SEMUA MESTI BACA : KISAH NGERI DISEBALIK KEMATIAN PAHLAWAN NEGARA
Kisah ini adalah kisah benar yang
diceritakan oleh seorang anggota keselamatan yang terselamat. Beliau kini
lumpuh kedua belah tangannya kerana ditetak oleh pengganas Sulu di Semporna.
Nama beliau terpaksa dirahsiakan atas permintaan.
Saya terlebih dahulu memohon maaf
kepada semua pembaca yang mungkin tersinggung dengan kisah ini. Namun saya merasakan
ianya perlu diceritakan untuk menjadi iktibar kepada semua bahawa apa yang
berlaku bukanlah sebuah sandiwara seperti yang didakwa sesetengah pihak.
Saya juga mengucapkan takziah
kepada seluruh ahli keluarga wira-wira negara yang terkorban di perbatasan.
Hanya Allah yang akan membalasnya dan semoga wira-wira negara ini diletakkan
dikalangan para Syuhada'. - Amin ..
Dia ditembak, namun dia bernasib
baik kerana tembakan itu tidak tepat kepadanya. Sebaliknya tembakan itu tepat
mengena Tuan Ibrahim. Tiba-tiba datang pengganas Sulu dengan parang lalu cuba
menetak beliau beberapa kali. Dia menggunakan tangannya untuk menahan tetakan
menyebabkan jari-jari dan kedua tangannya hampir putus.
Dia menceritakan, bahawa yang
meninggal cukup sifatnya hanyalah Superitenden Ibrahim. Yang lain semuanya
meninggal dalam keadaan ngeri. Pengganas seolah-olah hilang ingatan. Walaupun
ada anggota kita yang telah mati ditembak, tetapi mereka datang lalu memenggal
kepala dan merodok perut mayat dengan parang.
Ada anggota yang telah mati
dipotong kaki dan tangannya. Malah dikorek mata jasad yang telah terbujur kaku
itu. Mereka mahu pastikan musuh mereka benar-benar mati. Zalim dan kejam itu
perkataan yang sesuai untuk perbuatan mereka.
Dia bernasib kerana dalam kesakitan
itu, dia melarikan diri ke dalam rumah orang kampung. Dia juga dapat melihat
mayat Tuan Ibrahim, diheret oleh seorang anggota yang terselamat ke dalam
sebuah rumah yang lain. dua puluh jam dia menahan kesakitan menunggu bantuan
sehingga darahnya hampir kering. Dia dapat melihat dengan jelas bagaimana
semut-semut datang menghurung luka-lukanya. ALLAH MAHA BESAR, diturunkan hujan
dan dia hanya minum air hujan itu. Akhirnya dia diselamatkan. kedua
tangannya yang hampir putus dijahit semula. Namun sehingga kini, dia tidak
dapat menggerakkan tangannya itu.
Air matanya berlinangan. Dia
tidak akan lupakan pasukannya diserang hendap tempoh hari. Dia juga tidak akan
melupakan kekejaman yang dilakukan oleh pengganas-pengganas itu. Mereka terlalu
zalim !!
Al-Fatihah buat Pejuang-pejuang
yang pergi .. semoaga arwah ditempatkan dikalangan para Syuhada .. Amin Ya Rabb
.
No comments:
Post a Comment