Wednesday, March 16, 2011

Pegawai bomba kene pukul



GEORGE TOWN - Seorang pegawai bomba tidak menduga, penat lelahnya bersama-sama 28 anggotanya memadamkan kebakaran sebuah kilang papan di Jalan Bukit Dumbar di sini semalam bertukar kecoh apabila dia pula dipukul seorang penduduk.

Kejadian memalukan itu berlaku pukul 7.45 pagi apabila seorang lelaki berusia dalam lingkungan 50-an berkenaan dikatakan gagal mengawal emosi selepas permintaannya supaya anggota bomba menyiram air di kawasan yang tidak disambar api tidak dipenuhi oleh pegawai berusia 50 tahun terbabit.

Ekoran itu, dia terus memaki hamun mangsa sebelum bertindak bergelut dengan ketua operasi berkenaan sebelum dileraikan oleh anggota lain. Mereka kemudian menghubungi polis.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Azmi Tamat berkata, pihaknya dukacita dan kesal dengan kejadian tersebut dan menyerahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...