MANILA - Seorang adik pemimpin puak pengganas Sulu, Jamalul Kiram III mengadakan pertemuan selama dua jam dengan Setiausaha Dalam Negeri Filipina, Manuel Roxas II di ibu pejabat polis di pinggir bandar Quezon, utara Manila semalam. Menurut akhbar dalam talian Inquirer.net, pertemuan antara Bantilan Esmail Kiram II yang merupakan adik Jamalul Kiram dengan Roxas menunjukkan kesediaan keluarga Kiram untuk menamatkan pencerobohan di Lahad Datu, Sabah. Sebelum ini, para pengikut Jamalul Kiram menceroboh Sabah pada 12 Februari lalu dan bertempur dengan anggota-anggota keselamatan Malaysia.
Kumpulan pengikut itu mendakwa mereka menuntut tanah warisan nenek moyang  Jamalul Kiram di Lahad Datu. Pertemuan antara Esmail Kiram dengan Roxas itu membincangkan strategi untuk  menamatkan krisis di Sabah. Pendedahan tersebut dibuat pada sidang akhbar adik Jamalul Kiram itu yang  disertai beberapa anggota keluarganya selepas pertemuan tersebut  berlangsung. Bagaimanapun, Esmail Kiram enggan mendedahkan butiran terperinci tentang  pertemuan itu dengan menyatakan cadangan mereka untuk menamatkan krisis tersebut  perlu diketahui oleh Presiden Filipin, Benigno Aquino III terlebih dahulu.
Menurutnya, beliau pernah diundang oleh kerajaan Malaysia untuk bercakap  dengan adiknya, Azzimuddie Kiram dan membantu dalam rundingan tetapi usaha  tersebut menjadi sia-sia.
Azzimuddie merupakan ketua pengganas Sulu di Sabah yang mengetuai serangan  terhadap anggota-anggota keselamatan Malaysia. "Tidak ada keperluan untuk saya pergi ke sana. Beliau (Azzimuddie)  memberitahu saya, beliau tegas dengan keputusannya untuk berada di Sabah," kata  Esmail Kiram.
"Saya bimbang akan berlaku sesuatu terhadap diri saya," tambahnya. "Pilihan kedua yang ditawarkan kepada saya adalah untuk menghantar satu pihak  ke Malaysia bagi memastikan keselamatan keluarga Kiram dan para pegawai  pemerintah Filipina.
"Namun, saya terkejut kerana kerajaan Malaysia sehingga kini tidak memberikan  sebarang reaksi," kata Esmail Kiram. "Ia bukan lagi menjadi kesalahan kami," tambahnya. Menurutnya, jika beliau memujuk Azzimuddie untuk kembali ke Filipina dan  meletakkan senjata, pujukan itu mungkin tidak didengari. "Adalah sukar untuk menyuruhnya untuk pulang. Beliau pergi dengan kehendak  sendiri," kata Esmail Kiram. Beliau berkata, Azzimuddie tidak pernah memberitahunya tentang rancangan  untuk ke Sabah. "Beliau (Azzimuddie) berkata, tujuannya hanya untuk tinggal di sana kerana ia  merupakan tanah kami dan mereka membawa senjata demi untuk keselamatan diri,"  katanya. 
Esmail Kiram juga memberitahu pemberita bahawa Jamalul Kiram melarang anak  perempuannya, Jacel Kiram daripada bercakap kepada media tentang isu  pencerobohan di Sabah.
Menurutnya, hanya Abraham Idjirani dibenarkan untuk memberikan kenyataan  kepada media.
Beliau berkata, Jacel yang merupakan seorang wanita mungkin beremosi ketika  membuat kenyataan.
Ketika ditanya tentang dakwaan kekejaman polis Malaysia terhadap imigran  Filipina di Sabah, Esmail Kiram menyatakan, ia bukan perkara baharu dan layanan  buruk tersebut berlaku sejak sebelum krisis di Sabah berlaku. "Mereka telah melayan warga Filipina bukan sebagai manusia biasa.
"Apa yang mereka lakukan adalah tidak mengikut Islam dan perlakuan orang  tidak percayakan Islam," tambahnya. Sementara itu, ketika mengulas tentang pertemuan dengan Esmail Kiram, Roxas  memberitahu, tiada imuniti ditawarkan kepada keluarga Kiram daripada tindakan  undang-undang semasa mereka bertemu. Menurutnya, pertemuan tersebut menumpukan tentang isu pengunduran para  penceroboh tersebut. - Agensi
 
No Deposit Casino Bonus Codes - Promotions - Poormans
ReplyDeleteOnline 바카라양방계산기 Casino Bonus Codes and Promotions – No Deposit Bonuses for Canadian Casinos. 망고 도메인 With a bet365배당 wide variety of promotions 레드 벨벳 러시안 룰렛 and 페이 백 먹튀 no deposit bonus codes,