Monday, March 11, 2013

Kekejaman P E N G G A N A S - S U L U ...!!!


SEMUA MESTI BACA : KISAH NGERI DISEBALIK KEMATIAN PAHLAWAN NEGARA

Kisah ini adalah kisah benar yang diceritakan oleh seorang anggota keselamatan yang terselamat. Beliau kini lumpuh kedua belah tangannya kerana ditetak oleh pengganas Sulu di Semporna. Nama beliau terpaksa dirahsiakan atas permintaan.
Saya terlebih dahulu memohon maaf kepada semua pembaca yang mungkin tersinggung dengan kisah ini. Namun saya merasakan ianya perlu diceritakan untuk menjadi iktibar kepada semua bahawa apa yang berlaku bukanlah sebuah sandiwara seperti yang didakwa sesetengah pihak.
Saya juga mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga wira-wira negara yang terkorban di perbatasan. Hanya Allah yang akan membalasnya dan semoga wira-wira negara ini diletakkan dikalangan para Syuhada'. - Amin ..
Dia ditembak, namun dia bernasib baik kerana tembakan itu tidak tepat kepadanya. Sebaliknya tembakan itu tepat mengena Tuan Ibrahim. Tiba-tiba datang pengganas Sulu dengan parang lalu cuba menetak beliau beberapa kali. Dia menggunakan tangannya untuk menahan tetakan menyebabkan jari-jari dan kedua tangannya hampir putus.
Dia menceritakan, bahawa yang meninggal cukup sifatnya hanyalah Superitenden Ibrahim. Yang lain semuanya meninggal dalam keadaan ngeri. Pengganas seolah-olah hilang ingatan. Walaupun ada anggota kita yang telah mati ditembak, tetapi mereka datang lalu memenggal kepala dan merodok perut mayat dengan parang.
Ada anggota yang telah mati dipotong kaki dan tangannya. Malah dikorek mata jasad yang telah terbujur kaku itu. Mereka mahu pastikan musuh mereka benar-benar mati. Zalim dan kejam itu perkataan yang sesuai untuk perbuatan mereka.
Dia bernasib kerana dalam kesakitan itu, dia melarikan diri ke dalam rumah orang kampung. Dia juga dapat melihat mayat Tuan Ibrahim, diheret oleh seorang anggota yang terselamat ke dalam sebuah rumah yang lain. dua puluh jam dia menahan kesakitan menunggu bantuan sehingga darahnya hampir kering. Dia dapat melihat dengan jelas bagaimana semut-semut datang menghurung luka-lukanya. ALLAH MAHA BESAR, diturunkan hujan dan dia hanya minum air hujan itu. Akhirnya dia diselamatkan. kedua tangannya yang hampir putus dijahit semula. Namun sehingga kini, dia tidak dapat menggerakkan tangannya itu.
Air matanya berlinangan. Dia tidak akan lupakan pasukannya diserang hendap tempoh hari. Dia juga tidak akan melupakan kekejaman yang dilakukan oleh pengganas-pengganas itu. Mereka terlalu zalim !!
Al-Fatihah buat Pejuang-pejuang yang pergi .. semoaga arwah ditempatkan dikalangan para Syuhada .. Amin Ya Rabb .










 

Adik Kiram bincang tamat pencerobohan

ESMAIL KIRAM (kiri) berdiri di sebelah Roxas di ibu pejabat polis di bandar Quezon, Manila, FIlipina semalam.











MANILA - Seorang adik pemimpin puak pengganas Sulu, Jamalul Kiram III mengadakan pertemuan selama dua jam dengan Setiausaha Dalam Negeri Filipina, Manuel Roxas II di ibu pejabat polis di pinggir bandar Quezon, utara Manila semalam. Menurut akhbar dalam talian Inquirer.net, pertemuan antara Bantilan Esmail Kiram II yang merupakan adik Jamalul Kiram dengan Roxas menunjukkan kesediaan keluarga Kiram untuk menamatkan pencerobohan di Lahad Datu, Sabah. Sebelum ini, para pengikut Jamalul Kiram menceroboh Sabah pada 12 Februari lalu dan bertempur dengan anggota-anggota keselamatan Malaysia.
 
Kumpulan pengikut itu mendakwa mereka menuntut tanah warisan nenek moyang Jamalul Kiram di Lahad Datu. Pertemuan antara Esmail Kiram dengan Roxas itu membincangkan strategi untuk menamatkan krisis di Sabah. Pendedahan tersebut dibuat pada sidang akhbar adik Jamalul Kiram itu yang disertai beberapa anggota keluarganya selepas pertemuan tersebut berlangsung. Bagaimanapun, Esmail Kiram enggan mendedahkan butiran terperinci tentang pertemuan itu dengan menyatakan cadangan mereka untuk menamatkan krisis tersebut perlu diketahui oleh Presiden Filipin, Benigno Aquino III terlebih dahulu.
 
Menurutnya, beliau pernah diundang oleh kerajaan Malaysia untuk bercakap dengan adiknya, Azzimuddie Kiram dan membantu dalam rundingan tetapi usaha tersebut menjadi sia-sia.
Azzimuddie merupakan ketua pengganas Sulu di Sabah yang mengetuai serangan terhadap anggota-anggota keselamatan Malaysia. "Tidak ada keperluan untuk saya pergi ke sana. Beliau (Azzimuddie) memberitahu saya, beliau tegas dengan keputusannya untuk berada di Sabah," kata Esmail Kiram.
"Saya bimbang akan berlaku sesuatu terhadap diri saya," tambahnya. "Pilihan kedua yang ditawarkan kepada saya adalah untuk menghantar satu pihak ke Malaysia bagi memastikan keselamatan keluarga Kiram dan para pegawai pemerintah Filipina.
 
"Namun, saya terkejut kerana kerajaan Malaysia sehingga kini tidak memberikan sebarang reaksi," kata Esmail Kiram. "Ia bukan lagi menjadi kesalahan kami," tambahnya. Menurutnya, jika beliau memujuk Azzimuddie untuk kembali ke Filipina dan meletakkan senjata, pujukan itu mungkin tidak didengari. "Adalah sukar untuk menyuruhnya untuk pulang. Beliau pergi dengan kehendak sendiri," kata Esmail Kiram. Beliau berkata, Azzimuddie tidak pernah memberitahunya tentang rancangan untuk ke Sabah. "Beliau (Azzimuddie) berkata, tujuannya hanya untuk tinggal di sana kerana ia merupakan tanah kami dan mereka membawa senjata demi untuk keselamatan diri," katanya.
Esmail Kiram juga memberitahu pemberita bahawa Jamalul Kiram melarang anak perempuannya, Jacel Kiram daripada bercakap kepada media tentang isu pencerobohan di Sabah.
 
Menurutnya, hanya Abraham Idjirani dibenarkan untuk memberikan kenyataan kepada media.
Beliau berkata, Jacel yang merupakan seorang wanita mungkin beremosi ketika membuat kenyataan.
Ketika ditanya tentang dakwaan kekejaman polis Malaysia terhadap imigran Filipina di Sabah, Esmail Kiram menyatakan, ia bukan perkara baharu dan layanan buruk tersebut berlaku sejak sebelum krisis di Sabah berlaku. "Mereka telah melayan warga Filipina bukan sebagai manusia biasa.
"Apa yang mereka lakukan adalah tidak mengikut Islam dan perlakuan orang tidak percayakan Islam," tambahnya. Sementara itu, ketika mengulas tentang pertemuan dengan Esmail Kiram, Roxas memberitahu, tiada imuniti ditawarkan kepada keluarga Kiram daripada tindakan undang-undang semasa mereka bertemu. Menurutnya, pertemuan tersebut menumpukan tentang isu pengunduran para penceroboh tersebut. - Agensi


Wednesday, February 20, 2013

KELANTAN di DENDA lagi - KAFA 'pilihan' FAM

NAMPAK gayanya, Kelantan terus menjadi persatuan ‘pilihan’ Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk ‘menyumbang’ sumber kewangan kepada badan induk bola sepak negara itu. Mana tidaknya, hampir setiap tahun Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) berada dalam senarai pasukan yang dihukum oleh FAM atas kesalahan-kesalahan membabitkan faktor keselamatan. Hukumannya bukan belasan ringgit Malaysia, tetapi puluhan ribu. Boleh dikatakan bahawa KAFA setakat ini, antara penyumbang sumber kewangan terbanyak kepada FAM menerusi denda yang dikenakan, hanya disebabkan kerenah penonton.

Sejak beberapa tahun lalu, FAM kecewa kerana setiap kali berlangsungnya perlawanan liga, stadium di semua negeri kosong, tetapi apabila penonton kembali membanjiri stadium, FAM pula yang mencari peluang untuk menghukum pasukan. Penonton buat hal sikit, FAM ‘senyum’ kerana bagi mereka, pasukan terbabit pasti akan didenda. Bila denda yang begitu tinggi nilainya dikenakan kepada pasukan terbabit, tidak mustahil selepas ini, stadium akan kembali kosong, dan peluang FAM untuk raih duit daripada denda, akan berkurangan. Semalam, FAM sekali lagi menghukum KAFA dengan jumlah yang begitu besar iaitu RM62,500.




Selain itu, FAM juga memberi amaran kepada KAFA bahawa pasukan mereka bakal beraksi tanpa kehadiran penyokong sekiranya aspek keselamatan tidak diberi keutamaan. Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Ednan Othman mengesahkan bahawa KAFA telah didenda dengan jumlah tersebut berdasarkan empat kesalahan ketika aksi perlawanan menentang Johor Darul Takzim (Johor DT) di Stadium Sultan Muhammad IV pada 15 Januari lalu. Ednan memberitahu, keputusan itu dibuat berdasarkan bukti serta laporan daripada pegawai pertandingan yang melibatkan isu keselamatan di Stadium Sultan Muhammad ke pada aksi Liga Super. Jelasnya, KAFA didenda sebanyak RM20,000 atas kesalahan penyokong membaling mercun dalam stadium ketika perlawanan berlangsung.

“Bagi kesalahan kedua, KAFA didenda sebanyak RM2,500 ekoran kesalahan penonton membaling objek di luar padang serta kesalahan ketiga, penyokong membaling objek kepada penyokong-penyokong Johor DT yang menyebabkan KAFA didenda sebanyak RM20,000. “Kesalahan keempat KAFA adalah gagal menyedia piawaian keselamatan yang lebih terjamin yang mana KAFA didenda sebanyak RM20,000. “Hukuman tersebut adalah paling minimum dan KAFA tidak dibenarkan membuat rayuan, namun Kelantan tidak mengaku salah (atas pertuduhan itu). “FAM menangguhkan (hukuman) seketika untuk menghukum KAFA beraksi tanpa kehadiran penyokong selepas menyaksikan kegagalan mereka berhubung dengan isu keselamatan.

“Begitupun, kami memberikan peluang kepada KAFA dan pihak kami akan menghantar pegawai-pegawai untuk menilai tahap keselamatan di Stadium Sultan Muhammad IV (bermula pada perlawanan menentang Perak pada 1 Mac depan). “Jika masih gagal berbuat demikian, mereka bakal berdepan dengan hukuman beraksi tanpa penonton,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat tatatertib FAM di Wisma FAM Kelana Jaya, semalam. Pada mesyuarat tersebut, Ednan turut memutuskan bahawa Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA), Datuk Seri Shahidan Kassim (gambar kecil) digantung dua tahun enam bulan selepas didapati bersalah melanggar Statut FAM iaitu Artikel 88. Katanya, Shahidan yang juga Ahli Jawatankuasa (AJK) Kewangan FAM dan AJK Bola Sepak Wanita didenda sebanyak RM38,000 di atas tiga kesalahan mempersoalkan kredibiliti FAM. Selain itu, Shahidan turut didenda RM1,000 selepas didakwa menghina jawatankuasa tatatertib FAM apabila gagal membalas surat pertuduhan pada masa yang ditetapkan

 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...