Dua maut, enam parah
13 November 2012
“Roslinah yang memandu Proton Gen2 dari arah Pasir Mas ke Kampung Bechah, tidak sempat mengelak lalu bertembung dengan kereta berkenaan. “Motosikal yang mengekori kereta Gen2 turut menjadi mangsa, apabila tidak sempat mengelak dan bertembung dengan kenderaan terbabit dari arah belakang,” katanya semalam. Haliludin berkata, pasangan suami isteri, Muhd Adli Hafiz Hidayat Ayub dan Norfadlina Mohd Rashid, masing-masing 30-an yang berada dalam kereta Pesona, parah dan dirawat di HRPZ II. Manakala suami Roslinah, Shamsul Bahari M Yunus, 47, dan anak angkat mereka, Wan Muhd Azizi Abdullah, 11, turut parah dan mendapatkan rawatan di hospital yang sama.
“Kita masih menyiasat sama ada Faisal memandu laju sehingga terbabas ke lorong bertentangan, atau sebaliknya.
“Saksi yang melihat kejadian diminta tampil atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Pasir Mas untuk membantu siasatan dan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. Sementara itu, Pegawai Kanan Bomba II, Azuhan Ibrahim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.10 tengah malam dan bergegas ke tempat kejadian menggunakan satu jentera dengan tujuh anggota. “Setibanya di tempat kejadian, kita dapati tiada mangsa yang tersepit dan berjaya mengeluarkan mangsa dalam masa yang singkat,” katanya.
No comments:
Post a Comment