) TLDM di PTKK semenjak pengoperasian markas ini pada 1 September 2009. Dalam lawatan singkat ini, Baginda telah berkenan melawat di sekitar MAKS termasuklah ke SCORPENE Type Diving Control and Platform Simulator (SIMA) yang terletak di Pusat Latihan Kapal Selam TLDM. SIMA merupakan penyelaku yang dilengkapi pelbagai peralatan canggih menyerupai peralatan di kapal selam untuk tujuan melatih warga kapal selam dan pelatih yang mengikuti kursus kepakaran kapal selam. Baginda juga turut diberi penerangan mengenai peranan dan keupayaan aset tempur bawah permukaan TLDM masa kini.
Dalam pelayaran ulung Baginda bersama kapal selam pertama negara juga, aset-aset TLDM seperti KD LEKIU dari kelas Frigat 2000, KD KEDAH dari kelas New Generation Patrol Vessel (NGPV) serta helikopter Super Lynx turut mengiringi pelayaran ini. Manakala aset-aset Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) seperti Helikopter S70 Black Hawk, Helikopter AS61N1 serta Helikopter Nuri juga terlibat dalam menjayakan pelayaran Baginda.
Semasa pelayaran dan penyelaman bersama KD TUNKU ABDUL RAHMAN, baginda telah berkenan menyaksikan demonstrasi melawan kebakaran serta demonstrasi water shot. Selain itu, baginda turut merasai pengalaman ke Maximum Operating Depth di mana KD TUNKU ABDUL RAHMAN telah menyelam ke kedalaman yang mustahil dilakukan mana-mana kapal selam di dunia jika tidak mempunyai krew yang berpengalaman serta kapal selam di tahap pengoperasian yang tinggi. Sebagai bukti dan pengesahan ini, Panglima Tentera Laut telah mempersembahkan Sijil Penyelaman dan Lencana Kehormat Kepakaran Kapal Selam TLDM kepada Seri Paduka Baginda Tuanku yang juga selaku Laksamana Armada TLDM.
Dengan keberangkatan Baginda belayar dan seterusnya menyelam bersama kapal selam KD TUNKU ABDUL RAHMAN ini, maka terbuktilah tahap kesiagaan kapal selam negara sentiasa berada di tahap yang tertinggi. Segala tuduhan yang tidak berasas ke atas kapal selam negara yang mengatakan kapal selam tidak boleh menyelam adalah tidak benar dan satu pembohongan kepada masyarakat di Malaysia. Kapal selam KD TUNKU ABDUL RAHMAN juga telah berjaya melancarkan misil bawah permukaan ke permukaan air jenis Exocet SM39 Blok 2 di perairan Laut China Selatan pada 26 Julai 2010 yang lepas di mana misil tersebut telah mengenai sasaran permukaan berukuran 40 meter panjang pada jarak 40 km (22 batu nautika). Misil telah dilancarkan sewaktu KD TUNKU ABDUL RAHMAN berada pada kedalaman 55 meter di mana ia sukar dikesan oleh sistem penderia bawah air mana-mana kapal permukaan.
Monday, March 14, 2011
Nyaris maut dihempap pokok
Dua beradik nyaris maut apabila kereta jenis Proton Saga BLM yang dinaiki mereka remuk dihempap pokok yang tumbang ketika angin kencang dan hujan lebat melanda Jalan Persiaran Kewajipan menghala ke arah Summit USJ di sini semalam.
Kejadian pukul 5.35 petang itu berlaku ketika mereka sedang melalui jalan tersebut sebelum sebatang pokok yang berada di kiri jalan tumbang lalu menimpa bahagian tengah kereta mangsa.
Ketika kejadian, kereta itu dipandu seorang wanita berusia 31 tahun yang merupakan kakak kepada lelaki berusia 27 tahun tersebut.
“Dalam kejadian itu, dua beradik berkenaan bernasib baik kerana hanya mengalami kecederaan ringan tetapi kereta mereka pula rosak teruk di bahagian tengah akibat dihempap pokok.
“Sepasukan anggota bomba dari sini mengambil masa selama setengah jam untuk memotong dahan pokok yang tumbang dan menyelamatkan mangsa,” kata Ketua Ketenteraman Awam dan Trafik Subang Jaya, Deputi Supritendan Tengku Anuar Raja Husin.
Tambahnya, kejadian itu menyebabkan kesesakan hampir satu jam ekoran pihaknya terpaksa menutup jalan bagi mengawal lalu lintas.
Lelaki uzur kena saman
ABDUL WAHAB menunjukkan saman yang diterima di samping motosikal jenis Honda 70cc di rumahnya di Kampung Telok Durian, Kupang, Baling semalam
BALING - Seorang guru agama yang uzur terkejut apabila menerima saman atas kesalahan menunggang motosikal secara laju di Kilometer 46, Jalan Alor Setar Butterworth tiga tahun lalu.
Abdul Wahab Tampal, 65, yang hanya mampu menunggang motosikal sejauh tidak sampai lima kilometer itu mendakwa dikenakan saman menggunakan motosikal berkuasa di antara 90 hingga 250 kuasa kuda.
Guru agama ini juga hanya menggunakan motosikal Honda 70cc sahaja dan tidak pernah ke mana-mana dengan motosikal itu kecuali ke masjid atau rumah saudara terdekat.
"Saya hanya menunggang motosikal buruk ini di sekitar kampung ini sahaja," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Telok Durian, Kupang dekat sini semalam.
Abdul Wahab didakwa menunggang motosikal jenis Honda bernombor Plat PCV 9314 melakukan kesalahan itu pada 10 September 2008 kira-kira pukul 7.30 pagi
Subscribe to:
Posts (Atom)