Tuesday, December 25, 2012

LEMBU & Kambing kena KEBAS...


120 kambing, lapan lembu lesap



KLUANG – Seorang penternak berputih mata apabila dia kerugian lebih RM120,000 selepas haiwan ternakannya berjumlah 120 ekor kambing dan lapan ekor lembu hilang dicuri dari ladangnya, A. Majid Dairy Farm di Simpang Renggam dekat sini baru-baru ini.

Pemilik ladang Abdul Majid Mohd. Isa, 57, berkata, kehilangan haiwan ternakan itu dipercayai berlaku antara pukul 1 pagi hingga 3.30 pagi pada 22 Disember selepas lima penjenayah mengacukan parang sebelum mengikat kaki dan tangan tiga pekerjanya. Ladang ternakannya itu terletak kira-kira tiga kilometer dari rumahnya. Menurut penternak itu, dia menyedari ternakannya dicuri kira-kira pukul 6.30 pagi selepas dimaklumkan oleh anaknya, Mutalib yang melawat ladang seperti biasa pada setiap pagi.

“Mutalib terkejut apabila melihat pintu pagar ladang ternakan sudah terbuka dan kesemua ternakannya lesap,” kata Abdul Majid yang sudah 30 tahun terlibat dalam bidang ternakan haiwan.
Kata mangsa lagi, dia yang bergegas ke ladangnya kemudian dimaklumkan oleh pekerjanya bahawa semua 120 ekor kambing dan lapan ekor lembunya sudah dibawa lari penjenayah menggunakan dua buah lori yang masing-masing bermuatan tiga tan.  “Pekerjanya memberitahu, penjenayah mengikat leher setiap ternakan sebelum mengheret semua haiwan itu naik ke atas dua buah lori berkenaan,” ceritanya semasa ditemui di ladang itu kelmarin.

 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...