Tindakan memurtadkan umat Islam yang
membenarkan penganut Kristian menyebut kalimah Allah mempunyai kesan yang amat besar
sehingga melibatkan seluruh dunia Arab dan ulama-ulama terkemuka, kata Datuk Dr
Mohd Asri Zainul Abidin. Ini kerana, selain semenanjung
Malaysia, seluruh dunia Arab, sejak zaman permulaan Islam lagi membenarkan
golongan Kristian menyebut kalimah Allah, kata bekas mufti Perlis itu. "Sejak seribu tahun lalu, sejak
zaman Nabi Muhammad lagi mereka menggunakan perkataan Allah. Tiada isu selagi
mereka menggunakannya merujuk kepada zat yang sebenar, bukan untuk
berhala," katanya.
Itu yang di perhujahkan oleh Dr Maza
dan bagaimana dengan Zulkifli Nordin membalas hujah dari persoalan yang
dibangkitkan Dr Maza. Harap-harap anda mampu bersabar mentelaah hujah dibawah.
Rupanya masih ada lagi dikalangan
mereka yang mengaku Islam diluar sana yang menjadi keliru dan beku dalam isu
kalimah ALLAH. Pelbagai persoalan dilontarkan sehingga ada yang melakukan
syirik tanpa menyedarinya. Lebih parah ada yang menjadi kufur tanpa sedar. Semuanya akibat mempolitikkan isu ini.
Ada yang terlalu ghairah nak mencari populariti, walau bergelar agamawan dan
ilmuwan dengan ijazah berjela sampai PhD pun ada; tetapi tenggelam dalam
kesyirikan dan kekufuran. Mereka bukan sahaja syirik dan kufur, malah
mensyirikkan danmengkufurkan pengikut dan penyokong mereka, na'uzubillah.
Antara isu dan persoalan yang mereka
bangkitkan untuk menghalalkan kristian mengguna-pakai kalimah ALLAH adalah
seperti berikut:
1. 'Arab kristian dah lama pakai!
Tiba-tiba semua orang jadi pakar bahasa
'arab. Siap dengan segala analisa dan kupasan, tanpa sedikit pun menyedari
bahawa bahasa 'arab dan bahasa Melayu sangat berbeza.
Dalam bahasa 'arab, terjemahan bagi
perkataan 'god' ialah 'allah'. Ini kerana sejak Adam a.s lagi, perkataan god
yang diketahui mereka ialah allah.
Kalimah ALLAH dalam bahasa arab ditulis
seperti berikut: الله
Dalam bahasa arab, mereka tidak
membezakan antara nama am (common noun) dengan nama khas (proper noun) melalui
tulisan, berbeza dengan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
Bagi kita orang Melayu, kita boleh
membezakan antara nama am dengan nama khas melalui tulisan, walaupun ejaan dan
bunyinya sama. Contohnya:
Perkataan 'bush' dengan 'Bush'.
Apa perbezaan antara kedua perkataan
ini?
Ejaan dan bunyi sama sahaja. Tetapi bila
melihat tulisan perkataan 'bush', kita orang Melayu terus faham itu
adalah 'nama am' bermaksud semak.
Tetapi bila melihat tulisan 'Bush',
kita tahu itu nama khas, nama orang, nama bekas Presiden Amerika!
Bahasa Melayu membezakan 'nama am'
dengan 'nama khas' melalui penggunaan huruf kecil dan huruf besar.
Tetapi dalam bahasa arab, tidak ada
perbezaan penulisan perkataan.
Perkataan nama khas 'Allah' dan nama am
'allah' ditulis sama sahaja iaitu: الله
Orang arab bila melihat tulisan itu
mereka faham. jika yang menyebutnya bukan Islam, mereka faham itu terjemahan
nama am bagi perkataan 'god'. Atau dalam tulisan rumi, mereka faham 'allah' itu
ialah ganti nama am perkataan 'god'.
Tetapi bila yang menyebutnya Muslim,
orang Islam, mereka faham itu nama khas bagi God; atau lebih tepat dalam
tulisan rumi bahasa Melayu 'ALLAH'.
Bila orang Indonesia sebut 'Bapak Anuar
membutuhkan Pak Khalid', orang Indonesia faham Bapak Anwar memerlukan Pak
Khalid. Tetapi bagi Melayu Malaysia, itu maksudnya Bapak Anuar meliwat Pak
Khalid (perumpaan sahaja tidak ada kena mengena dengan sesiapa samada yang
hidup apatah lagi yang dah padam)!
Sebab itu kita tidak boleh kata
memandangkan kristian arab pakai kalimah 'allah', maka kristian Malaysia sini
pun boleh pakai. Bagi orang arab, ini persoalan bahasa. Bagi kita ini soal
aqidah, nama ketuhanan.
2. Jadi apa nama tuhan yang diguanakan oleh arab kristian?
Sebab itu bila kita tanya orang kristian arab apa nama tuhan dia, mereka
tidak akan sebut 'ALLAH'. Sebaliknya mereka akan sebut seperti berikut:
Atau dalam tulisan rumi ditulis seperti
berikut: Bismil-Ābi wal-Ibni war-Rūḥil-Qudus; Dengan nama Tuhan Bapak, Tuhan
Anak dan Ruh Kudus; In the name of The Father, The Son and The Holy Spirit!
Dan orang arab kristian tidak
menggunakan nama 'Jesus' sebaliknya mereka menggunakan perkataan Al-Masīḥ atau أَلْمَسِيحatau
Yasu - iaitu terjemahan perkataan
atau Yeshuadalam bahasa Hebrew.
Jadi kita orang Melayu tidak sepatutnya
keliru atau dikelirukan dengan hujah sesat menyatakan memandangkan kristian
'arab boleh pakai kalimah allah, maka kristian Malaysia pun boleh guna! Itu
adalah pendapat yang sesat lagi menyesatkan!
3. Kenapa kristian tidak terjemah gantinama 'god' dengan perkataan lain?
Itulah yang menjadi persoalannya sekarang. Perkataan 'god' dalam Bahasa
Inggeris sepatutnya dan betulnya bila diterjemahkan ke Bahasa Melayu ialah
dengan menggunakan perkataan 'tuhan', bukan 'allah'. Kita orang Melayu tidak terjemah
perkataan 'God The Father, God The Son & God The Holy Spirit' dengan 'Allah
Bapak, Allah Putra & Allah Roh Kudus'. Kita tahu itu tidak betul. Sepatutnya
diterjemahkan dengan betul ke Bahasa Melayu dengan perkataan 'Tuhan Bapak,
Tuhan Anak & Tuhan Roh Kudus'. Itu baru betul!
Atau mereka boleh terjemah menggunakan
perkataan Hebrew iaitu Eli atau Eloi atau Elohim(semuanya bermakna 'god' dalam
bahasa Hebrew dan memang digunakan dalam Kitab Perjanjian Lama sehingga sekarang).
Maka ia akan jadi 'Eli Bapak, Eli Putra & Eli Roh Kudus'. Kenapa mereka berdegil mahu terjemah
perkataan 'god' dengan menggunakan kalimah ALLAH saya pun tidak tahu! Adakah
mereka mempunyai agenda tersirat?
Tetapi kalau ikut pendedahan majalah mereka
sendiri Christianity Today (dikeluarkan di Chicago, Amerika Syarikat terbitan
bulan Julai 2009) yang dengan jelas menyatakan “penggunaan kalimah Allah
(dalam terjemahan versi Melayu-Indonesia) adalah suatu usaha strategik kalau
bertujuan untuk membuatkan mereka meemahami siapa Christ! Jika kalimah ALLAH
tidak digunakan akan menyebabkan umat Islam tidak akan membaca Bible!”.
(sila rujuk www.christianitytoday.com/ct/2009/august/14.15.html di
mukasurat 2).
4. Habis macam mana kristian nak nyanyi lagu Negeri Kedah?
Ada yang lebih teruk berhujah, kalau macam tu kristian dan non-muslim lain tidak boleh lah menyanyikan lagui negeri Kedah!!!
Lirik Lagu Kebesaran Negeri Kedah
Allah Selamat Sultan Mahkota
Berpanjangan Usia Di Atas Takhta
Memelihara Agama Nabi Kita
Negeri Kedah Serata-rata
Saya sampai menggelengkan kepala
bertanya, awat lah hangpa boleh jadi bengong sampai macam tu?
Jawapannya mudah sahaja. Dalam konteks
lirik lagu Negeri Kedah diatas, kalimah ALLAH dalam lirik ALLAH selamat Sultan
Mahkota itu membawa maksud ALLAH Hu-Ahad, ALLAH Maha Esa, ALLAH Yang Satu.
Sesiapa pun yang menyanyi lirik lagu
itu faham, atau kena faham ianya membawa maksud ALLAH-Hu-Ahad, ALLAH Maha Esa,
ALLAH Yang Satu! Ia tidak pernah bermaksud, dan tidak diniatkan sebagai
Allah-Hus-Salis, Allah Tiga Dalam Satu, Allah Triniti, Allah Bapak, Allah Putra
& Allah Ruh Suci!!!
Bukan...bukan...bukan!!!
5. Lencana Polis, Askar macam mana?
Ada juga memberi hujah yang kurang cerdik; habis polis bukan Islam pakai lambang atau lencana ada kalimah 'ALLAH' macam mana?
Sekali lagi, seperti soalan lagu Negeri
Kedah, kalimah ALLAH yang tertera di lencana polis, tentera atau mana-mana di
Malaysia ini membawa maksud ALLAH-Hu-Ahad, ALLAH Maha Esa, ALLAH Yang Satu. Ia
tidak pernah bermaksud, atau diniatkan sebagai Allah-Hus-Salis, Allah Triniti,
Allah Tiga Dalam Satu, atau Allah Bapak, Allah Putra & Allah Ruh Kudus!!!
Samada yang memakai lencana tertera
kalimah ALLAH itu bangsa Melayu, Cina, India, Punjabi, atau beragama Islam,
Kristian, Hindu, Budha, Sikh atau Tao; maksud kalimah ALLAH dilencana atau
lambang polis, tentera dan lain-lain itu ialah ALLAH-Hu-Ahad, ALLAH Maha Esa,
ALLAH Yang Satu!
6. Dalam Al-Quran kafir sebut kalimah ALLAH!
Ini hujah yang cukup popular dikalangan peliwat democrazy dan para
parasit pelesit dan yang sewaktu dengannya!
Mereka akan mencemek bibir sambil
berkata, Allah sendiri berfirman dalam Al-Quran seperti berikut:
'Dan sesungguhnya jika engkau
(Muhammad) bertanya kepada mereka (kafir dan musyrik) itu: Siapakah yang
menciptakan langit dan bumi, dan yang memudahkan matahari dan bulan(untuk
faedah makhluknya)?. Sudah tentu mereka akan menjawab ALLAH. Maka bagaimana
mereka tergamak dipalingkan (oleh hawa nafsunya daripada mengakui keesaan ALLAH
dan memtauhi perintahNya?'.
Al-Ankabut: 29-61 (rujuk juga
Al-Ankabut: 29:63-66)
Maka bertempiklah para peliwat
democrazy dan parasit pelesit dengan penuh ketakburan! Tengok, ALLAH sendiri
kata kafir guna kalimah ALLAH dalam menjawab soalan yang ditanya!
Dalam ayat-ayat seperti ini, kalimah
ALLAH digunakan dalam bentuk rubbubiyah; dalam bentuk sifat. Sifat ALLAH
sebagai pencipta langit, sifat ALLAH sebagai pencipta bumi, sifat ALLAH sebagai
penurun hujan, sifat ALLAH sebagai pemberi nyawa, sifat ALLAH sebagai pencipta
matahari, bulan, bintang, cakrawala, lembu, unta, dan macam-macam lagi sifat
ALLAH.
Kalau non-Muslim hendak menggunakan
kalimah ALLAH dalam bentuk rubbubiyah, pakailah. Kita tidak ada masalah. Cuma
jaga adab dan syarat penggunaan. Seperti jangan pakai dalam toilet, jangan
pakai sambil nak beli nombor ekor, jangan guna masa nak berliwat atau berzina,
jangan pakai masa nak makan babi, dan lain-lain syarat seperti yang ditetapkan
syara'.
7. Habis tu, kenapa kita larang kristian gunakan kalimah ALLAH?
Kita menentang kristian di Malaysia ini guna kalimah ALLAH kerana mereka mahu memakainya dalam bentuk uluhiyyah, iaitu dalam bentuk i'tiqad atau aqidah.yang syirik dan kufur!
Iaitu mereka mengatakan ALLAH itu
Allah-Hus-Salis, Allah Triniti, Allah Tiga-Dalam-Satu, Allah Bapak, Allah Anak
& Allah Ruh Kudus.
Mereka telah, samada dengan sengaja
atau tidak, telah menyalahgunakan kalimah ALLAH!
Mari kita lihat bagaimana contoh-contoh
kalimah ALLAH yang telah disalahgunakan untuk membawa maksud yang mensyirikkan,
bahawa kalimah ALLAH itu adalah Allah-Hus-Salis, Allah Triniti – Tuhan Tiga
Dalam Satu iaitu Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan Tuhan Ruh Kudus.
- Disebut dalam terjemahan Al Kitab (ms 197 ayat 25-27) “Akulah yang
memberi hidup dan membangkitkan orang mati”, kata Yesus kepada Marta.
“Orang yang percaya kepada Ku akan hidup, walaupun ia sudah mati. Dan
orang hidup yang percaya pada Ku, selama-lamanya tidak akan mati.
Percayakah engkau akan hal itu. “Tuhan,” jawab Marta, “saya percaya
Tuhan Anak Allah, Raja Penyelamat yang akan datang kedunia ini”.
- Disebut alam terjemahan Al Kitab (ms 379 ayat 9) “jika Peti
Perjanjian itu dibawa kearah negerinya sendiri, iaitu Bet-Semes, itu
bererti bahawa Allah orang Israellah yang telah mendatangkan celaka
yang hebat itu kepada kita. Tetapi jika pedati itu tidak menuju kesana,
kita akan tahu bahwa musibah itu bukan dari Allah Israel, melainkan
kebetulan saja”;
- Disebut dalam terjemahan Al Kitab (ms 246 ayat 13) “hormatilah TUHAN,
Allahmu, dan berbaktilah kepada Dia sahaja, dan bila kamu bersumpah,
lakukanlah demi nama Nya saja”;
- Lafaz dalam upacara baptis berbunyi “saya membaptiskan kamu dengan
atas nama Allah Bapa, dengan atas nama Allah Putera dan
dengan atas nama Allah Ruh Kudus”;
- Risalah menyebut “Rencana Allah Untuk Menyelamatkan Kita Dari
Dosa Ialah Dengan Mengutus Anaknya Yang Tunggal”;
- Risalah menyebut “Yesus Adalah Allah Dalam Bentuk Manusia”;
- Risalah bertajuk “Allah Pilih Pemimpin” menceritakan
ketuhanan triniti;
- Risalah bertajuk “Firman Allah Hidup” menceritakan tentang
bible;
- Risalah bertajuk “Jalan Kepada Allah” menceritakan tentang
pengutusan Jesus;
- Nama sebuah gereja iaitu Gereja Katolik Santa Maria Bonda Allah;
- Nama sebuah gereja iaitu Gereja Kristus Domba Allah;
- Nama sebuah gereja iaitu Gereja Sidang Jemaat Allah;
- Nama sebuah gereja iaitu Gereja Allah Itu Kasih;
- Tajuk lagu “Allah Peduli” dengan lirik menyebut “Allah
mengerti, Allah peduli, Segala persoalan yang kita hadapi, Tak akan pernah
dibiarkannya, ku bergumul sendiri, SebabAllah Yesus ku mengerti”
nyanyian Agnes Monica;
- Tajuk lagu “Harapan Bangsa” dengan lirik menyebut “Bapaengkaulah
harapan negara ini, Kaulah satu-satunya harapan di bumi Malaysia, Yesus
engkaulah harapan segala bangsa, Nyatakanlah kebenaran mu” nyanyian
Jaclyn Victor
Sedangkan ALLAH telah berfirman dengan
cukup jelas didalam Al-Quran:
"Sesungguhnya telah kafirlah orang
yang berkata 'Sesungguhnya ALLAH ialah Isa Al-Masih ibnu Maryam'. Pada Isa
Al-Masih sendiri berkata,'Wahai Bani Israel, sembahlah ALLAH, Tuhanku dan
Tuhanmu, bahawa sesiapa yang menyengutukan ALLAH dengan sesuatu yang lain, maka
ALLAH pasti mengharamkan kepadanya syurga dan tempat kembalinya ialah neraka.
Sesungguhnya tiada seorang pun penolong bagi kaum yang zalim.
Sesungguhnya telah kafirlah orang yang
berkata,'Bahawasanya ALLAH ialah satu daripada tiga tuhan.' Padahal tiada Tuhan
yang berhak disembah melainkan ALLAH Yang Maha Esa. Jika mereka tidak berhenti
daripada apa yang mereka katakan itu, sudah tentu orang yang kafir antara
mereka akan dikenakan azab yang pedih".
Surah Al-Maidah:72-73
Jadi bagi kita umat Islam ini adalah
soal aqidah! Ini soal keimanan! Ini soal kepercayaan! Ini soal perintah ALLAH!
Atas sebab itulah kita menentang! Itu
sebabnya kita melarang! Dan kita tidak akan berkompromi walau sebesar habuk pun
dalam isu ini!
8. Kalimah ALLAH bukan hakmilik mutlak orang Islam!
Memang benar kalimah ALLAH bukan milik umat Islam. Kalimah ALLAH bukan
milik Nabi Muhammad saw. Kalimah ALLAH bukan milik UMNO. Kalimah ALLAH bukan
milik PAS. Kalimah ALLAH bukan milik Mahkamah!
Betul...betul...betul!!!
Jadi siapa pemilik kalimah ALLAH?
Jawapannya mudah.
Pemilik kalimah ALLAH ialah ALLAH sendiri!
Dialah Pemilik mutlak kalimah itu. Dan
hanya Dia yang berhak mutlak memberi kebenaran siapa yang boleh menggunakannya.
Dan hanya Dia yang berhak mutlak memberi syarat penggunaannya. Hanya Dia yang
berhak mutlak menentukan cara penggunaaannya. Hanya Dia yang berhak mutlak
menentukan deskripsi kalimah itu! Hanya Dia - ALLAH swt!!!
Dan Dia telah menegaskannya dengan
cukup jelas tanpa sebarang keraguan sedikit pun didalam Al-Quran:
Katakanlah bahawa (kalimah) ALLAH itu
(bermaksud) Maha Esa (Yang Satu);
(Dan sifatnya ialah) kepada ALLAH
tempat segala sesuatu bergantung;
Dia ALLAH tidak beranak, atau diperanakkan;
Dan tidak ada sesuatu apapun yang
setara atau sekufu dengan ALLAH!
Al-Ikhlas: 112:1-4
Jadi Pemilik Mutlak kalimah ALLAH telah
menegaskan bahawa kalau mahu mengguna kalimah ALLAH persilakan tetapi mesti merujuk
kepada empat syarat iaitu Dia hanya Satu; Dia tempat bergantung segala makhluk;
Dia tidak ada anak; Dia tidak ada sekutu! Sebaliknya bila kristian mahu mengguna
kalimah ALLAH ia berubah menjadi bentuk syirik dan kufur seperti berikut:
Katakanlah bahawa ALLAH itu
Tiga-Dalam-Satu;
Kami bergantung kepada Jesus (untuk
penebus dosa dan lain-lain);
Bahawa ALLAH ada anak bernama Jesus;
Bahawa Ruh Suci (malaikat) itu sekutu
dan setara dengan ALLAH;
Maka jelas sejelas-jelasnya bahawa
maksud yang dibawa oleh kristian dalam penggunaan kalimah ALLAH adalah
bercanggah sama sekali dengan maksud yang Pemilik kalimah ALLAH itu sendiri
nyatakan!
Rumusan: jadi apa pendirian kita?
Pendirian kita umat Islam ialah berpegang semula kepada Al-Quran. Dan
jelas didalam Al-Quran ALLAH menyebut:
Wahai Ahli Kitab! Janganlah kamu
melampaui batas dalam agama mu, dan janganlah kamu mengatakan terhadap ALLAH
kecuali yang benar. Sungguh, Al Masih 'Isa putra Maryam itu adalah utusan ALLAH
dan (yang diciptakan dengan) kalimah Nya yang disampaikan Nya kepada Maryam,
dan (dengan tiupan) roh dari Nya. Maka berimanlah kepada ALLAH dan Rasul Nya
dan janganlah kamu mengatakan "(ALLAH itu) Tiga (triniti)".
Berhentilah (dari berkata sedemikian). Itu lebih baik bagimu. Sesungguhnya
ALLAH Tuhan Yang Maha Esa, Maha Suci dia dari (tohmahan) mempunyai anak. Milik
Nya apa yang ada di langit, dan apa yang ada di bumi. Dan cukuplah ALLAH
sebagai Pelindung (An-Nisaa' 4: 171).
Tugas dan tanggunjawab kita umat Islam
ialah bukan dengan bersekongkol atau bersetuju atau meredhai perbuatan
mensyirikkan ALLAH yang boleh membawa kepada kekufuran ini. Jangan kita
beriya-iya punya nak sokongan dan undi mereka sampai sanggup menggadai aqidah
dan keimanan, konon bertaqqiyah untuk mendapatkan kuasa.
Tak boleh. Kita bukan syiah yang
sanggup dan boleh bertaqqiyyah, walau dalam soal aqidah!
Kita ahli sunnah wal jamaah patutnya
cukup jelas pendirian dan pegangan kita. Tidak perlu kita bersorok-sorok, main
aci-aci bukak pintu semata-mata kerana gila undi, gila kerusi! Sampai bangga
dipanggil Mat Gereja!!!
Tugas dan tanggunjawab kita pertama
ialah dengan mencegah kekufuran, kesyirikan dan kemungkaran besar ini. Kerja
kita ialah memperbetulkan penyalahgunaan kalimah ALLAH ini. Maknanya kita kena
turun padang. Pergi jumpa dengan mereka, terutama penganut kristian. Malah ini
merupakan satu peluang untuk kita melaksanakan tugas Rasulullah saw - DAKWAH!
Beritahu mereka dengan jelas; kalimah
ALLAH yang kamu gunakan itu sebenarnya dan sepatutnya membawa maksud ALLAH
Tuhan Yang Satu, ALLAH yang kita bergantung sepenuhnya kepada dia (bukan
makhluk atau patung atau haiwan dan lain-lain); bahawa ALLAH itu tidak ada anak
dan tidak ada bapak; dan ALLAH itu tidak ada yang sama setaraf dan sekufu
dengan dia!
Nah, itulah kerja dan tugas kita.
Jangan cakap sahaja, keluar dan laksanakannya. Kata Nabi saw,baalighul anni
walau aayah - sampaikan daripada ku walau sepotong ayat!
Semoga ALLAH swt memberikan petunjuk
dan hidayah kepada kita, memelhiara keimanan dan aqidah kita, dan memberikan
kita kekuatan istiqomah mengharungi zaman fitan ini insya ALLAH!
No comments:
Post a Comment